23 Ogos 2011

5 Ogos 2011

Aku Dia & Cinta : Zaheen genap Setahun!





Selamat Ulangtahun kelahiran yang pertama sayang...




mama dan papa doakan zaheen sihat walafiat selalu, panjang umur, murah rezeki dan sayang mama dan papa selalu ye...




Ya Allah, setinggi2 syukur ku titipkan padaMu kerana mengurniakan aku cahaya mata. Kehadiran dirinya banyak mengubah diriku dan mengajar ku mengenali diri sendiri...




pernah suatu masa aku selalu mengatakan, bila tiba masanya berumah tangga kelak, aku tidak menginginkan cahaya mata kerana aku tidak mahu ada ruang terisi antara aku dan suami..
mujur Allah tidak mengabulkan keinginan itu..



kerana jika tidak, sesunguhnya akulah seorang perempuan/isteri yang rugi!




wahai anakku,



akan kami penuhi hidupmu dengan ilmu dunia - agar kamu bisa mengharungi ranjau kehidupan hidup ini ..insya Allah




tidak lupa pula, kami akan lengkapi diri mu dgn ilmu agama, sebagai guideline untuk kamu hidup di dunia dan sebagai bekalan di akhirat kelak..insya Allah!




Eusoff Zaheen, buah hati mama dunia akhirat. mama loves you more than everything else in this world! xoxoxoxo













Aku Dia & Cinta : Zaheen 12 bulan



Perkembangan zaheen diusia 12 bulan :



a. berat baru 9.6kilos - due to sebulan dua ni asyik demam je.



b. dah tumbuh 6 batang gigi. 4 batang gigi atas. 2 batang gigi bawah.



c. tak mau tukar susu Friso step 1 ke Frisolac Step 3. So skg ni zaheen tgh menge test pelbagai jenis susu yang suits selera dia...engfagrow step 3 dan mamil gold step 3 - sembelit, pediasure - aku stopkan, sbb susu tu banyak gula (rasanya la sbb susu tu melekit2 kalau tertumpah kat tangan) sekarang tengah minum sustagen junior. Dia suka pulak tapi still tak berapa nak minum. kalau dulu 4 jam sekali merengek nak susu, tapi la ni...tak dapat susu 6 jam pun dia relax je...tapi kami lak yang risau...



d. masih suka moi/bubur ikan. ayam tak baper suka. tapi suka juga bubur daging...tapi aku baru bagi sekali je bubur daging itupun ambik sup daging saja, dagingnya aku tak ambik...entah kenapa, aku skeptical sket...hahaaha



e. size baju terkini hanya boleh fits size 12-18 bulan. size kasuk : 13.5cm



f. masih tak suka pakai setokin, kasut dan geram tul kalau kena selimutkan.



g. sekarang tidur, kipas siling dia mau. kipas meja pun dia mau. cer try off kan either one, confirm tengah tidur cemana pun dia aku celik...



h. dah pandai sensitif. kalau marah sket, tok sah banyak, cakap HAIP pastu muka kena bagi serius sket, terus menangis berjurai2 air mata keluar. huh, drama sungguh!



i. masih suka kawan dgn lelaki saja. dengan perempuan tak mo langsung. dia buat tak tau je. dgn aku pun time sakit, time nak susu pandai je sebut Mama Mama...buat2 nak dukung la...peluk kaki la..cuba kalau tak, aku panggil buat tak tau je...cisss



k. dah pandai berdiri tanpa berpaut pada apa2 tapi nak mulakan first step jalan tu dia tak berani lagi..takpe nak kayun pelan2..



l. masih nak tidur dgn papa dia je. aku tidurkan tak jalan. style tidur terkini..papa tidurkan atas riba. atas riba letak bantal..tak pun dukung dia dgan bantal sekali..baru lena...



m. dah pandai menangis nak ikut kalau kena tinggal, paling tak boleh blah kalau nak pi kerja zaheen dah bangun tidur. confirm lepas hantar rumah mil, dia teriak nak ikut. aduhaiii...



n. pandai panggil MAMA dgn clearnya...



o.pandai kacau orang. kalau sumer orang tgh tgk tv, selamba je merangkak pi kat tv, pastu matikan tv.



p. kalau kami gelak2 dia pun gelak2 sama. tak tau la apa yang dia gelakkan. ehhehe



q. alamak mengantuk la pulak...sambung next month la pulak...






bye...good nite Malaysian!

futnot : Happy 1st Birthday sayang!




3 Ogos 2011

Aku Dia & Cinta : Zaheen 1st B-day - Guest Book

sebenarnya tak terpikir pun nak buat guestbook ni. mikirkan anak i bukan anak retis pun..cuma anak orang keja kilang je...

tapi masa kemas2 bilik untuk kenduri tahlil

terjumpa buku ni bawah katil.

well...actually buku ni T-Rex bagi kat aku 2 tahun lepas..

buku ni cantik macam traveller's log book..


so inilah deco buku untuk catatan tetamu zaheen..nanti dah kenal ABC, boleh la zaheen baca apa yang tetamu2 zaheen tulis ye...




deco guest book ni made by my officemate, Musliha. She's gifted on sewing la. buat menjahit pandai, buat craft boleh, masak boleh, buat kuih, kek toksah cakap la...

nak order?

ok, boleh klik kat sini :














Aku Dia & Cinta :Zaheen 1st Birthday Bash- Review Goodies Bag

Aku tempah 50 biji gulungan towel kecil bertemakan MU berserta tag Happy 1st Birthday Zaheen.


Tag happy birthday tu aku tempah berserta dengan plastiknya sekali sebanyak 20 keping. Dalam plastik ni aku letakkan :


a. layer kek Disney

b. 1pc chocolate Crispy

c. 1pc chocolate Cloud 9

d. 1 kotak kecik air choc Dutch lady.


pada mulanya aku nak letak biskut oreo dan air kotak saja. tapi bila aku ulang balik econsave, biskut oreo pack kecik tu dah abis, so aku letakkan coklat2 ni saja.



yang ni pula, door gift untuk jemputan dewasa. Mini towel with tag "Happy 1st B-day Zaheen". Tema towel ni, ialah MU sbb tu aada banyak logo MU kat tag si zaheen nih.



tag untuk mini party pack dan door gift untuk adult nih, aku order daripada


Serbanekashop


macam2 ada kat sini. handmade paperbag, key chain, paper box dan macam2 lagi lah. dah la harganya murah, ownernya pulak sangat tolerable. Service after sale lagi superb. Eh, ini bukan puji lebih2 ye. kebetulan masa order goodies ni nationwide buat pasal, Azwa (owner), siap turun ke nationwide office keep track the parcel. call HQ nationwide, keep inform me on parcel tracking. baguslah...kalau orang lain.. mungkin ...lantak ko la..bukan salah aku, aku dah pos. kalu tak sampai ko kol la nationwide, apa lak nak salahkan aku...tapi Azwa, is the BEST!


Thank you so much to Serbanekashope for providing nice and creative goodies. ramai tau yang impress...manalah tau kot kot i boleh buat business pulak dgn you one day. Insya Allah...




CN2S SHOPPE