1. dah lama tak update blog. blogging ni rasa macam dah tak relevant sejak aku pandai ber FB dan instagram. Tapi kadang-kadang, ada benda yang kalau bercerita kat blog lagi layan daripada tulis kat FB / Instagram. Ye lah...kadang2 blog ni tempat lepas geram, tempat mengadu kasih (ewah), so just tulis, baca n publish. Tapi kalau tulis kat FB, baru klik publish, words spreading macam air pasang. Well sometimes, bukan semua yang kita tulis tu kita nak orang komen tapi dah ko tulis kat public macam tu, ...berbanding kalau menulis kat blog, aku rasa macam orang nak baca, nak komen memang almost tahap sifar lah (lagi2 blog tak glemer macam blog aku nih).
2. hero hensem aku tu dah besar dah. Dah darjah satu dah. Bulan lepas kami (tetiba kami..iyelah mewakili aku dan T-Rex) celebrate birthday dia. Buat kecik-kecik je tapi ada biz networking kami yang sponsor badut...melompat kegembiraan la anak hensem aku tu.
|
decor buat sendiri je. Tema : Minecraft. kos untuk deko ni tak sampai RM20 |
|
Goodies bag. Yang warna biru tu untuk guest boy; yang warna pink tu untuk guest gegirl. apa aku isi pun aku dah lupa cuma yang untuk gegirl punya goodies tu ada deodoran. yang sebenarnya avon ada buat sales roll on alah yang macam perfume mini purse tu ari tu. aku pun borong order dengan kawan aku. sekali masa nak collect, dia beli deodoran pulak, bukan roll on. hmm..terpaksa amik je la..takkan nak suh dia pulang balik. Tapi yang tak syoknya, dah la dia salah beli, boleh pulak dia salahkan aku sbb order salah. beza kot roll on dengan deodoran. Jadahnya aku nak bagi kat guest anak2 aku deodoran? spoil tul la... |
|
Ni birthday hat untuk hero hensem. Dia tak pakai pun...beria aku dok beli. Tak macho katanya pakai benda nih... |
|
yang ni birthday hat untuk tetamu... |
|
kanak-kanak tak ramai...ada banyak ni je. sbb yang lain2 depa dah besar2...tapi walaupun ada ramai ni je, rasa macam nak pecah gak dewan tu hari tu....nasib baik ada clown, so mak apak boleh makan dengan selesa tanpa perlu kisah sangat anak nak berlari sana sini ...sbb anak2 pun sibuk main game dgn badut |
|
cadangan asal nak tempah kek ikut tema. tapi mahal2 la pulak..ada tu dekat RM200...aih aje gila...kek birthday dekat nak sama dengan kek kawin. So aku beli indulgence kek dari secret recipe je. yang lilin tu beli kat MR DIY. Total lilin dan kek tak sampai RM100 pun |
|
Ni hero hensem. sekali je la bagi dia pakai baju ni...lepas tu mak mertua dan tolong sental terus aku lipat masuk gobok. jangan pakai lagi dah...bukan reti nak jaga baju..dah la baju kaler putih.. |
|
Acik badut ni yang entertain kanak2 kat majlis hari jadi hero ensem. dulu2 masa aku buat biz birthday party, aku selalu panggil dia ni la. 3 jam, games, balloons show, cake cutting host, magic show cuma RM550. Tapi untuk kami hari tu FREE saja.. |
|
keluarga bahagia kami. Tengok TRex tu boleh pakai selipar jepun je... sebenarnya, anak aku pun memula pakai selipar jepun gak..pastu adik ipar aku bising bebel2 cakap birthday kenalah pakai cantik2, so dia pinjamkan kasut anak dia kat hero hensem....hahaha |
|
ni la tetamu yang datang. buat kecik2 je...tapi makanan macam orang nak kenduri masuk khatan. eh tak pe, aku dan makan berpisah tiada.... |
|
Cake cutting session....sebenarnya ada lagi few budak2 tapi tak termasuk dalam gambar sbb depa takut badut...alahai.... |
|
yay..dapat hadiah... |
|
seronok kemain hero hensem ni dapat hadiah minecrafts. Alhamdulillah |
3. Baru-baru ni, entah angin apa, aku buat biskut cornflakes. Teringat zaman sebelum kawin dulu, aku jual banyak biskut ni. Seingat aku, setiap minggu aku jual berbotol2 biskut ni. Alhamdulillah..rezeki Allah bagi non stop masa tu. Lepas2 tu since aku dah terror buat biskut lain, biskut ni pun aku lupakan. sampai la masa sembang2 dengan T.Rex dia tanya kenapa aku tak buat biskut cornflakes ni lagi. hahahaha....so demi suami tercinta...(cinta la sangat) aku kembali dengan biskut ni. Percubaan pertama put up ads kat instagram. Dapat satu buyer dari VIP Negeri Sembilan. Alhamdulillah...Mula-mula, dia beli dua balang je. Seminggu lepas tu dia order 12 balang. Sodap bonar katanya... Alhamdulillah, terima kasih Tengku. Tak sangka biskut cornflakes akak masuk istana...Alhamdulillah...
|
satu balang ni ada dekat 50 biji. aku upgrade dari buttercup ke butter tatura daripada guna cornflake timbang, aku guna kellog cornflakes
harga? percaya tak aku masih kekalkan harga yang aku jual pada tahun 2007 3 balang = RM50 tak boleh jual mahal2, nanti abah aku marah. hahaha
Projek terkini aku sekarang, aku tengah buat 300 mini balang cookies cornflakes ni. Niatnya nak bagi kat kakak aku semperna perkahwinan anak sulung dia. niat lain, nak promote ler apa lagi. Mana ler tau, lepas ni biskut aku ni masuk ke pergi ke kerabat johor pulak ke..ari tu dah selamat ke kerabat negeri sembilan...
|
|
Ni la yang aku buatkan untuk majlis kat rumah kakak aku nanti. Aku ada upload gambar ni kat instagram. orang pertama sekali yang tanya, kakak aku. Jual ke dia tanya. Aku malu lak nak cakap yang aku nak bagi kat dia, aku pun ha'ahkan aja...hahahah bongok kan...
4. Raya hari tu, aku beli kasut baru...tapi sebab dah lama tak beli kasut kan..aku pun dah lupa size apa. super bongok betul sejak tua2 ni. Aku beli wedges Carlo Rino. Size 39. Harga RM 99 aku pakai sekali je..dah beli kenalah rasa pakai kan. tapi sebab terlebih satu size jadi macam tak selesa sangat. so aku nak let go RM50 je. sapa nak, meh WhatsApp aku 0196229258
|
|
bukti, aku baru pakai sekali. Tapak pun suci lagi gitu hahaha |
|
sapa size 39? |
|
aku bagi sekali dengan plastik beg carlo rino ni
5. Hari tu aku ada join satu group WhatsApp tupperware. macam syok la tengok cara dia meniaga, dia jual sumer barang dengan harga member. Aku tanya dia, dapat untung macam mana kalau jual barang ikut harga member. dia kata, ohhhh tupperware is different. kita ada bonus... Sejak masuk fasa mak-mak ni, aku pun terjebak gak dengan tupperware ni...eh skng ni tupperware bukan untuk golongan emak-emak je tau...ada kemungkinan satu hari nanti aku nak jual biskut cornflakes tu dalam bekas tupperware nih...classy gitu... eh lupa, main point nak cakap, aku pun terjebak jadi ahli gak. so lepas2 ni kalau korang nak berkenan apa2 barang kat katalog tupperware, roger aku ya. Aku bagi harga member. baik punyer...
|
|
ni contoh iklan yang aku akan buat lepas-lepas ni. tapi ni offer lama. dalam katalog bulan 9 ni, steamer ni harga kat katalog RM88 je. So harga kasih sayang RM66 je aku amik flat rate postage RM10 je kalau korang dok dekat radius kediaman aku, aku hantar je kat ko..boleh kita sembang petang sambil makan burger che mat...
6. nak tau kalu, inilah penyakit. kalau takde mood, suram spooky je blog ni. tapi bila sawan menaip mai...panjangberjela siap bergambar bagai kan...
futnot : aku kena membiasakan diri peramah sbb kat opis ni ada orang cop aku sombong...bongoklah....aku bukan sombong, aku cuma tak banyak cakap... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan