3 September 2010

Aku Dia & Cinta : Melahirkan Eusoff Zaheen

5 aug, ...

tak sangka pun rutin pg toilet untuk buang air kecik tinggalkan satu sejarah pada tarikh tu. 4am, aku terjaga, minum air dan buang air kecik. pastu aku baring semula kat katil. tidur lagi..pastu rasa nak terkucil lagi. tgk jam, isyy baru pukul 4.30am. rasanya baru lagi aku buang air kecik. lepas shi shi..aku balik ke bilik. tetiba rasa perut memulas pulak. Hish, sakit perut ke aku ni? tak penah2 lak sakit perut waktu dinihari. Pg ke toilet, buang..buang..! masuk bilik semula, tapi perut sakit lagi. memula sakit sikit. pastu sakit banyak. pastu sakit banyak-banyak. Hish..tak leh jadik. Aku kejut suami. Bila suami bangun, aku cakap aku sakit perut. ingatkan dia nak simpati, alih2 kena marah lak sbb dia kata aku degil. Dah cakap banyak kali jangan minum air teh, tapi aku minum gak. kan dah angin...! Aih, minum air teh boleh angin ke? Tension je aku, dah ler sakit dah tu kena marah lak...aku pun diam je la. duduk kat tepi katil. suami sambung tidur. aku tahan sakit. tapi makin tak boleh baik lorr sakit ni. makin sakit. kejap ok. kejap memulas. Aku kejut suami lagi. aku cakap dah tak tahan dah. memang sakit... Kena bebel la aku dgn suami aku. Pastu bila dia tengok aku dah pucat tahan sakit, dia panggil mak dia. Aku ingat mak dia simpat la dgn aku, sekali mak dia pun leter pasal air teh gak kat aku. Perut aku masa tu rasa macam kena simpul. sakit giler sampai keluar air mata kat hujung mata aku. Bila suami aku tgk aku dah sampai menangis tahan sakit, baru dia berenti bebel. Dia suh lak aku minum susu panas. Aku bancuh satu mug Anmum Materna. Habis je satu mug, aku muntah pulak! hah..panik satu rumah. Aku pulak terpikir macam nak beranak, yang aku rasa masa tu macam aku kena food poisoning je. hahaha...
since aku muntah minum susu tuh, suami dan mak mertua aku consider aku kembung angin je la. nak buat cemana ye tak. takkan aku nak melalak macam baby kembung tengah malam. Maka mil pun balik rumah dia. laki aku duduk kat sebelah aku..sambung bebel2. Last2 aku cakap, tak yah risau pasal aku. kalau takut sangat cuti abes, tak yah cuti. pg sambung tidur, pastu bangun pi keja. aku ingat suami nak pujuk aku, sekali dia betul2 tarik selimut...!!
Aku dok kat tepi katil sampai pukul 7am++. SEsekali check seluar kecik ada turun darah ke tak. seluar kecik clear je. masa suami siap2 nak pi keja, dia tgk muka aku dah lain dah. dia katalah. tapi sebenarnya waktu tu, aku dah kurang sakit. Dia ajak aku pg jumpa gynae aku.
sebelum pi jumpa gynae as usual, suami kena beli bf parents dia dulu. Since sakit, dan juga sakit hati, aku cuma habiskan seketul karipap dan setengah mug milo je. habis2 breakfast, dah dekat kul 10am++. Dalam kul 11am++ aku sampai clinic gynae aku. Malangnya, gynae aku baru je keluar sbb ada patient dia nak deliver. Aku jumpa clinic asst, Kak Noor.
Kak Noor, suh aku masuk bilik sbb nak check contraction. Aku rasa cuak je dengar perkataan contraction. iye lah aku masa tu baru 36 minggu..kalau nak diikutkan EDD, lama lagi la nak deliver. Tapi manusia hanya merancangkan!
Aku kurang pasti apa tools yang kak Noor guna untuk check contraction tapi yang paling aku ingat, bila Kak Noor seluk, bukaan dah terbuka 1cm. Kak Noor suh aku stay kat clinic sampai Gynae aku balik. Aku suh suami aku balik ambik beg hospital. Aku pulak stay kat klinik tunggu gynae balik.
Lebih kurang pukul 2pm++ Gynae aku balik. Dia check contraction lagi. Dan seluk lagi. Kali ni dah terbuka 2.5cm tapi kepala baby dah kat bawah sangat. Gynae suh aku call suami aku balik, get ready for emergency c-sect! Phew... aku tanya2 kalau aku boleh deliver next week ke sbb kalau aku deliver taim tuh, my baby consider premature. Gynae aku tak advise langsung sbb dia kata age factor, dan lagi baby punya condition dah kat bawah sangat, better don't take any risk yang membahayakan baby...
since operation theatre clinic gynae aku under construction, maka aku terpaksa berangkat ke panel hospital untuk delivery. sampai hospital je, aku dibagi bilik -tukar baju, shave tut tut dan lepas tu tak lama aku disorong ke bilik bedah. Takut? sure la takut..tak penah kena belah idup2. Gynae aku bius half body so means boleh la rasa sikit2. sakit tak seberapa cuma takut dan ngilu berlegar2.
tepat pukul 1612pm, aku selamat melahirkan EUSOFF ZAHEEN. aku cuma pandang sekilas je sbb dah pesan awal2 kat nurse jangan letak zaheen atas dada upon deliver, sbb aku seriau dgn darah. Lepas habis jahitan, aku di sorong naik ke bilik. Zaheen pulak dibersihkan, dibawak ke nursery. malam about 8pm, baru aku jumpa zaheen. Nurse tanya kalau2 aku nak breastfeed zaheen masa tu. Tapi aku terlalu sakit dan penat untuk tu. So nurse advise aku rehat dulu. Pukul 2 am, baru aku berjaya bagi zaheen susu badan. Alhamdulillah...walaupun sedikit kepayahan aku nak sua susu, dan sedikit kepayahan zaheen mencari2 puting, syukur, aku dapat juga sedekahkan susu badan aku pada zaheen...
futnot : since aku tak tau apa rasanya contraction, maka aku simpulkan kat sini sakit bersalin aku sat je. Syukur pada Allah yang memberikan aku sedikit kemudahan dan meringankan sedikit beban sewaktu melahirkan zaheen. Tapi mudah kat sini, susah kat tempat lain. Yang susah tu aku telan je la. Nak cakap lebih2 pun, SUAMI. Syurga di bawah tapak kaki dia kan...




1 ulasan:

azian abdullah berkata...

alhamdulillah, tak lama kak lis sakitkan..tapi kan kak, saya confuse. kenapa 36wks dikira pre-mature? kan dah 9bulan kiranya tu?

CN2S SHOPPE