27 November 2012

Aku Dia & Cinta : Menu semperna musim deghoyan..

Salam semua.

Selepas beberapa minggu menjayakan diet, ada beberapa hari tewas jugak dengan asakan resepi2 yang memanggil suh aku terai (ahaks...macamlah sekali terai terus jadik..hahaha)..

ok cakap banyak tak guna, for the very 1st time kot aku nak share resepi dgn korang :

Ikan Tenggiri Masak Lemak
Sumber : aku tak berapa ingat aku cedok kat mana. sbb masa jaman2 bekerja dulu aku rajin gak kopipes resepi, save kat word pastu print. sampai rumah  terus file dalam menu file. tak silap aku resepi ni dah 2 tahun ada kat dalam FILE RESEPI aku. Mintak2 if ada owner punya resepi, aku mintak halal ye kopipes resepi korang kat sini pulak.

Bahan2 :
3 ketul ikan tenggiri (aku guna 2 ketul je)
2 kuntum bunga lawang (aku guna sekuntum je)
10 biji belimbing buluh
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
(aku guna santan RM2 je. pastu campur dgn 2 cawan air)
garam
Tempoyak singgit (ni aku tambah)

Bahan kisar :
a. 20 bijik cili padi ( aku guna 5 biji je - aku bukan tak kuat pedas tapi aku makan dgn zaheen kena kurangkan pedas...hehehe)
b. 3 ulas bawang merah
c. 3 cm kunyit hidup

cara :
a. Masukkan sumer bahan kecuali belimbing buloh dan santan pekat dalam periuk.
b. Masak hingga mendidih sambil sentiasa kacau supaya tak pecah minyak
c. Bila mendidih, masukkan santan pekat. kalau ada tomato, boleh kasi masuk taim ni.
d. kacau lagi perlahan hingga mendidih.
e. Tutup api dan hidangkan.

peh...tgh type entri ni aku rasa macam nak buat lagi..kalau tak ngenangkan diet, esok gak aku pi menjala ikan kat market gelugor.

sekian terima kasih dan selamat mencuba...

futnot : I'm not a chef; but i just being creative in my small kitchen...


Aku Dia & Cinta : Wordless Monday : Simple Dish


Papa's Plate :
a. Wedges tak berapa masak..cis beria2 aku kukus pastu goreng. hasilnya tak berapa empuk. takpe...layan..
b. ayam goreng rempah
c. 2 sosej goreng oat
harga yang perlu dibayar oleh papa : sila kemas dapur, cuci kuali dan lap cabinet

Zaheen's Plate :
a. Wedges - mujur yang ni masak dgn eloknya..
b. sosej goreng oat
harga sepinggan : satu senyuman beserta pelukan dan ciuman daripada zaheen!
note : tak ada ayam goreng untuk zaheen sbb nanti too much meat on the plate. tak elok. (suka2 aku je cakap tak elok hahaha)

Mama's Plate :
a. Kentang goreng je 3 ketul
b. sosej goreng salut oat 2 batang (err sosej orang panggil batang ke?)
c. ayam goreng rendam kolestrol 2 ketul
d. salad timun & nenas sesenduk
harga : sila naik weighing scale sambil pejam mana!



futnot : i'm not a good chef but i just being creative in my small kitchen! bukan selalu laki aku nak makan sama2 kat rumah. seronok makan macam ni sbb secara tak langsung kami encourage zaheen makan sendiri elok2. tapi bila dia dah kenyang, dia sibuk pulak nak suap kami makan. haishh...bila zaheen nak behave kat meja makan nih??

 

14 November 2012

Aku Dia & Cinta : Wordless Wednesday

 
Tajuk : Hari ni Jual Nasi Tomato
Tarikh dan time kejadian : 13 Nov 2012; Bukak kul 6.30pm. Kul 9pm dah licin. Alhamdulillah..
Lokasi : Medan Selera Astaka, Kampung Melayu.


Nasi Tomato Wan Chak

 
Daging Kicap Pedas
Kalia kacang buncis
Kerabu Timun / Acar Timun
Ayam Goreng Sempoi
 
 Ayam Ros Wan Chak




 



13 November 2012

Aku Dia & Cinta : Eusoff Zaheen 2Y3M


As of  today, zaheen dah berumur 2 tahun 3 bulan. Kerenah? Maih aku citer :

a.       Since aku dah tak keja, zaheen dah pandai  dah adjust diri tidur dgn aku. Dulu usah harap dia nak tidur kalau aku tidurkan. Sekarang ok je. Kena gurau2 sebelum tidur. Kadang2 kena berlakon konon2 ada lipas nak gigit dia..hahah, kadang2 kena nyanyi lagu tanya sama pokok (nyanyi la sampai suara serak2 basah), kadang2 dia buat manja baby tua..nak tidur atas tangan la, nak peluk lah..nak cium2 lah…kadang2 tu sumer tak perlu, letak je paler kat bantal, bagi susu…terus tidur.

b.      Sekarang dah pandai nyanyi. Ari tu pandai nyanyi lagu Bangun pagi. Pastu reti nyanyi tanya sama pokok…lagu bangun pagi tu, lagu dan irama sekata la jugak..tapi lagu tanya sama pokok tu ke laut.. ;

Versi asal :

Tanya sama pokok, apa sebab goyang
             Nanti jawab pokok, angin yang goncang

 Versi zaheen ;
anya kokok kokok, apa kujan kujan
antijawab kokok, angin yang koncang…

Hahaha…

c.       Zaheen still kipas mati ultromen. Tak kisah la ultromen tiga ke, ultromen mebius ke..sumer dia layan. Baju pulak, nak baju ultromen saja. Baju tidur ultromen. Baju siang ultromen. Memul a beli sepasang baju ultromen pastu aku sorok..sbb lepas mandi nak pakai baju yang sama. Sampai la aku jumpa satu kedai jual baju ultromen RM10 = 3 helai. Aku sambar terus. Baju otomen 3 helai, suar otomen 3 helai, baju tidur selai. Jadik la..nak buat ulang tayang hari2 sampai bosan.

d.      Sekarang dah pandai kenal pasti barang2 aku. Contoh eh :

Zaheen : eh, ni uku mama
Aja : tak lah, ni buku aja..
Zaheen : bukan bku aja, ni mama kunya..
Aja : buku aja lah..
Zaheen :NI MAMA KUNYA UKULAHHHHHHHHH…HISHHHHHHHHHH

Haahaha..buku yang zaheen maksudkan tu, novel.  Aih, sejak jadik WAHM nih, aku dah ada koleksi  6 novel tau. Tapi nak ngabiskan satu2 novel tu, makan hari la jugak. Selain dari kekangan masa bisnes, zaheen pun demand masa dgn dia gak. Yang Aja tu pulak, adik T-Rex.

e.      Garang tak menentu sekarang ni.

Situasi #1

Cousin zaheen tersadung kaki zaheen masa nak kedapur :
“oiiiii, apa ijak2 upin upin hah?.hhiiiiihhhhhh..”
(cousin dia terpijak seluar upin2 dia, tu yang keluar perkataan upin2 dalam marah tu)

 Situasi #2

Zaheen : Mama, ayin nak susu..
Mama : hmmm…sat
5 minit after
Zaheen : Mama ooo Mama, adik nak susu
Mama : Ok…sat eh…
2 minit after
Zaheen : MAMA…ADIK NAK SUSU LAHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!

situasi #3

(Masa ni aku tengah tengok CSI..pantang tul kalau orang kacau2)
Zaheen : Ma…adik nak tengok otomen maa..
Mama : sat lah, mama nak tengok citer nih..
Zaheen : Mama, adik nak tengok boboiboy
Mama : adik ni…pi masuk bilik lah, tengok boboiboy ke upin kat laptop papa
Zaheen : mama ni….boboi boboi..upin upin..iiihhhhhhh (sambil jelling tajam kat aku)

f.        Sekarang dah pandai tunjuk kasih sayang..
Selalu, aku tinggal zaheen kat rumah mil waktu pagi sbb nak hantar t-rex pi keja..lepas kul 10am baru aku amik. Sampai je rumah, tak sabar2 masuk bilik nak gomol2 dan cium2 ‘adik’2 dia..dah puas gomol sumer , baru cium peluk aku. Boleh?

g.       Dah boleh ajak berborak :
Zaheen ni  very obsess dgn aeroplane. Selalu aku bawak zaheen masa  jemput t-rex balik keja. Bayan lepas tu pulak neighborhood dgn airport…kerap la boleh Nampak kapal terbang take off..Zaheen kalau Nampak kapal terbang cam biasa la..kalut semacam (Nampak signboard kapal terbang ke airport / iklan yang ada gambar kapal terbang pun boleh kalut tak menentu gak)

Mama : Zaheen suka tetebang ke?
Zaheen : uka…api akut aaa Ma.. (suka, tapi takut la Ma)
Mama : kenapa zaheen takut tetebang?
Zaheen ; unyi uat, ayin akut… (bunyi kuat, zaheen takut)
Mama : ahhahaha…cam ni tak leh jadi pilot la…keja kat CSI je lah…hahah

h.      Kalau lapar , dah pandai mintak nasi. Kalau t-rex meniaga kat bawah, dia cakap PAPA JUAL ACIK EMAK MAMA..hahah, kalau Nampak hanger, kelam kabut lari, kalau tak sempat lari, terus peluk aku sambil cakap, AYIN AYANG MAMA…(mama pulak dengar ayat keramat ni, hanger pun terus layur..hahaha). kalau nak tidur, zaheen cakap, “NAK SUSU BANTAI” – maknanya nak baring kat bantai sambil minum susu.
i.         Zaheen tidur suka pintal ropol bantal. Hahaha…aku lak ada dua je bantal ropol. Kalau nak basuh, tak boleh basuh dua2 sarung bantal sekali, kena basuh satu satu..hahah

j.        Lain2 cam biasalah…menakal tak boleh blah…selalu anggap aku ni raksaksa sbb dia selalu fire ultromen kat aku. Sekali aku jadik raksaksa hanger, bertempiaran lari..haha..
Overall…syok rupanya jaga anak sendiri nih..tapi penat toksah kira. Mana taknya, aku kemas rumah, dia sepah. Aku kemas, dia sepah. Mau aku tak jadi raksaksa? Kalau tengok citer kartun fav dia, aku kena tgk sekali. Dulu boleh setakat teman je, sambil2 baja buku cerita atau FB. Sekarang usah harap, aku kena tgk citer kartun dia sama2. Paling dia suka  pocoyo, elmo, Hi-5, otomen, boboiboy dan upinipin. Lain2 tu dia tak laying sangat..

 
Futnot :
i. ingat tahun depan kalau murah rezeki, nak bagi zaheen adik..yaw…!
ii. esok, kami meniaga Nasi Tomato pulak. Skg ni every PH, kami jual special menu. normal weekend, kami jual nasi lemak. Kot2 hangpa jalan2 penang, mailah singgah kampung melayu..saper lagi nak suppot kawang2 meniaga kalau bukan kawan2 sendiri ye tak?

 

 


CN2S SHOPPE