27 November 2012

Aku Dia & Cinta : Menu semperna musim deghoyan..

Salam semua.

Selepas beberapa minggu menjayakan diet, ada beberapa hari tewas jugak dengan asakan resepi2 yang memanggil suh aku terai (ahaks...macamlah sekali terai terus jadik..hahaha)..

ok cakap banyak tak guna, for the very 1st time kot aku nak share resepi dgn korang :

Ikan Tenggiri Masak Lemak
Sumber : aku tak berapa ingat aku cedok kat mana. sbb masa jaman2 bekerja dulu aku rajin gak kopipes resepi, save kat word pastu print. sampai rumah  terus file dalam menu file. tak silap aku resepi ni dah 2 tahun ada kat dalam FILE RESEPI aku. Mintak2 if ada owner punya resepi, aku mintak halal ye kopipes resepi korang kat sini pulak.

Bahan2 :
3 ketul ikan tenggiri (aku guna 2 ketul je)
2 kuntum bunga lawang (aku guna sekuntum je)
10 biji belimbing buluh
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
(aku guna santan RM2 je. pastu campur dgn 2 cawan air)
garam
Tempoyak singgit (ni aku tambah)

Bahan kisar :
a. 20 bijik cili padi ( aku guna 5 biji je - aku bukan tak kuat pedas tapi aku makan dgn zaheen kena kurangkan pedas...hehehe)
b. 3 ulas bawang merah
c. 3 cm kunyit hidup

cara :
a. Masukkan sumer bahan kecuali belimbing buloh dan santan pekat dalam periuk.
b. Masak hingga mendidih sambil sentiasa kacau supaya tak pecah minyak
c. Bila mendidih, masukkan santan pekat. kalau ada tomato, boleh kasi masuk taim ni.
d. kacau lagi perlahan hingga mendidih.
e. Tutup api dan hidangkan.

peh...tgh type entri ni aku rasa macam nak buat lagi..kalau tak ngenangkan diet, esok gak aku pi menjala ikan kat market gelugor.

sekian terima kasih dan selamat mencuba...

futnot : I'm not a chef; but i just being creative in my small kitchen...


2 ulasan:

Chooyaya! berkata...

Ada lebih tak kuah ni? Kalau ada... Esok pagi buat cekodok ikan bilis pastu cicah. Panas-panas. Lawan dengan teh o suam nipis... pergggggghhh!! Sumpah yam. Abg tak carik lain. Heeeee

Unknown berkata...

chooyaya...hehehe...kuah dihirup sampai ke titisan terakhir, ingat nak gak buat cicah lempeng ka apa ka..tak dan...

CN2S SHOPPE