19 September 2010

Aku Dia & Cinta ; Eusoff Zaheen Updates

Makin lama makin bersawang blog ni sejak bersalin..
tu baru ber anak sorang...kot ber anak 3-4 orang mau naik lalang blog aku nih..
banyak reason jarang berblog skg ni..
penat..tak cukup tidur..
zaheen kuat meragam..
dan selalunya...
bila aku on je laptop..dan dan tu la pulak dia nak merengek..
tu yang buat jarang2 berkesempatan nak hapdet blog..
Updates on my little Eusoff Zaheen :
1. Berat Zaheen as of 18 Sept 2010 ialah 3.95kg. Patut la aku rasa lengan aku selalu lenguh bila menyusukan zaheen.
2. Zaheen dah ada 2 klinik yang serasi dgn dia.
a. Untuk immunization, sakit2 dan apa2 yang tak memerlukan perapian hospital, aku bawak zaheen ke sini :
Loh Child Specialist Clinic kat Batu Lanchang. So far, alhamdulillah..semua ubat yang zaheen makan serasi betul.
b. Untuk kulit masalah, aku refer zaheen kat klinik asia juga kat batu lanchang. bagus oo klinik nih. ari tu kaki zaheen melecet sampai merah2 nak tumbuh nanah. aku bawak pi klinik nih, 2 hari je terus sembuh. alhamdulillah..
3. sedih nak cakap, tapi hakikatnya susu nenen makin merundum production. Zaheen lebih banyak minum susu anmum daripada susu badan. Aku terbaca yang fenugreek boleh boost susu badan. ada anyone dah terai ke? ok tak?
4. Recently zaheen banyak muntah bila minum susu. refer kat Dr. Loh. Dr. Loh bagi susu Novalac. Buat sementara sbb dia suspect perut zaheen ada digestion problem. Kena monitor zaheen ada tak muntah2..kalau dah surut muntah2 dia baru boleh bagi semula susu anmum. Ari tu aku terai bagi anmum - 2 scoop anmum, 1 scoop Novalac. Kesannya susu tu memang licin bedal dek zaheen tapi dia terus muntah2 bawak ke malam. Dah tu malam dia kembung bawak ke pagi. Kesian putera aku tuh. Aku tgh survey segala jenis usaha/multivitamin untuk menyuburkan susu nen+nen aku...korang kalau ada petua, feel free to drop in ye...
5. Semalam follow-up check up dgn Dr. Loh tentang Zaheen punya perut. Masa Dr. Loh bukak pampers zaheen, dia nampak satu bonjol kecik kat private area zaheen. Dia syak zaheen ada Hernia. Maka dia tulis referal letter untuk bawak zaheen pi Lam Wah EE...
Walaupun since lahir, zaheen banyak sakit..jaundice, pastu kerak susu dalam mulut, pastu digestion problem dan terkini Hernia pulak..tapi aku tetap bersyukur pada Allah sebab mengurniakan Eusoff Zaheen dalam hidup aku. Walau it takes away kenikmatan tidur aku diwaktu malam kerana aku kena comfortkan zaheen ketika kembung perut, atau terpaksa korbankan keperluan diri sendiri untuk keperluan zaheen, atau kurang masa untuk diri sendiri sbb kena mencurahkan sepenuh perhatian pada zaheen...aku tetap bersyukur.!
walau apa pun rintangan yang datang, aku yakin ada hikmah yang besar di sebalik ini semua!
well...
korang tau tak...
memiliki zaheen..
lebih tinggi nikmatnya daripada melalui malam pertama ;
lebih tinggi nikmatnya daripada makan nasik kandar kampung melayu di hujung minggu..
Eusoff Zaheen, mommy loves you SO MUCH!
lebih tinggi

1 ulasan:

Ibu Najla berkata...

kak lis, takpe mungkin masa die kecik mcm2 dugaan. sape tau dah besar nnt dia cergas, bijak kan...

CN2S SHOPPE