13 November 2013

Aku Dia & Cinta : Untuk bakal pengantin

Salam...

macam tak sangka pulak bila aku tengok 'pageviews' blog tak seberapa ni, ramai (bukan ler ribu2/dan tak juga ratus2 viewer) yang still refer to N3 perkahwinan dan juga N3 mengandung..

so aku ingat..bila2 aku ada masa aku nak update pasal barang2 untuk kawin dan juga ragam2 mengandung. not necessary dari pengalaman aku kan, tapi dari pengalaman orang lain boleh gak aku selitkan kat sini untuk renungan bersama. cewah...

hari ni ada promosi baru untuk bakal pengantin yang tengah survey2 barang2 nak bagi kat peminat tetamu yang datang kat majlis kawin korang.sekarang ni, ramai B2B kretip, ada yang buat sendiri ole2. kagum gak aku, apsal masa aku kawin dulu aku tak kretip? pasal lepas kawin baru nak kretip? apsal? apsal? eh..eh...ok yang promosi cenderhati perkahwinan aku ni untuk B2B yang super BZ; yang bekerjaya keluar rumah matahari lom terbit, pastu balik rumah matahari dan berganti bulan sabit...

so aku offer satu pakej baik punya...

nampak clear like water tak? ok kalau spek mata (zaheen cakap cermin mata, cepek mata) kurang power, sila click kat gambar untuk tumbesaran atau tak pun CLICK sini untuk cerita lebih panjang lebor!


10 November 2013

Aku Dia & Cinta : Tips Merancang Majlis Hari Jadi anak-anak #1

Salam semua.

lama dah tak buat entry baru. M.A.L.A.S. tu yang sebenarnya. hari ni tak mo cerita pasal rumahtangga, pasal zaheen yang mood swing, atau kisah jiran sebelah yang suka bukak lagu hindustan kuat2..tak mo..tak mo...

hari ni nak tulis tentang sikit tips bila ko nak merancang majlis harijadi anak korang. tips yang aku nak tulis ni, pada pendapat aku, berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa. mungkin kedengaran macam separa normal pada korang, tapi bak kata orang tua, yang baik ko amik buat teladaan yang buruk ko buat sempadan...

TIPS :
1. Merancang Menu.
- Sebelum ko mereka atau mengorder menu, silalah kenal pasti ko punya tetamu dulu. Berapa ramai tetamu dewasa, berapa jumpa tetamu budak-budak. Penting juga untuk kenal pasti jenis tetamu yang makan pedas (kot la ko nak jemput Brad Pitt atau boss mat salleh dari tempat keja ka), atau makan makanan tertentu (vegetarian) so kat sini korang boleh plan korang punya budget.

- Selalunya majlis hari jadi diadakan pada sebelah petang. Kalau budget tak besar, toksah buat majlis belah pagi, sbb nanti boleh lajak ke tengahari karang tak pepasal kena sedia budget untuk lunch pulak.

-Aku selalu suka nak recommend kat client dual menu which means budak2 boleh makan, orang tua pun boleh makan. So ko tak perlu membazir nak order makanan orang tua, karang nak order makanan budak2 lagi. i.e : Contoh : Nasi goreng cina & Bihun Singapore. Dua menu ni ada gandingan sambal yang menarik. Sambal ikan bilis. Kanak-kanak boleh menikmati kedua menu ni tanpa sambal dan orang dewasa pun boleh enjoy the same food dan untuk citarasa yang hebat boleh tambah sambal ikan bilis..simple. Makanan berat tak perlu banyak, cukup 1-2 jenis.

- Kuih-muih. Part ni seronok. Kalau ko ada 50 tetamu (termasuk tetamu kanak2), toksah la order sandwich 50 set, karipap 50 set, bengkang labu 50 keping...kalau ko expect setiap tetamu makan satu jenis kuih, aku sarankan ko sediakan 2-3 tong sampah. siyes tak habis. Contoh ko ada 50 orang tetamu, aku sarankan ko order 3 kuih manis; 2 kuih pedas. Atau kalau budget tak banyak, order 1 kuih manis, 1 kuih pedas dan satu dessert dah memadai. Setiap jenis, selalunya aku potong kecik (2 kali ngap terus habis) 40 keping.

2. Goodies Bag
- Goodies bag untuk budak2 selalunya aku ikut kesesuaian budget customer atau kadang2 customer sendiri yang cadangkan nak letak apa dalam goodies bag. Selain party pack item (party hat, bubbles, party horn etc) selalu parents nak letak jajan which is aku sangat tak berkenan. Selalu aku suggest parents makanan yang lebih eloklah macam Quarker oat Cookies, Kellog Cornflakes, Air Kotak dutch lady etc. Sebagai parents, aku cadangkan kurangkan penggunaan makanan macam gula2, coklat berlebihan dalam goodies bag.
* sbb tu aku tak offer candy buffet dalam pakej birthday aku sebaliknya aku sarankan dessert buffet. Ada bubur oat sedap dalam dessert buffet ni...

- Permainan dalam goodies bag pulak, aku sarankan ko tengok la jugak umur anak korang dan tetamu kanak2 tu takat berapa tahun? kalau 3 years and below toksah la letak coloring book dan pensil warna. ada antara anak2 warna pun tak kenal, dan depa pun tak heran pun dgn coloring book. Ko bagi depa bubble, depa suka lah..leka ja main buih sabun. Kalau aku, aku prefer letak educational book like dot to dot ke. Ko boleh spend a-page-a-day dengan anak ko sambil dorang tengok kartun, suh depa sambung dot to dot. Lagi bagus daripada ko lambak coloring book dan anak ko dok menconteng warna atas kertas putih, end up ko tak tau nak explain depa color buku atau depa creat art attack! Kot lemah semangat, ko yang heart attack! hahaha...

3. Entertainment Team
- Some parents, lebih suka buat birthday party anak2 kat KFC/McDonald. Satu kelebihan fastfood ni, depa ada team yangboleh provide games untuk kanak2. Kalau tak buat kat KFC/McDonald pun ko boleh hire entertainer untuk entertain anak ko dan tetamu kanak-kanak. Depa ni selalunya comes with a package dengan clown, balloon clown, face painting, magic show, games etc. Selalunya depa ni professional with kids maksud aku depa ni memang yang sukakan budak2. bunyi macam mahal je nak hire entertainment team kan, harga dorang pun bukan murah, tapi team aku buat murah je. Pada aku berbaloi sbb kebanyakkan majlis aku pergi mak apak sibuk bergather2 sesama sendiri, makan dan bergossip, anak2 pulak buat hal sendiri. tetiba dengar nama mak jerit nama anak, karang pukul/marah anak. Alahai, dah namapun parti kanak2, so host kenalah plan untuk sediakan aktivity untuk kanak2. So takde lah keja budak2 tu lari sana sini, bising2, gaduh2, makan cikedis, minum air bergula pastu lari sana sini lagi, bising2, gaduh2...ohh...

4. ada banyak lagi aku nak tulis..tapi dah pukul 1:22am ni. Esok aku nak buat hamper dan ada 2 delivery. nanti2 aku sambung lagi ye.

ada entry baru kat sini...jangan lupa singgah tau!

Promosi perkembangan terkini birthday package kami...
macam mana nak order ?
memula email kami : giftandfavor@gmail.com
nyatakan berapa pax. (adult + bebudak)
pilih 1 type of main
yang budak2 punya section kat tengah2 tu remain. tak payah pilih2. solid depa dapat banyak tu.
then pilih at least 3 desert.
pastu kita orang reply, dgn quotation.
kalau ada antara desert tu tak menarik anak tekak, boleh je cadangkan kat kami...

ok...jangan malu2 order ya...kami tak geget orang...hehehe..


AKU DIA & CINTA ; TIPS MERANCANG MAJLIS HARI JADI ANAK-ANAK #2



CN2S SHOPPE