19 Oktober 2010

Aku Dia & Cinta : Atuk-atuk Zaheen


gambar cilok from GOOGLE


hari ni nak citer tentang Atuk2 Zaheen.
Buat masa ni Zaheen ada 3 atok tak termasuk atok2 sedara la...

ATOK NO.1
Atok bapak iaitu bapak mama.
Zaheen baru jumpa sekali je atok bapak itu pun masa mama baru lahirkan zaheen. Atok Bapak datang dgn Mak Long dan Pak Long, Abang Adib dan Mak Ucu...! Atok Bapak selalu SMS mama dan kadang2 call mama tanya kabar zaheen. Atok Bapak panggil Zaheen, USOP. Terima kasih atok bapak sebab selalu sms / call dan kadang2 top up duit mama..! Zaheen tau sejak zaheen lahir, mama dan papa banyak nak pakai duit. Mama cakap raya haji nanti, mama nak bawak zaheen balik kampung. Yay boleh jumpa Atok Bapak, mak ucu, mak long, pak long dan Zaheen pun nak kenal dgn sepupu dan mak2 dan pak2 sedara zaheen yang lain kat selatan tu...insya Allah...

ATOK NO.2
MAK TOK.
MakTok ialah mak kepada papa. Mak Toklah yang jaga Zaheen masa mama dalam pantang. Mak Tok mandikan Zaheen, jaga malam bila Zaheen kembung, urut2 Zaheen. Mak Tok jugak masak untuk mama Zaheen. Sebab tu sekarang bila dah pindah kat rumah sendiri, Zaheen tetap suh mama bawak Zaheen jumpa Mak Tok...dapat jumpa sekejap jadikla! Kalau tak Zaheen protes tak mo tidur!! Nak tau tak, Mak Tok pandai masak. Sumpah tak tipu! Mama kata kalau Mak Tok tak jaga cucu, mesti mama nak mintak Mak Tok masak macam2 then Mama boleh jual. Tau tak, Mak Tok punya Macaroni Goreng...terangkat babe, wa cakap lu!!

ATOK NO.3
TOK WAN.
Tok Wan ialah bapak kepada PAPA. Tok Wan ni garang woooooooooooooooo tak macam Mak Tok yang selalu bagi muka kat cucu2 lain. Abang Danish selalu kena hanger dgn Tok Wan..hahaha! Walaupun Tok Wan garang, tapi sebenarnya Tok Wan ni baik hati tau...Masa Zaheen dalam pantang, Zaheen kena jaundice teruk. Tok Wan la yang bawak keta hantar Zaheen pi Klinik. Masa Zaheen dalam perut mama, kalau mama kena check-up waktu papa keja, Tok Wan lah jugak yang hantar mama pi check up. Zaheen janji nak jadik cucu yang baik depan Tok Wan sbb Zaheen tak mo kena hanger! muahahaha...

ATOK No. 4
ATOK CINA.
Atok Cina ni yang tinggal depan rumah kami. Nama depa Zaheen tak tau. Zaheen dengar mama dan papa panggil atuk perempuan tu MakNya..kadang2 panggil auntie. Yang lelaki tu pulak, mama dan papa panggil uncle. So zaheen nak panggil apa ye? Atuk Cina ...isy bunyi macam racist lak kan...ok ok..Zaheen panggil nenek Auntie dan Atuk Uncle laa...

Atk Auntie dulu masa muda2 keja babysitter. So Nenek auntie ni cekap tul part2 jaga budak dan orang dalam pantang. Masa Zaheen kena kembung tetiap malam dulu, Nenek Auntie ni belikan zaheen minyak itam. ntah apa tah nama dia, mama panggil minyak MakNya! minyak ni macam yuyi la jugak tapi tak sehangat yuyi...bila pakai kembung terus hilang. cuma bau minyak ni ...perh...busukkkkkkkkk! Selain daripada minyak hitam ni, Nenek auntie bagi Zaheedn ubat Ching Fong San. Yang ni gunanya bagi zaheen makan untuk hilangkan kembung dan untuk sedap perut. Tapi yang ni mama tak bagi zaheen makan sbb bila mama check kat internet, ubat ni ada kandungan beluncas kering dan serangga2 kering. Orang islam tak boleh makan kan mama! Kadang2 Nenek Auntie datang rumah mama, urut badan zaheen! Spa service wa cakap lu. Paling best, hari wiken ari tu, nenek auntie bagi zaheen buai. Lagi seronot Nenek Auntie siap jahitkan kain untuk buai. Sbb nenek auntie cakap, kain batik yang mama guna untuk buai zaheen tu besar sangat. So nenek Auntie jahitkan kain, customize ikut berat zaheen dan tinggi buai. Baiknya nenek Auntie ni kan?

Atuk Uncle lak macam Nenek Auntie gak. Baik dan friendly! Pantang dengar Zaheen nangis je, mesti dia suh nenek auntie datang rumah zaheen! Huh, mama seronot le tuh..sbb tak payah entertain zaheen...tapi zaheen pun seronot juga...! Seronot sbb nanti sure nenek auntie urut2 zaheen. Seronot sbb dapat bagi mama rehat jap...!

Zaheen sayang atok2 semua!

3 ulasan:

d'Sweet Choc Homemade berkata...

zaheen tido dlm buai ke lis? semlm lisa g bwk iman utk inject 2 bln misi tu ckp jgn tidokn dlm buai lg sbb struktur badan n tulang baby tak cukup kuat lg..

Unknown berkata...

Lisa, buai tu nak bagi dia lena je. dia dah lena, angkat letak atas katil. dulu sebelum ada buai, dok dukung sambil dodoi...perh..tak larat tambah dia suka mengeliat..takut tersembam ke bawah je..

futnot: Iman minum anmum lagi ke?

Lisa berkata...

owhhh sbb tu erk..

iman minum anmum lg lis, lisa pun minum lacta gak utk tambahkan susu

CN2S SHOPPE