8 September 2013

Aku Dia & Cinta : Macam-macam Zaheen



Salam.

sejak zaheen pandai berkata-kata, apa yang kami cakap,apa yang dia boleh dengar, semua kena tapis2. so no more bad words untuk rude drivers on the road, gaduh dengan T-Rex pun kena guna bahasa sopan santun, cerita katun yang dia biasa tengok pun dah kena tapis2 and so on...

tapi kalau ada ketika aku dengan T-Rex terlepas kata..haa..si kecik ni pulak sound kami semula :

(1)
eh, jangan sakap (cakap) 'Aku' tak baikk - nanti mama subit
(cubit - zaheen tak reti pronounce any word starts huruf 'C')
...jangan wat uweekk (jelir lidah), nanti mama kuting (gunting) mulut (lidah)
... jangan sakap gewam (geram), tak baik...
kadang2 bila aku bebel kat dia, dia akan gelak2 sambil cakap 'mama ni kaka (kelakar) lah" - terus turn off nak marah, entah tang mana kelakar, aku pun tak tau...

(2)
pengaruh tv
- sekarang ni kalau suruh buat apa pun, dia akan cakap, " BAIK, KAPTEN HOOK" (rancangan kartun saluran 613 - jake and never land pirate)
- Ada sekali tu aku pasang telinga masa dia tengah tengok kartun ni dengan T- Rex:
zaheen : papa..papa..tinok (tengok) tu...jek..jek...
papa : ohhh..jack la zaheen....
zaheen : haaa...ahin JACK, papa KAPTEN HOOK...
papa : oh, papa kapten hook? abis mama apa pulak?
zaheen : Mama - encik SMITH..
papa : kenapa mama jadi encik smith pulak?
zaheen : sebab mama GEMUK...
papa : ketawa guling2 sampai keluar air mata...
(aku rasa macam nak telan hidup2 je dua 'lanun' tuh!!)

(3)
Pengaruh Mamak
lagi satu, bila zaheen nak mintak susu..
zaheen : mama/papa, ahin nak susu panas!
 lepas dia order susu tu, sesiapa yang buatkan susu tu kena cakap, 'SIAP'...huh, pengaruh mamak tul anak aku nih!

(4)
zaheen memang suka bercerita. tapi kadang2 kena well aware sket dgn persekitaran dia bila dia bercerita or tau sket2 rancangan tv dia, kot tak, ko mesti terpinga2..hahah T-Rex selalu kena ni :.

contoh : hari tu T-Rex baru je masuk keta, dia terus cerita...
zaheen : ahin tak suka kak yos (kak ros- kakak upin dan ipin) tu.
papa : hah, kak ros mana pulak ni?
zaheen : kak yos tu la..asik (asyik) malah (marah) upin je..
papa : tepuk dahi (oh, cerita upin dan ipin)

(5) masa zaheen kecik2, kalau tengok tv, kami selalu ajar dia, "haaa tengok tu zaheen, tu kuda..." etc..
sekarang, bila dah besar sket, kalau dia tengok apa2 kat tv, dia pulak tanya kami...
zaheen : mama, hingok tu ..apa tu?
mama : oh, tu kuda!
zaheen : pandaiiiiiiii mama..

zaheen : papa, tu apa
papa : buaya..
zaheen : bagusssssssss!

tapi ada satu kali tu dia marah kat T-Rex.

zaheen : (zaheent tunjuk gambar buaya kat T-rex, pastu buat2 tanya), papa ni gambar apa?
T-rex : tu buaya
zaheen : bukan lah, ini KELEBAU (kerbau)...
motif tanya?

aku mula rasa enjoy jadi housewife..seronok tengok anak besar depan mata. Benefitnya, aku lebih memahami zaheen (walau kadang2 perangai zaheen boleh buat api keluar dari hidung mancung bak seludang kembang aku nih)

kerjaya - aku ada cerita tak yang aku supply food kat hospital tempat anak sedara aku kerja? tak yah citer lah, biz kecik je. cukup la nak service keta, beli makan pakai zaheen tetiap bulan...

azam bulan sept - rasanya nak aktif balik berblog....

2 ulasan:

Zach's Momma berkata...

hehe banyak betul keleth zaheen nih :D

~CN2S~ berkata...

heheh ZM, tak boleh imagine kalau zaheen ni twin ka triplet ka..adoi..mau pengsan ari2..

CN2S SHOPPE