26 Oktober 2012

Aku Dia & Cinta : Menu Hari Jadi

salam semua..
 
aku ada letak kat blog niaga , Pakej hari jadi..tapi sampai ke hari ni, pakej tu belum menjadi lagi..
faktor utama, masa..
faktor2 lain : lokasi, dan kewangan..
 
Aku mintak maaf pada sesiapa yang kerap bertanya tentang pakej hari jadi, sampai la ni aku tak mampu nak jawab sbb lokasi aku terhad di penang saja. sekarang ni pulak, yang menghadkan aku bukan takat lokasi, tapi masa pulak. Weekend aku perlu bukak gerai nasi lemak..
 
akhir kata, buat masa ni,
aku cuma mampu ambik tempahan menu hari jadi sajalah..
insya Allah kalau ada diantara kawan2 yang nak order menu untuk hari jadi, aku berbesar hati nak terima tempahan..
 
esok, aku ada tempahan pertama untuk hari jadi..
menunya :
Roti Jala + Kari Ayam
Pumpkin Cake
Muffin Coklat
Agar2 Marble..
 
Gambar2nya diupate kemudian, buat masa ni cake dan muffin berada di dalam oven...~
 
futnot :  salam aidiladha untuk pengunjung blog aku..
 

4 ulasan:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

meniaga ye?moga murah rezeki.. org meniaga makan nie kalau sedap insya allah laku..

azian abdullah berkata...

wah! mantap kak lis :) good luck kak lis. mudah2an pasni boleh bukak restoren. aminnnn

~CN2S~ berkata...

Baby (Mama Aman & Arief)
ye saya meniaga. hari tu kena retrench. pikir2, umur macam saya, dgn badan dah macam tong ni, takde kot orang nak amik saya jadi sekretari lagi. jadi saya plan jual nasi lemak bungkus. Ketentuan Allah tu kita tak boleh jangka, bila kawan husband pulak rupanya tengah cari pembekal nasi lemak. Saya mula jual 30 bungkus sehari, dan dalam 2 minggu in biz, syukur alhamdulillah, saya dah supply 500 nasi lemak bungkus daily. Weekend pulak, sebelah petang, husband jual nasi lemak lauk. Tentang sedap : kami open. Kalau feedback kata kurang, kami welcome apa yang boleh tambah. kami okey je. ada juga few feedback yang membina. e.g : nak ikan bilis goreng lebih, nak nasi lebih, nak nasi ada rasa masin2 sket...mana yang boleh fullfil tu kami, buat.. Insya Allah, setakat ni hubungan dgn pelanggan ok.

~CN2S~ berkata...

Azian Abdullah,

plan gitulah...restoren butik lagi syok kot. nanti bolehlah azian letak kain pasang kat restoren butik kak lis. lalala...

CN2S SHOPPE