29 Mac 2011

Aku Dia & Cinta : Porridge untuk Zaheen

sunday nite, 27 march 2011

gigih tau sebelum masuk tidur aku suh laki aku pi selongkar hadiah lucky draw slow cooker dapat taim annual dinner tahun 2007.

malam tu gak gigih aku sediakan menu ni :

BUBUR KAROT + IKAN BILIS

satu penutup botol susu beras

suku penutul botol susu carot

5-6 ekor ikan bilis

air masak satu mangkok.

on switch.

aku tidur. esok bangun pagi..jeng jeng dah masak dekat setengah periuk!!!

angkut slow cooker pi rumah MIL..

sambung panaskan kat sana..

kul 12pm, laki aku mak dia :

"mak, zaheen makan ka bubur dia"

"mak suapkan kat dia, jam..dia buat muka! mak suap lagi, dia buat macam nak muntah. kali ke tiga mak suap, dia menangis2 tak mo. mak tak sampai hati, mak terus bancuh biskut farley, bagi dia makan...terus senyap"

itu ler laporan laki aku...

ok ok ok..jangan sentap. mungkin sukatan bubur tak betul kot (ayat sedapkan ati sendiri)..

takpe...boleh cuba lagi aku sampai SUCCESS

POST MORTEM RECIPE - kot nak campur ikan bilis dalam bubur bayi - makesure goreng tanpa minyak sampai garing then kisar/tumbuk halus. masa baby nak mamam tu, letak stu camca kecik ikan bilis kisar halus tu dalam bubur bayi. so that rasa bubur tu lagi UUUMMMMPPHHH berbanding ko lebur je ikan bilis tu sekor2 dalam bubur..akan mendatangkan bau hanyir!


Monday, 28 March 2011

terai resepi lain lak.

3 scoop beras (aku guna scoop susu tu hah)

2 slices besor keledek

1 kotak kecik kismis hitam

air masak 4oz.

on switch, pi masuk tidur.

esok pagi bangun, bubur dah masak!

laporan mil -> ari ni zaheen makan licin!!!

"hah, baru hang tau..awat, hang ingat mama hang tak pandai masak kot!!!" hahaha


Tuesday nite - yakni malam ni..

mil kata esok bagi nestum je.

tak bleh bagi makanan sedap ari2 nanti dia takmo susu...

err logik ka?

takpe, aku ingat sat lagi aku nak buat puree carrot + corn.

esok soh mil campur dgn nestum brown rice tu..


"err baby, mama will always try to find time cook best2 for you!"

love,


futnot : laporan mil bukanlah merujuk kepada kepakaran ke apa..tapi lebih merujuk kepada self-esteem...al maklum, aku part masak amatlah FAIL!huhu


14 Mac 2011

Aku Dia & Cinta : Lampin Kain Moden


pic frm google
alhamdulillah...
akhirnya tercapai cita2 nak pakaikan zaheen
lampin kain moden a.k.a cloth diaper
beli daripada I.Z.Z.A.H

buat masa ni dah ada 7 keping cd..
insya allah..tetiap bulan nak tambah 2-3 keping lagi
sampai cukup 20 keping...


futnot:gambar zaheen pakai cd? esok lah...





13 Mac 2011

Aku Dia & Cinta : donation

salam semua.
aku ada beberapa lambakan (hish..hish..macam banyak sangat tapi adalah beberapa helai) baju kanak2 lelaki antara umur 2-3 tahun..
baju t biasa je...
aku niat nak derma je..
tapi tak tau nak sedekah kat saper...
kot kot la korang tau ada family2 yang susah..
habak mai kat aku..
aku nak bagi kat depa..
kalau jauh, aku pos saja...
note : bukan baju2 baru ye..ini ialah baju2 terpakai...

7 Mac 2011

Aku Dia & Cinta : Zaheen-baby-food


aku beli lagi makanan untuk zaheen
kali ni..
Cereal Brown Rice...
start bagi petang semalam jugak...
alhamdulillah zaheen suka.

ari ni pesan siap2 kat mil..
bagi zaheen makan nestum, biskut, growell dan yogurt gilir2..
sbb anak bertuah saya tu mak..dia memilih pasal makan..
takmo nyer dia makan makanan yang sama each meal time..



5 Mac 2011

Aku Dia & Cinta : Zaheen 7 months


diam tak diam..zaheen dah 7 bulan hari ni.

kejap je .. rasa macam baru semalam aku beranakkan zaheen..(ni kes merujuk kepada perut aku yang still membuncit!!!)

perkembangan zaheen setakat ni... :


a. dah kenal orang. kalau orang yang dia tak kenal dukung dia, huh terus kuar siren ambulan dia...

b. dah tak reti dok diam. nak salinkan pampers, sibuk pusing kiri kanan. kalau pegang dia sambil duduk, dia sibuk melompat2 macam zuma (game yang selalu aku main sepanjang mengandungkan zaheen)

c. sangat fussy pasal makan. aku tukar frisolac step 2 lepas zaheen mencecah 6 bulan, sekali zaheen tak suka lak. tapi dah aku beli 4 tin (stok sebulan), ko makan ler nak sampai abis. bulan dopan mama beli frisolac step 1 semulo...

d. pasal makan lagi, zaheen tak suka makanan yang sama berulang2. kalau pagi makan biskut farley perasa oren, petang nak flavor lain pulak.. penah aku bagi zaheen makan kentang lecek..sempat masuk mulut zaheen 3 sudu je, suakan sudu ke4, dia kata uuuweekkkk...(buruk sangat ke quality masakan mama nak...sampai ekau pun tak lalu nak makan...!!). Sekali dulu dia fav sungguh makan GROWELL. sekarang nih dah tak nak langsung. Sekarang ni, aku pelbagaikan makanan zaheen. Ada menu biskut, yogurt, err tu je..cuma biskut dan yogurt tu pelbagai perasa la...bertuah punya anak....mama dulu masa besar ekau, mak mama bagi mama makan kentang lecek je nak..

g. pasal tidur - nak tidur dukung bawah kipas oleh papa je sambil nyanyi lagu 'tanya sama pokok'..kalau mama buat tak jalan. pantang nampak papa, mula tak senang duduk. kalau masa tu orang lain pegang dia, nampak papa lalu, siap kuar siren ambulan dia. haish...dulu papa ke bagi ekau beranak zaheen oiiiii???

h. dah pandai bertarik. gohed, gostan.

i. dah pandai angkat bontot nak merangkak. berani merangkak satu step je, pastu takut.h ahahaha

j. tidur kemain lasak. selalu kaki atas perut mama. kepala bawah ketiak papa. huh!

k. pandai cakap...oh tipunya la mama ni...betul la zaheen dah pandai cakap...tapi cakap german. aku confirm orang jerman pun tak paham apa zaheen cakap.
l. pasal makan lagi...dah pandai ngendeng apa orang makan. semalam aku makan ais krim kacang depan dia, sekali dia meraung2 nak sekerim tu gak...silap aku gak, pg makan depan dia. dan siap rasakan sekerim tu kat lidah dia. sekali zaheen rasa manis sodap agaknya, terus merengek nak lagi. aku tak bagi, terus meraung. hehehe...sorryyyyyyyyy!

m. dah pandai nak ikut orang. kalau mami dia nak balik rumah, kengkadang nangis nak ikut mami dia.

n. yang last ni aku rasa sumer baby dalam dunia ni pandai...pandai nak manja dgn parents dia ekk. kalau hari jumaat malam, kemain manja lagi. nak tidur lambat2. sebelum tidur nak main2 gomol2 puas2 dgn apak dia...macam dia tau je - eleh, sok kan apak aku tak keja...jom kita main2 wrestling sampai pagi...! hehehe...

o. takat ni je aku ingat...kalau ada aku tambah dalam entry2 yang sempat aku blog kan...

chow..


note : sehari sebelum zaheen cukup 7 bulan, zaheen jatuh katil. uwwwaaaa...kesian betul!!! nasib baik tak apa2 sbb kat bawah katil dah sedia satu bantal besar (yang siap sedia nak cover kot2 papanya jatuh katil...hahaha)


CN2S SHOPPE