21 November 2011

Aku Dia & Cinta : Bread Pudding Zaheen

ewah..pandai2 je aku tukar nama 
karang kena saman dgn tuan punya resepi..
sebenarnya, tajuk diatas perlu dibaca begini : 
Puding Roti untuk Zaheen...

ye, anakanda aku ni suka betul makan desert..
bermula dgn vanilla kastard heinz...
puding jagung mil...
anJELIna joli...
selain daripada sup ikan...

maka ari ni, mama zaheen yang 'comel' ni kan coti...
gigih ko aku gugel resepi 
carik2 jumpa juga resepi bread pudding...


so here's mine version
recipe : credit to MIRRA
resipi asal, sila kelik ke tuan punya blog. resepi ni aku dah olah ikut kesesuaian budak umur setahun 4 bulan.

Bahan-bahan : 
a. 7 keping roti (aku guna roti butterscotch...)
b. 3 sudu butter (butter dah abis, aku guna marjerin je)
c.650ml susu segar/susu cair (aku guna setin susu cair carnation)
d.3 biji telur
e. 30 gm gula (aku guna brown sugar)
f. 30 gm kismis (aku guna coklat rice)
g.1 sdt esen vanilla 

cara-cara : 
a. panaskan oven 170 celcius
b. sediakan loyang. sapukan butter kiri kanan dan dasar loyang. amik loyang kecik je. adunan ni sket je.
c. sapukan butter di permukaan roti. both side. Siap sapu butter, potong roti kepada kiub kecik. Satu keping roti tu aku potong 9 keping.
d. letakkan roti dalam mangkuk dan tuangkan susu cair. letak ke tepi sebentar.
e. ambik bekas lain. masukkan gula ke dalam bekas. 
f. masukkan telur 3 biji tadi.
g. pukul telur sehingga gula larut. agak2 gula dah larut, masukkan vanilla. pukul lagi sket. 
h. tuang adunan susu ni ke dalam roti tadi. taburkan chocolate rice. biar 5 minit sehingga roti kembang.
i. after 5 minit, masukkan roti dalam oven dan bakar antara 30-35 minit.
j. bila dah siap, ikut kreativiti memasing la nak serve dgn apa. aku suka makan dgn vanila kastard, makan ngan eskrim pun best. ikut suka korang la. 

futnot : ada sesapa boleh share resepi anak2, maih la emailkan kat aku. kat cinta.utara.selatan@gmail.com. Resepi terbaik (terbaik kat tekak anak aku la) akan dapat sagu hati dari sini.

Tiada ulasan:

CN2S SHOPPE