Followers

Intan Payung Mama

Thursday, December 24

Aku Dia & Cinta : Bukit Kayu Hitam vs Padang Besar

last entry aku ada citerkan yang aku dapat tempahan 1000 goodie bags from my penang family..

so ari ni, aku dan somi pg menjelajah ke Bukit Kayu Hitam dgn semangat yang berkobar2 untuk membeli paper bag/non-woven bag dan apa2 yang seangkatan dgn nya lah.

Jauh gak la dari Penang ke Bukit Kayu Hitam. Adalah dalam lebey kurang 2 jam perjalanan dgn keta kontot aku tuh. Tiba Bukit Kayu Hitam dalam kul 1 lebey. tapi aku macam pelik la.sbb aku dok bayangkan BKH nih macam deretan kedai2 kat nilai3. Tapi yang terbentang depan mata aku cuma The Zone Free Trade Centre. Aku tanya somi, betul ke ni tempat yang kita nak p? I tot BKH sama macam Nilai 3??

Maka Sang Somi pun pi lah tanya2 kak cleaner depan toilet tu. Rupanya kami dah salah masuk. Kedai yang kami carik tu betul2 kat border sempadan Thai.

Aku dan somi masuk keta balik, dan menuju ke tempat yang kakak cleaner tu cakapkan tadi. nak masuk kat tempat tu ada lalu satu lagi sekatan by imigresen. depa tanya nak P mana? kami kata nak P kedai beli barang2 kawin. Sekali encik imigresen tu cakap, oohhh tu dah kira Thai. Kalau Cik nak pg, kena ada passport dulu. Owhhhhhhh awat tak habaq ... hehhe..kami tak bawak passport dan aku tak dak passport pun. Tapi Encik Imigresen tu cakap, kalau Cik nak p, p lah, tapi kalau jadik apa2 tanggung sendiri! huh, takutnya! dah la kat Thai tu politik nya up and down. buatnya tentera dia buat giler, tak pasal2 aku laki bini jadik mangsa. Encik imigresen tu suh kami p Padang Besar je. Dia kata kat sana kat sebelah m'sia, bukan kat sebelah Thai. Kat situ pun ada banyak pilihan barang2 pengantin.

So, lepas cakap time kasey kat Encik Imigresen tu aku dan somi, berangkat ke Padang BEsar.

Padang Besar.
Jauh,
Panas,
Kering
TAPI..
Pulut Ayam Goreng tu sedap!

Kesimpulan lain, tak lah semurah mana. kedai barang pengantin pun tak banyak. harga pun aku rasa kat KL lagi murah. Aku cakap kat SOmi, kita pg beli kat AtoZ je lah. Tapi dalam tu, kami sempat tawar 100 pcs paper bag silver med size pada harga yang sangat2 murah! Aku tawar sampai dok bersila dalam kedai tuh. hahhahaha...

Esok, Somi ajak pg Bkt Tambun, mandi manda. Ermm bila pulak aku nak setat buat cookies aku nih kalau laki asyik ajak ukur jalan je...

Anyway selamat malam...dan sebelum tidur, silalah mintak ampun kat somi kalau ada terkasar bahasa, tertinggi suara...hehehehe..

IKLAN SELINGAN :
Sambal Kering Tempe/Ikan Bilis/Kacang Tanah
harga? email lah saya...
Tahan lama.
Sedap makan begitu saja. Makan dgn nasik panas pun sodap.
Sebagai pengganti ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng dalam nasi lemak pun boley....
nak letak dalam goodies bag pun boleh...
Nak order?...email me...cinta.utara.selatan@gmail.com

1 comment:

Mimi's Mayonnaise said...

salam lis.. klau nk tempah handmade TQ card 100 pcs kan.. RM1 per unit.. saiz 5cm x 7cm.. okey x?