17 Disember 2017


7 November 2017

Aku Dia & Cinta : Aku cinta kamu...

Assalamualaikum....

tengok tajuk atas tu...tengok..tengok...
macam mana tak jatuh cinta...
kalau dah murah...
dia bagi diskaun lagi...
I LOVE YOU............................








Tips beli barang-barang tupperware
1. Jadi member/ahli.
memang ramai member/ahli Tupperware yang buat jualan menggunakan harga ahli. Tapi end of the day, dealer dapat bonus kita dapat apa? krik..krik..krik je kan..

Sebab tu  kita kena jadi smart shopper juga. Kita bukan setakat nak harga murah, tapi kita nak dapat commission juga.

WhatsApp akak, untuk jadi member tupperware
0196229258
0196229258
0196229258



2 November 2017

Aku Dia & Cinta : Jangan Menangis di Bucu Katil...

Meh la beli set Modular Mate ni...
Macam-macam boleh diisi...
Konpem tak menyesal ahh beli set ni...
Dapur kemas dan tersusun...

Duit jimat, space jimat, masa pun jimat...
Duit jimat sebab apa? Ye la beli masa offer ni harga lebih murah dibandingkan beli sebiji-biji time tak offer...
Space jimat? Space apa yang jimat? Ruang dapur atau kabinet la jimat sebab senang susun dan kemas apa guna modular mate ni, sedap mata memandang tambah-tambah warna hijau pulak tu...

Masa jimat? Apa hal pulak Modular Mate ni berkait dengan masa? Ye la kalau dah pakai set ni senang nak cari barang kita simpan, kalau tidak menggagau je selongkar kabinet cari barang tak jumpa, lagi satu ia senang nak lihat isi kandungan kat dalam sebab ia clear...
Lagi apa kelebihan dia? Bahan makanan yang disimpan pun sentiasa fresh dan segar sebab bekas ni kedap udara, seal dia pun senang buka dan senang nak tutup. Jimat lagi duit kat situkan, beli bahan makanan sekali dan boleh simpan lama, kalau tidak asyik lemau je masuk angin makanan yang disimpan, dengan adanya set Modular Mate ni masalah makanan mudah rosak selesai...
Letih dah taip ni, panjang dah explain pun, apa tunggu lagi, meh la beli sementara masih ada stok harga offer ni. Kan menyesal kemudian dah takde guna, menangis bucu katil pun tak dapek den nak tolong...



10 pcs ni cuma RM200  je (harga kat katalog  RM263 tau

OFFER ni sampai  12 Nov 2017..

Kalau nak dapatkan set cantik ni secara ansuran

whatsapp 0196229258

27 Oktober 2017

Aku Dia & Cinta : Kenapa perlu bayar lebih??

Assalamuaalaikum / salam hormat.

Dalam hidup ni, kalau ada benda yang kita boleh dapat dengan harga yang murah, kenapa kita nak bayar mahal-mahalkan?

oke hari ni akak nak promote RiceSmart by Tupperware.




inilah rupa Tupperware RICESMART tu. nampak je kecik tapi boleh muat 10kg beras tau.


kenapa 1 rumah kena ada 1 RICESMART?

a. Beras kekal segar sbb konsep penggunaannya, "First in, First Out" - FIFO concept kaedahnya. sebab tu beras segar sebab beras lama akan dikeluarkan dulu. 



b. Kutu Beras
Konsep FIFO juga mengelakkan kutu beras. Lepas2 ni, takde can le lagi kutu beras nak lepak dalam beras kita. Sebab kalau bekas beras biasa, kita cedok beras yang kat atas dulukan? yang beras lama, masih lagi kat bawah. tak keluar2. Beras yang lama tu kalau tak digunakan / tak keluar, tu yang mengundang kutu beras. Sebabnya, kutu beras suka sangat kat kawasan yang sejuk macam kat dasar tong beras. Dengan adanya RICESMART ni, kutu beras? no more...


c.  1 slide = 150gm = 1 cawan
Slide / penarik tu bersamaan dengan 150gm beras ataupun 1 cawan. kalau kita, sukat guna apapun tau air takat mana. cer tanya En Suami kita kalau kita minta dia tolong masakkan nasi. silap2 pasal sukatan pun, 5-6 kali dia whatsapp. tu kalau suami saya lah... 



d. Dinding telus cahaya. Dari jauh boleh nampak berapa belen beras yang tinggal. Jadinya, kemungkinan tipis untuk ko dah bersingsing lengan siang ikan, sedia bahan nak masak sekali bukak tempat beras, beras tinggal dua butir je...



Akak poin kan yang penting-penting je. antara benda best lain, RICESMART TUPPERWARE ni tak mudah melongsor. kat tapaknya bergetah, so kalau beras dah tinggal segenggam pun, kalu ko tarik slide tu, RICESMART ni tak melongsor...


jom kita tengok gambar RICESMART TUPPERWARE kat dapur orang lain lak...


cantikkan? Kita boleh simpan angan-angan nak dapur macam ni...
tapi jadikan memiliki RICESMART TUPPERWARE tu sebagai satu kenyataan dulu...

harga RICESMART ni RM308

Offer BEST sangat bulan ni
Korang beli satu unit RICESMART TUPPERWARE ni
akak offer 
FREE Tupperware Membership.

New member akan dapat 
1 unit beg stylo Tupperware
2 unit freezermate
1 unit One Touch

on top of that...
sebagai tanda welcome pada korang yang masuk family tupperware akak, akak bagi lagi free gift ni yang super awesome...

PAYMENT
TUNAI

KUTU 
serendah RM50/sebulan. Detail WhatsApp  Haniza 0126678785

ANSURAN
Akak accept 2 kali term bayaran. 
50% pertama masa order. 
50% kedua, sebelum akak pos barang.
senang kan...

mana2 yang nak buat dropship dengan akak pon boleh...whatsapp akak 0196229258

Selamat hari jumaat semua.

* gambar semua akak amik dari acik gugel ya.








24 Oktober 2017

Aku Dia & Cinta : Yang mana satu...

Percaya tak, benda pertama akak beli lepas jadi member Tupperware, akak beli Modular Mate. baru sedap mata memandang, kalau tak semak semacam bilik bukak kabinet dapur.

Tengok belah kiri tu, haaa macam tu la rupa susun atur dalam kabinet akak. rimas. nak gi dapor pun malas. Masak jauh sekali..lagi maalaaasssss (tapi bila barang dah tersusun dgn modular mates pun, rasa malas tu tak hilang lagi hahahah)

Salah satu kebaikkan kita susun barang macam ni ialah, kita senang kawal expiry date makanan. Iyelah, kadang anak bujang akak tu dia main bukak almari, terus amik makan. Bukan nak tengok makanan tu ok lagi ke, dah expired ke.  Cara akak, walopon modular mates tupperware ni mmg clear water, boleh nampak isi dalam. akak tampalkan tarikh beli dan tarikh expired. senang kan...




Click gambar untuk nampak lebih besau..

Gambar ni akak ambik dari katalog bulan sepuluh ni. Harga keseluruhan set ni RM293.90.
Harga termasuk penghantaran.

BERITA BAIK 
semua pembelian barangan tupperware pada jumlah RM200 dan ke atas pada bulan ni, akak bagi

FREE MEMBERSHIP.
Selalu nak jadi member ni kena bayar tau, kurang2 RM78. Tapi akak nak  bagi free je. sebab akak nak semua orang dapat beli tupperware dengan harga murah. harga jimat. Kalau tak rajin beli kat stokist, takpe akak boleh belikan dan hantar dekat korang...

WhatsApp akak 0196229258

ig : cookiesentupperware
fb: Cookies N Tupperware

Sebarang pembelian barangan tupperware menerusi akak, akak bagi sebalang percuma biskut cornflakes premium ni :





Aku Dia & Cinta : Pakej Hari Jadi Terkini

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

PROMOSI PAKEJ HARI JADI SEMPERNA CUTI SEKOLAH.
Promosi bermula : 24 November - 31 Disember 2017
Harga asal : RM25/pax
Harga promosi : Rm20/pax

Sajian utama : 
Nasi Minyak
Ayam Ros
Daging Goreng Pedas
Dalca

Kuih-muih : 
Roti Jala + Kari Ayam 
Muffin
Brownies
Karipap 
Popia

Lain-lain
Sweets & Chocolate

Untuk tempahan 
whatsapp 0196229258



Aku Dia & Cinta : Minum air 2L sehari...

Akak bukan seller yang jual caca-marba.
Trend jual biskut, akak jual biskut.
Trend jual baju, akak jual baju.

tak ...tak...akak tak ikut trend.
akak jual biskut, sbb akak buat biskut.
I'm so call the baker gitu..bukan abu bakar tau...

akak jual baju, sbb akak ni kalau family/sedara mara mintak tolong jualkan baju
akak susah nak kata TAK. kadang tak mark up harga pun...

Sekarang akak jual Tupperware..akak jual sbb akak suka. Suka weii design dia. warna pun touching my heart gitu. Tapi akak seriously bukan jual untuk serius2 (jual tak serius pun boleh pulak upline akak daftar kan akak ke DIQ - Director in Qualification gitu). akak jual tupperware ni more to sharing benda bagus.  Dan akak tak amik untung pun meaning aku jual harga member gitu. Nak kata akak bongok la tu... kan dah kata akak nak share. So akak share harga yang akak dapat. Kot ler satu hari Tupperware bagi akak barang2 dia free je...akak pun kalau boleh nak bagi free je kat korang...hahaha

So, setakat hari ni akak nak share barang-barang ni...super awesome (bak kata upline akak barang hot of the month)

2 unit 2L ECO bottle + 2 unit Pouch : RM100.00
Postage / delivery : Setiap sabtu
Nak order, whatsapp 0196229258


Harga katalog
2 unit 2L ECO bottle RM98.00
1 unit pouch : RM9.90
dua adik beradik ni walaupun kaler tak sama, tapi super hot ok. ECO 2L. macam goreng pisang panas. akak sempat beli 8 set awal bulan hari tu, semua sold out dik. Tambahan pulak sekarang ni musim panas kan. Kalau summer kat negara orang putih tu, rasanya  lite lite je panas nya, ni level panas kepam kat negara kita ni..haruslah kita banyakkan minum air masak. 2L more than enuff dik. Kalau kelik kat gambar tu, rega untuk dua bijik harganya RM98.00. Harga untuk dua botol tau. Kalau nak pakaikan dia baju, tambah lagi RM9.90  (1 unit) Ko tak payah pening2, beli je dengan akak. Dengan harga RM93.00 ko dapat dua balang air ni + 2 pouch dia. Ko tambah lagi RM7, sebagai kos delivery. Untongkan ko dapat kenal orang macam akak ni...



Tips minum air 2L sehari :
a. Segelas selepas bangun tidur
b. Segelas sebelum sarapan
c. Segelas selepas sarapan
*3 teguk setiap 30 minit*
d. Segelas selepas buang air
e. Segelas (sejam) sebelum makan tengahari..

Minum cukup air masak ni bukan setakat buat badan kita sejuk, tapi bagus juga untuk buah pinggang kita, melembabkan kulit dan juga bagus untuk awet muda...

WhatsApp akak laju2 ya kalau nak ECO Bottle 2L ni. Sbb akak dengar2 item ni sold out kat kebanyakkan stokist. kalau korang nak, whatsapp laju-laju  kalau takde kat stokist, akak boleh bodek2 upline akak amik stok dia juga (itupun kalau dia ada stok) hahaha

#akaktupperwarejelita
whatsapp 0196229258








29 September 2017

Aku Dia & Cinta : bukan kisah cinta.

 
1. dah lama tak update blog. blogging ni rasa macam dah tak relevant sejak aku pandai ber FB dan instagram. Tapi kadang-kadang, ada benda yang kalau bercerita kat blog lagi layan daripada tulis kat FB / Instagram. Ye lah...kadang2 blog ni tempat lepas geram, tempat mengadu kasih (ewah), so just tulis, baca n publish. Tapi kalau tulis kat FB, baru klik publish, words spreading macam air pasang. Well sometimes, bukan semua yang kita tulis tu kita nak orang komen tapi dah ko tulis kat public macam tu, ...berbanding kalau menulis kat blog, aku rasa macam orang nak baca, nak komen memang almost tahap sifar lah (lagi2 blog tak glemer macam blog aku nih).

2. hero hensem aku tu dah besar dah. Dah darjah satu dah. Bulan lepas kami (tetiba kami..iyelah mewakili aku dan T-Rex) celebrate birthday dia. Buat kecik-kecik je tapi ada biz networking kami yang sponsor badut...melompat kegembiraan la anak hensem aku tu.

decor buat sendiri je. Tema : Minecraft.
kos untuk deko ni tak sampai RM20

Goodies bag. Yang warna biru tu untuk guest boy; yang warna pink tu untuk  guest gegirl.
apa aku isi pun aku dah lupa cuma yang untuk gegirl punya goodies tu ada deodoran. yang sebenarnya avon ada buat sales roll on alah yang macam perfume mini purse tu ari tu. aku pun borong order dengan kawan aku. sekali masa nak collect, dia beli deodoran pulak, bukan roll on. hmm..terpaksa amik je la..takkan nak suh dia pulang balik. Tapi yang tak syoknya, dah la dia salah beli, boleh pulak dia salahkan aku sbb order salah. beza kot roll on dengan  deodoran. Jadahnya aku nak bagi kat guest anak2 aku deodoran? spoil tul la...

Ni birthday hat untuk hero hensem. Dia tak pakai pun...beria aku dok beli. Tak macho katanya pakai benda nih...

yang ni birthday hat untuk tetamu...

kanak-kanak tak ramai...ada banyak ni je. sbb yang lain2 depa dah besar2...tapi walaupun ada ramai ni je, rasa macam nak pecah gak dewan tu hari tu....nasib baik ada clown, so mak apak boleh makan dengan selesa tanpa perlu kisah sangat anak nak berlari sana sini ...sbb anak2 pun sibuk main game dgn badut 

cadangan asal nak tempah kek ikut tema. tapi mahal2 la pulak..ada tu dekat RM200...aih aje gila...kek birthday dekat nak sama dengan kek kawin. So aku beli indulgence kek dari secret recipe je. yang lilin tu beli kat MR DIY. Total lilin dan kek tak sampai RM100 pun


Ni hero hensem. sekali je la bagi dia pakai baju ni...lepas tu mak mertua dan tolong sental terus aku lipat masuk gobok. jangan pakai lagi dah...bukan reti nak jaga baju..dah la baju kaler putih..

Acik badut ni yang entertain kanak2 kat majlis hari jadi hero ensem. dulu2 masa aku buat biz birthday party, aku selalu panggil dia ni la.  3 jam, games, balloons show, cake cutting host, magic show cuma RM550. Tapi untuk kami hari tu FREE saja..



keluarga bahagia kami. Tengok TRex tu boleh pakai selipar jepun je...
sebenarnya, anak aku pun memula pakai selipar jepun gak..pastu adik ipar aku bising bebel2 cakap birthday kenalah pakai cantik2, so dia pinjamkan kasut anak dia kat hero hensem....hahaha


ni la tetamu yang datang. buat kecik2 je...tapi makanan macam orang nak kenduri masuk khatan. eh tak pe, aku dan makan berpisah tiada....




Cake cutting session....sebenarnya ada lagi few budak2 tapi tak termasuk dalam gambar sbb depa takut badut...alahai....

yay..dapat hadiah...

seronok kemain hero hensem ni dapat hadiah minecrafts. Alhamdulillah

3. Baru-baru ni, entah angin apa, aku buat biskut cornflakes. Teringat zaman sebelum kawin dulu, aku jual banyak biskut ni. Seingat aku, setiap minggu aku jual berbotol2 biskut ni. Alhamdulillah..rezeki Allah bagi non stop masa tu. Lepas2 tu since aku dah terror buat biskut lain, biskut ni pun aku lupakan. sampai la masa sembang2 dengan T.Rex dia tanya kenapa aku tak buat biskut cornflakes ni lagi. hahahaha....so demi suami tercinta...(cinta la sangat) aku kembali dengan biskut ni. Percubaan pertama put up ads kat instagram. Dapat satu buyer dari VIP Negeri Sembilan. Alhamdulillah...Mula-mula, dia beli dua balang je. Seminggu lepas tu dia order 12 balang. Sodap bonar katanya... Alhamdulillah, terima kasih Tengku. Tak sangka biskut cornflakes akak masuk istana...Alhamdulillah...


satu balang ni ada dekat 50 biji.
aku upgrade dari buttercup ke butter tatura
daripada guna cornflake timbang, aku guna kellog cornflakes



harga? percaya tak aku masih kekalkan harga yang aku jual pada tahun 2007
3 balang = RM50
tak boleh jual mahal2, nanti abah aku marah. hahaha

Projek terkini aku sekarang, aku tengah buat 300 mini balang cookies cornflakes ni. Niatnya nak bagi kat kakak aku semperna perkahwinan anak sulung dia. niat lain, nak promote ler apa lagi. Mana ler tau, lepas ni biskut aku ni masuk ke pergi ke kerabat johor pulak ke..ari tu dah selamat ke kerabat negeri sembilan...
Ni la yang aku buatkan untuk majlis kat rumah kakak aku nanti. Aku ada upload gambar ni kat instagram. orang pertama sekali yang tanya, kakak aku. Jual ke dia tanya. Aku malu lak nak cakap yang aku nak bagi kat dia, aku pun ha'ahkan aja...hahahah bongok kan...

4. Raya hari tu, aku beli kasut baru...tapi sebab dah lama tak beli kasut kan..aku pun dah lupa size apa. super bongok betul sejak tua2 ni.
Aku beli wedges Carlo Rino. Size 39. Harga RM 99
aku pakai sekali je..dah beli kenalah rasa pakai kan. tapi sebab terlebih satu size jadi macam tak selesa sangat.
so aku nak let go RM50 je. sapa nak, meh WhatsApp aku 0196229258



bukti, aku baru pakai sekali. Tapak pun suci lagi gitu hahaha


sapa size 39?

aku bagi sekali dengan plastik beg carlo rino ni

5. Hari tu aku ada join satu group WhatsApp tupperware. macam syok la tengok cara dia meniaga, dia jual sumer barang dengan harga member. Aku tanya dia, dapat untung macam mana kalau jual barang ikut harga member. dia kata, ohhhh tupperware is different. kita ada bonus...
Sejak masuk fasa mak-mak ni, aku pun terjebak gak dengan tupperware ni...eh skng ni tupperware bukan untuk golongan emak-emak je tau...ada kemungkinan satu hari nanti aku nak jual biskut cornflakes tu dalam bekas tupperware nih...classy gitu...
eh lupa, main point nak cakap, aku pun terjebak jadi ahli gak. so lepas2 ni kalau korang nak berkenan apa2 barang kat katalog tupperware, roger aku ya. Aku bagi harga member. baik punyer...


ni contoh iklan yang aku akan buat lepas-lepas ni.
tapi ni offer lama.
dalam katalog bulan 9 ni, steamer ni harga kat katalog RM88 je. So harga kasih sayang RM66 je
aku amik flat rate postage RM10 je
kalau korang dok dekat radius kediaman aku, aku hantar je kat ko..boleh kita sembang petang sambil makan burger che mat...

6. nak tau kalu, inilah penyakit.
kalau takde mood, suram spooky je blog ni. tapi bila sawan menaip mai...panjangberjela siap bergambar bagai kan...

futnot : aku kena membiasakan diri peramah sbb kat opis ni ada orang cop aku sombong...bongoklah....aku bukan sombong, aku cuma tak banyak cakap...



CN2S SHOPPE