30 Ogos 2010

Aku Dia & Cinta : Eusoff Zaheen - Latest Update

30 Aug ari tu bawak Zaheen pi Klinik kerajaan lagi..
saja bawak sbb nak check kuning
sepatutnya bawak zaheen on 13 september tapi disebabkan pada 25 augu ari tu misi klinik kerajaan datang rumah claim jaundice anak aku makin teruk..maka aku pi jugak la klinik..walaupun lewat 5 hari...
last bacaan kuning on last visit ialah 169 kalau tak silap...
on 30 Aug, bacaan kuning zaheen ialah 71..
Klinik BB terus declare Zaheen Jaundice FREE!so appt 13 sept tu tak payah pi..
so aku tak tau cemana misi kerajaan tu cakap kuning zaheen makin tinggi!
dah la cakap dgn meninggi suara..
Cik misi - saya tau awak penat datang rumah saya dalam bulan posa ni...tapi tugas tu kan satu ibadah. kalau dalam tugas dok mencemuh2 pesakit...cemana nak dapatkan keberkatan dalam bertugas?
Misi bertugas kat klinik BB refer zaheen kt doktor untuk mulut zaheen yang penuh dgn pati susu. oh ya sebelum jumpa en doktor, misi amik berat zaheen. Yay..berat zaheen naik 600gm. Dari 2.6kg masa lahir, naik ke 3.2kg.
yay..zaheen tak payah amik no giliran. boleh terus jumpa en doktor. sbb misi kesian kat zaheen dan mak zaheen yang dalam pantang dok tunggu lama2. Tunggu dalam 5 minit je, kami dah dapat jumpa doktor. Doktor tak berapa hensem tu bagi zaheen dry syrup yang kena bancuh dgn air then guna syringe apply kat pati susu dalam mulut zaheen. Tried for 2 days - tak berkesan langsung...!
on 1st september aku dan suami bawak zaheen ke klinik Loh Child Specialist kat Jelutong. Untuk kes yang sama. Sbb aku rasa pati susu dalam mulut zaheen is getting thicker. Sebelum jumpa doktor loh, clinic asst amik berat zaheen. Berat zaheen naik lagi ke 3.35kg. Doktor Loh bagi zaheen gel..serupa macam bonjela. nama gel tu Daktarin. Apply kat sumer lokasi pati susu bertapak kat dalam mulut zaheen. Pastu doktor loh tarbiah pasal susu ibu sbb aku dok tanya kebaikkan enfalac A+ comparing to Enfacare Anmum. Doktor loh cakap, Enfalac is premium susu. Susu mahal, dan terbaik. Tapi Anmum pun baik jugak. Kalau you tanya i, i akan cakap susu yang paling baik ialah susu ibu. I advise, you continue breastfeed your baby. kalau susu kurang, i advise you bagi kerap. sbb susu production depending on demand. Why not siang you bagi susu badan, malam kalau tak larat you bagi FM? aku?hmmmmmmmmmm...tak tahannya bila zaheen suka melekap kat tetek. ada satu kali tu sampai 2 jam...adeiii....mak tak larat nak!
Gel Daktarin tu sunggu berkesan. Within 24 hours, sumer putih2 dalam mulut zaheen GONE! tapi Doktor loh cakap, still kena apply gel tu walaupun dah takde. Gel tu tak payah apply kalau aku bf baby. tapi kalau bagi baby susu FM, harus la apply.
futnot : Baby yang fully breastfeeding nih tak de kena kembung ke?



27 Ogos 2010

Aku Dia & Cinta : Eusoff Zaheen - tolong bagi petua..

Aku ada beberapa kerumitan dalam hal menjaga Zaheen...dan amat memerlukan tunjuk ajar daripada korang yang budiman...
1. Zaheen selalu kembung.
Tensen wehh.... seminggu pertama bersalin, asal dia kembung je aku pass dia kat mil aku. tapi sampai bila ye tak? takkan asal kembung je aku nak pass dia kat orang tua tuh. kalau macam tu, sampai bila2 aku tak kan tau cemana nak handle baby kembung. Korang yang dah ber anak 2-3, atau 3-4 dan mungkin juga 5-6 orang..
bak maih lah petua sket cemana korang atau apa korang buat bila baby kembung? atau cemana nak bagi dia tak mo kembung?
2. Pati susu dalam mulut/lidah zaheen
- ari tu cik misi datang rumah aku lagi. check zaheen dan omak zaheen. Sekali cik misi tuh sound aku daaa...dia kata mulut zaheen banyak pati susu. Dia suh aku bagi air masak kat zaheen lepas nyusu dan juga suh aku bersihkan lidah zaheen dgn kain lembut yang dibasahkan dgn air garam.
dua2 aku dah buat, tapi result tak memberikan kesan yang mendalam.
Boleh dak bagi aku petua, cemana nak kurangkan atau nyahkan pati susu dalam mulut zaheen?
tolonglah...kalau tak, aku kena bawak zaheen pi klinik...eiiiiiiiiii tak sanggup aku tgk misi kerajaan kobek mulut anak aku...
3. Burp kan zaheen
- hah mesti korang gelakkan aku! tapi betul aku tak tau cemana nak burp kan zaheen. maksud aku cara yang betul la. kadang2 je buat, zaheen boleh burp tapi tu pun jarang2... tolong ajarkan aku yang bengong ni cemana nak burp kan anak...
4. Zaheen manja sangat...
- cemana nak bagi anak jangan manja sangat? zaheen kalau tak mo tidur, tak mo letak kat tilam dia. dia nak berdukung/berpangku je... adeii...loteh... sbb buat masa ni, masa dia tidur tu ler waktu tidur aku..tapi bila dia tak mo tidur, nak berpangku je..cemana lak aku nak tidur... MIL aku dok marah aku cakap aku manjakan anak...abeh, kalau aku letak, dia teriak (menangis) macam kena pukul, baik aku pangku dia kan... kan..kan... Korang yang budiman, maih la ajar aku cemana aku nak ajar zaheen jangan manja sangat...jangan asyik nak melekap kat aku je..

22 Ogos 2010

Aku Dia & Cinta : Eusoff Zaheen - Latest Jaundice Update..

Last friday, aku bawak lagi Zaheen pi KK BB..
Kali ni bacaan jaundice zaheen dah menurun dari
163 ke 149..
kalau nak ikutkan, dah tak payah bawak zaheen pi KK lagi untuk f/u Jaundice tapi sebab zaheen border premature, kena la bawak lagi.
next f/u jaundice ialah 14 september 2010..
takpe la...asalkan zaheen sihat, pg KK ari2 pun tak pe :)
Zaheen pun dah kerap bangun untuk menyusu..
tak macam dulu..
nak menyusu sampai kena kejut...
sekarang ni part menyusu zaheen amat punctual..
every 2 hours dia bangun menyusu..
minum susu pun dah 2oz/2hr
tak sukat2 macam dulu...
alhamdulillah..
semoga zaheen mak sihat selalu...
futnot : anak buah kat rumah sumer kena flu dan batuk. aku punya la dok protect zaheen dari dorang. dorang nak cium zaheen pun aku tak bagi..alih2, aku yang menyangkit selesema dorang. harap2, selesema aku ni tak berpanjangan..sbb kalau tak cemana nak handle zaheen. Hari ni dah remind somi sesiap..jangan pandai2 nak escape pi memana.. dok rumah jaga anak..sbb aku tak sihat sangat..hahaha

Aku Dia & Cinta : Eusoff Zaheen - cukur kepala




7 hari selepas pusat zaheen tanggal..


hari ni kami panggil bidan kampung cukur kepala dia...
aku tak tau sangat pasal adat ni..
ikut je la..niat mertua dan suami..
cuma aku kurang berkenan plak bila zaheen pakai tali gelang camni..
dah rupa macam anak hindu lak anak ensem aku nih..


Kepala botak zaheen... - comel...











18 Ogos 2010

Aku Dia & Cinta : Zaheen & Jaundice update lagi

hari ni pg lagi ke KK bukit bendera untuk check kuning zaheen.
alhamdulillah...kuning zaheen menurun lagi dari 176 ke 163..
lepas check darah, mak bawak zaheen jumpa puan doktor..
kali ni jumpa doktor lain..
doktor cakap, kalau normal baby lain..kadar bacaan 163 dah kira normal dah..
tapi sbb zaheen premature border, so kena datang lagi hari jumaat ni..
kalau bacaan kuning turun lagi ke below 150,
puan doktor cakap, dah ok dah..
mak tak perlu bawak zaheen pg follow-up kuning lagi...
puan doktor tanya mak bagi zaheen susu apa..
mak cakap, susu anmum!
puan doktor tanya kenapa tak bagi susu badan..
mak cakap, mak suspect zaheen jaundice sbb breastfeeding..
puan doktor cakap, breastfeed jaundice tak bahayakan otak.
yang tu mak tau..sbb mak dah surf kat banyak laman internet.
mak cakap kat puan doktor,
walaupun mak ambik keputusan untuk hentikan breastfeeding zaheen sementara..
tapi mak tetap perah susu untuk zaheen..
insya Allah, bila zaheen dah sembuh kuning sepenuhnya
mak bagi susu badan pada zaheen semula..
puan doktor pun setuju..
dan bagi mak tips lagi untuk banyakkan susu badan
a. makan sup betik muda, sup lobak putih, sup lobak merah.
b. makan kurma.
c. minum horlick, milo dan susu banyak2..
Terima kasih puan doktor...
futnot : berjumpa dengan kakitangan klinik bukit bendera telah mengubah perception mak terhadap service klinik kerajaan...

16 Ogos 2010

Aku Dia & Cinta : Zaheen & Jaundice Update

alhamdulillah..jaundice reading zaheen dah menurun dari 204 ke 176..

next follow-up dgn KK ialah pada hari Rabu, 18 Aug.

Aku harap pada hari tu jaundice zaheen dah hilang terus!


So far treatment jaundice yang aku, suami dan mak mertua buat untuk zaheen :

a. Setiap pagi mandikan zaheen dengan air rebusan daun pandan.

b. Bagi zaheen minum air sengkuang cina. Sekali sehari. Tengahari saja.

c. kerap bagi zaheen minum air masak.
d. Susu kambing - bagi satu sudu kecil.
e. kurangkan sukatan susu zaheen. instead of 2oz/2 hrs kepada 1oz/hr. worked well!! sbb bila haus, zaheen akan bangun. so kami dah tak de problem nak kejutkan zaheen bangun tidur. walaupun kadang2 nak abiskan 1oz tu sampai makan masa sejam sbb mata dok terpejam, mulut kejap nyonyot puting, kejap gonggong puting je...

f. Stop breastfeed for a while. aku read somewhere ttg breastfeed jaundice. since balik hospital sehinggalah ke hari jumaat last week - jaundice zaheen terus menerus naik.. Aku cakap kat suami untuk berenti sementara bf zaheen bila hari jumaat jaundice reading zaheen melonjak ke 207 dari 194. Berat keputusan untuk hentikan bf pada zaheen walaupun untuk sementara, tapi untuk Zaheen, i do whatever..
Hari sabtu 14/8 - aku beri zaheen susu Infant care Anmum pada zaheen sepenuhnya.
Hari Ahad, 15/8 - Follow up check up di KK Jalan Perak - Alhamdulillah Jaundice reading zaheen menurun dari 207 ke 181.
Hari Isnin, 16/8 - Follow up check up di KK Bukit Bendera - Syukur - Jaundice Reading zaheen menurun lagi ke 176.

13 Ogos 2010

Aku Dia & Cinta : Jaundice terus naik....

Hari ni aku tak tunggu lagi misi gomen datang rumah..
seawal kul 10.30am aku dan FIL dah menuju ke Klinik Kerajaan Air Itam..
terus je menuju ke Lab untuk check darah Zaheen...
jaundice reading as for today 204 pulak...
air mata mak mula bertakung...
Lab refer mak dan zaheen kat doctor..
oh ya, sebelum ke klinik, aku bagi zaheen 10ml air sengkuang cina..
kawan suami cakap, air sengkuang cina boleh kurangkan kuning..
kami ikut mana yang baik...
Doctor check zaheen lagi.
Doktor muda yang comel molek cakap jaundice ni tak ada ubatnya..
cuma kena kerap bagi zaheen susu ibu/susu fm/minum air/ dan kejut zaheen tidur...
Doktor perempuan comel tu check pulak tapak kaki zaheen.
dia kata tapak kaki zaheen merah sangat...
takut ada apa2 since zaheen born prematured..
Doktor perempuan comel tu bagi referral letter ke pakar GH.
jumpa otopedik..
pegilah bila2 setiap isnin dan khamis...
cuma 2 hari ni saja ada otopedik..
Terima kasih doktor perempuan yang baik hati!
Sebelum balik klinik, sempat lagi Zaheen menyusu...
macam biasa, zaheen suka menyusu lama2. .. tapi mak dia tak mo tunggu lama2 pulak...
maka sambung bf dalam kereta...
sampai rumah, zaheen menyusu...
mak dia selamba je la turun kereta, bf zaheen sambil berjalan menuju ke rumah!
sampai rumah baby zaheen sambung breastfeed.
naik kepam tet*t mak dia..
dari kiri tukar ke kanan
dari kanan tukar ke kiri..
sampai zaheen menangis...
tak cukup agaknya susu mak untuk zaheen..
mak top up pulak 1oz susu Anmum untuk zaheen..
baru zaheen puas..
zaheen berjaga dari balik klinik kul 11am++ till 2pm..
...
kemudian bagi zaheen 20ml susu kambing..
zaheen habiskan 20ml tu dalam setengah jam la jugak...
tak sedap agaknya..
tapi alhamdulillah..licin zaheen minum...
aku biar zaheen tidur dari kul 2.30pm - 4pm..
4.30pm aku kejutkan zaheen minum air masak..
zaheen minum 2oz..
zaheen sambung tidur..
MIL kata biarkan...sbb pagi zaheen dah berjaga lama..
ok la..biarkan..
ni tengah tunggu zaheen bangun untuk menyusu..
futnot : aku confius. nak fully breastfeed, zaheen macam tak cukup. Nak bagi FM, nanti zaheen asyik terlena je... macam mana?

12 Ogos 2010

Aku Dia & Cinta : Poor My Little Zaheen

aku ada biter tak best tentang zaheen...
zaheen aku Jaundice dari sejak lahir
sampai la ni tak turun2 lagi..
masa lahir, memang ada jaundice..
tapi jenis mild je
so doctor pun tak letak bawah photo la..
tapi masuk hari ke 3 (doctor cam tau2 je aku nak discharge hari ke 4 tu), dia kata baby zaheen aku punya jaundice reading quite high. Yakni sebanyak 280.
Terkojot beruk la aku...
maka aku dan suami tak kisah la zaheen kena stay another one nite kat spital.
aku dah boleh balik dah.
lagi setengah jam nak balik hospital tu, jaundice zaheen turun ke 121...
ealier doctor tu cakap kalau turun below 200 boleh bawak zaheen balik..
tapi doctor reluctant nak bagi dia balik sbb takut jaundice tu naik balik.
so aku redha je la...ye la kot aku bawak balik rumah karang, apa2 hal jadik..mau menyesal seumur hidup lak...
the next day after discharged Zaheen from hospital which was on 8 August, Zaheen ok je.
9 aug - nurse spital kerajaan da tang rumah - cakap zaheen aku punya jaundice macam teruk sket.. dorang advise aku kerap breastfeed baby zaheen.
10 Aug - Nurse gomen datang lagi. Depa cakap, jaundice zaheen macam makin naik. Dia suh pi klinik la tu jugak. Ok fine. aku pg. Sangat terkejut bila jaundice reading zaheen goes up to 187 dari 121 since he was discharged from spital.
11 Aug - as usual, ari ni aku bawak zaheen pi klinik check darah lagi. hari ni even worse. jaundice zaheen naik lagi. 194 pulak.
Aku really buntu.
Suami pun sama. Tapi aku tgk dia cool je sbb dia dok cakap kat aku, yang Zaheen should be fine, sbb orang lain lagi teruk. Aku tak kisah pasal orang lain (buat masa ni), but most important rite now is my Baby Zaheen. Malam2 tidur pun tak lena. Takut anything happen to zaheen walhal dia tak de masalah lain selain jaundice (aku je yang over takut)..
Aku ingatkan jaundice ni simple je. tapi bila jadik kat anak sendiri, perh...air mata keluar kalau boleh takung boleh buat toner!
Dear friends, yang selalu singgah ke blog ni..ada cadangan apa2 tak untuk kurangkan jaundice my baby zaheen?
Terima kasih. Salam Ramadhan.

10 Ogos 2010

Aku Dia & Cinta : Oh, My Baby tak poo poo!

Salam kengkawan...
since balik hospital my baby ..
belum buang air besar lagi..
kenapa?
is it becos aku consume antibiotik dari hospital? harusla makan antibiotik kan...
karang aku pulak yang sakit..
adakah kerana aku campur2 susu badan dgn susu NAN?
susu NAN tu tak bagus ke? hospital yang bagi...2 tin lak tu..
pasal 'jondis' dah kurang dah. tadi misi datang rumah. dia kata kuning dah kurang. kat muka dah takde sangat. kat badan ada sesikit...esok depa mai lagi...check lagi.
pasal kuning tu aku dah kurang risau..
tapi part tak poo poo tu aku risau banyak la...

7 Ogos 2010

Aku Dia & Cinta : My Bf Journey 1

upon after operation, tak larat nak bf...so nurses bagi susu lembu...
2nd day
- morning berjaya bf.. berjaya bagi kolestrum yang warna kuning tu...unfortunately, 30 minutes later, eusoff muntah pulak. keluar semula kolestrum tu. adui laaa...
2nd day afternoon - tried to feed eusoff breast belah kiri lak...tapi eusoff tak mau. end up dia tidur.
3rd day
- early morning, 2 am
- tried again to bf eusoff left breast. dia dok kepam2 je...tak mo suck. end up dia tidur...
morning at 7am..
- bagi lagi eusoff left breast...letih dia dok ngepam agaknya, susu tak keluar! end up dia menangis meraung2. Aku pun rasa nak berduet meraung dgn dia sbb rasa so useless fail to breastfeed eusoff for 3rd time!
Breastfeed Peer Counsellor...HELP!!!

CN2S SHOPPE