Memaparkan catatan dengan label Eusoff Zaheen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Eusoff Zaheen. Papar semua catatan

30 Mac 2017

AKU DIA & CINTA : Siapa saya?


sejak jadi abang besar ni, Zaheen cukup minat betul dengan cerita hindustan, Kat rumah, bukak tab, bukak movie hindustan. dalam kereta, dok nyanyi lagu hindusta. sampai kami laki bini rasa nak muntah ijo dok dengan dia nyanyi lagu hindustan.

Satu malam, balik dari makan jalan jem la pulak. macam biasa zaheen dok menyanyi lagu janam..janam (dilwale movie). Aku pandang laki aku. laku aku pandang aku. masing-masing muka bosan gila...

So aku ajak zaheen main game dalam keta.

Mama : ok...stop..stop nyanyi. jom kita main teka teki nak?
Zaheen : nak..nak..nak.. mama cakap dulu (maknanya aku ler kena soal dulu)
Mama : Ok...sedia semua orang..dengar tau...

Ada sorang makhluk Allah ni...
Dia tinggi tapi bukan macam pokok
Dia kurus tapi bukan macam galah
Dia kadang-kadang boleh mengeluarkan asap
Dia suka tidur
Dia nak makan yang sedap je
Dia kalau bawak kereta, jadi garang tak tentu pasal
ok, siapakah dia...

Zaheen : tau..tau...itu ialah Papa...sebab keluar asap tu hisap rokok kan mama?
Mama : hahaha...ok betul la tu..next, siapa pulak nak teka-teki
Zaheen : ain..pulak...

Ok ni teka teki zaheen :

Ada orang lelaki dewasa ni
Dia tinggi tapi hensem
Dia kurus tapi dia putih sangat
Dia kaya
kalau dia tak tidur mata dia empat
kalau dia tidur, mata dia dua..
dia sayang ain sangat..
siapakah dia?

Aku nak jawab macam "papa" tapi macam tak? sejak bila dia HENSEM, PUTIH & KAYA
Husband : papa ke?
Zaheen : haa..betul..betul...
Mama : ceh, tang mana papa hang tu hensem, putih dan kaya?

Zaheen dok tergelak-gelak. aku dan suami dok terpinga2 lagi.
sampai rumah, on TV...baru aku tau kenapa suami aku Hensem, Putih dan Kaya...
ESOK PAPA DAPAT GAJI...

cih...politik kuat tul anak aku nih....

26 Januari 2016

AKU DIA & CINTA : Abang dah tak sado...

cerita khamis lepas...

zaheen : Mama, kenapa mama  tak kerja hari ni?
mama : mama ambik cuti hari ni..nak jaga abang. abang kan sakit...
zaheen : (termenung sat)...siapa abang tu mama? abang mana sakit?
mama : eh...zaheen lah abang...hari tu kan zaheen kata zaheen abang sado...
zaheen : (mengeluh)..ain dah tak sado la mama. tak boleh jadi abang. ain kan demam, muntah2.
mama : (gelak2 je)
zaheen : (peluk aku)...nanti ain dah besar, dah kerja, kalau mama sakit, ain ambik cuti jaga mama pulak ye...
mama : (berenti gelak. peluk zaheen ketat2)


18 Januari 2016

AKU DIA & CINTA : Abang Sado...

cerita hujung minggu :

mama : Zaheen, pi panggil maksu cakap mama ajak makan goreng pisang.
zaheen : ucu kunci pintu la mama.
mama : ketuk la pintu bilik ucu tu...
zaheen : (ketuk...ketuk..ketuk..) Ucu...Ucu...bukak sat pintu ni...abang nak masuk.

Seminit lepas tu..
Zaheen : mama, ucu bukak pintu, cakap 'hmmm' aja lepas tu dia tutup pintu semula.
mama : takpe la..biar la ucu tidur. Adik (kadang2 aku panggil zaheen as 'adik'). Tadi mama dengar adik ketuk pintu bilik ucu, adik cakap 'abang nak masuk'. siapa abang tu?
Zaheen : eh, mama ni. Ain la abang..
mama : Hang mana boleh jadi abang. Kuat merajuk. kuat melalak. mana boleh jadi abang?
Zaheen : Boleh la mama....Ain ni sado tau...
Mama : *juling sat*  (ceh...sado la sangat...sekeping je)



15 Januari 2016

AKU DIA & CINTA : TERJAH...

Hari ni sebenarnya terbangun lambat sket. Pukul 5:30am baru terjaga haruslah kelam kabut. Mana nak kejut anak. mana nak kejut laki. Dua-dua beranak ni sama je, kalau aku takat kejut panggil2 nama, dia bangun sat pastu tidur balik. nak kejut depa berdua ni kena kejut bertalu-talu kalu boleh goncang katil, kasik goncang juga. pastu bila depa dah duduk, jangan gerak dulu. pastikan depa bangun dan capai tuala pi bilik air. kalau tak, ada harapan depa sambung tidur.

Ok..so dah lambat kan..nak dating opis on time memang tak dan. so aku amik kesempatan ni nak pi skool   zaheen nak Tanya perkembangan dia. Si zaheen ni asal aku tanya kat sekolah belajar apa ari ni. Memanjang la jawapannya ABC....123. Bayangkan dari bersekolah kat penang dulu, dia dok bagi aku jawapan yang sama. So aku rumuskan anak aku ni samada dia tanak share atau dia pun jenis macam aku, lupa! parah kalu lagu tu....

Ni antara perbualan aku dengan cikgu tadika eusoff zaheen :
macam mana anak saya belajar setakat ni cikgu? ok tak?
(gila punya parents, anak ko baru masuk sekolah seminggu kot..)
Cikgu : Eusoff ok. sbb dia dah pernah sekolah dulu. dia tak ada masalah kenal huruf. kenal nombor. tak ada masalah nak pegang pensel. (cikgu pun tunjuk hasil kerja dia..- ok not bad lah...)

zaheen ni anak tunggal kami. macam mana pergaulan dia dgn kawan2? ok tak?
cikgu : dia pandai berkawan tapi tak pandai berkongsi. Tapi libatkan dia dengan banyak aktiviti yang mana dia perlu berkongsi. contohnya berkongsi permainan, stationary (kat sekolah ni mak bapak tak perlu beli stationary; sumer sekolah sediakan. sbb tu depa kena berkongsi). Lama-lama dia ok. contohnya, hari tu dia bawak kek pergi sekolah dan mintak saya potongkan untuk share dengan kawan-kawan. . Mungkin ini cuma sindrom anak tunggal. Alhamdulillah..setakat ni ok lah.
(masa beli kek tu, aku beli dua kek. satu aku bagi pada pengasuh si zaheen. yang lagi satu ingat nak buat minum petang2 kat rumah. tapi si zaheen ni beria2 cakap jangan potong sbb nak bawak ke sekolah katanya. aku ingat ada event apa lah..aku pun ikutkan je la. rupanya dia nak bagi kawan2 makan. takpe lah nak, ada rezeki sikit kita kongsi sama-sama)

anak kami ni tak suka bercerita dengan kami apa yang dibelajar disekolah. setakat ni, apa yang zaheen dah belajar?
(pretty annoying lak aku rasa soklan aku nih. baru seminggu kot anak aku sekolah)
cikgu : dalam masa 3 bulan ni saya tak mengajar membaca lagi. cuma lebih kepada pengenalan huruf, nombor, pembentukan social, komunikasi, keyakinan diri (menerusi mari bercerita).
kami : ooo...patutla dia tak bercerita sangat...
cikgu : tapi eusoff zaheen ni dia pemalu sket. kalau suruh ke depan, dia mengelak...
kami : oooo....PEMALU ye...(banyak pulak pemalu ko kat sekolah)

so aku rumuskan perangai tak mo pi sekolah pagi-pagi, buat liat nak mandi tu cuma ragam arumugam budak2 je. aku akui yang zaheen ni manja lebih...tapi aku dah plan beberapa aktiviti untuk dia tak berapa attach dgn kami ni....

Bila ekonomi dah ok, aku plan nak hantar Zaheen ke KUMON in march.

Selamat hari jumaat semua. Hari nak makan mana?




7 Oktober 2014

Aku Dia & Cinta : Pet

lama tak berkongi cerita tentang anak bujang. dah 4 tahun 2 bulan  hari.
makin  besar, makin banyak cakap, makin banyak merapu...

Zaheen - 2 months before reach 4 years old.
Cita2 Zaheen nak jadi askar sbb nak nak tolong ultraman bunuh raksaksa... 


Perbualan tempoh hari bersama Eusoff Zaheen : 

Zaheen : Mama, boleh tak ain bela kucing?
Mama: Tak boleh!! Mama takut kucing.

Zaheen : kalau macam tu, arnab aja lah..
Mama : pun tak boleh juga. mama geli semua binatang yang ada bulu. Kalau zaheen nak sangat ada pet, cari binatang yang takde bulu (dalam hati pray ketat2 confirm zaheen tak jumpa binatang yg tak ada bulu)

Zaheen : hmmm...kalau ikan boleh tak mama?
Mama : tak boleh juga. nanti mama juga yang kena ganti air akuarium tu. penat la zaheen.

Zaheen : kalau macam tu kita bela ikan kering ajalah mama.
* hahahahaha...

** UPDATE : skg zaheen ada pet IKAN MASIN GELAMA MASAM. 
Nama pet zaheen : Carlos. 
Lokasi : peti sejuk. 
Jangka hayat : forever (selagi tak kena masak dengan mama)

8 September 2013

Aku Dia & Cinta : Macam-macam Zaheen



Salam.

sejak zaheen pandai berkata-kata, apa yang kami cakap,apa yang dia boleh dengar, semua kena tapis2. so no more bad words untuk rude drivers on the road, gaduh dengan T-Rex pun kena guna bahasa sopan santun, cerita katun yang dia biasa tengok pun dah kena tapis2 and so on...

tapi kalau ada ketika aku dengan T-Rex terlepas kata..haa..si kecik ni pulak sound kami semula :

(1)
eh, jangan sakap (cakap) 'Aku' tak baikk - nanti mama subit
(cubit - zaheen tak reti pronounce any word starts huruf 'C')
...jangan wat uweekk (jelir lidah), nanti mama kuting (gunting) mulut (lidah)
... jangan sakap gewam (geram), tak baik...
kadang2 bila aku bebel kat dia, dia akan gelak2 sambil cakap 'mama ni kaka (kelakar) lah" - terus turn off nak marah, entah tang mana kelakar, aku pun tak tau...

(2)
pengaruh tv
- sekarang ni kalau suruh buat apa pun, dia akan cakap, " BAIK, KAPTEN HOOK" (rancangan kartun saluran 613 - jake and never land pirate)
- Ada sekali tu aku pasang telinga masa dia tengah tengok kartun ni dengan T- Rex:
zaheen : papa..papa..tinok (tengok) tu...jek..jek...
papa : ohhh..jack la zaheen....
zaheen : haaa...ahin JACK, papa KAPTEN HOOK...
papa : oh, papa kapten hook? abis mama apa pulak?
zaheen : Mama - encik SMITH..
papa : kenapa mama jadi encik smith pulak?
zaheen : sebab mama GEMUK...
papa : ketawa guling2 sampai keluar air mata...
(aku rasa macam nak telan hidup2 je dua 'lanun' tuh!!)

(3)
Pengaruh Mamak
lagi satu, bila zaheen nak mintak susu..
zaheen : mama/papa, ahin nak susu panas!
 lepas dia order susu tu, sesiapa yang buatkan susu tu kena cakap, 'SIAP'...huh, pengaruh mamak tul anak aku nih!

(4)
zaheen memang suka bercerita. tapi kadang2 kena well aware sket dgn persekitaran dia bila dia bercerita or tau sket2 rancangan tv dia, kot tak, ko mesti terpinga2..hahah T-Rex selalu kena ni :.

contoh : hari tu T-Rex baru je masuk keta, dia terus cerita...
zaheen : ahin tak suka kak yos (kak ros- kakak upin dan ipin) tu.
papa : hah, kak ros mana pulak ni?
zaheen : kak yos tu la..asik (asyik) malah (marah) upin je..
papa : tepuk dahi (oh, cerita upin dan ipin)

(5) masa zaheen kecik2, kalau tengok tv, kami selalu ajar dia, "haaa tengok tu zaheen, tu kuda..." etc..
sekarang, bila dah besar sket, kalau dia tengok apa2 kat tv, dia pulak tanya kami...
zaheen : mama, hingok tu ..apa tu?
mama : oh, tu kuda!
zaheen : pandaiiiiiiii mama..

zaheen : papa, tu apa
papa : buaya..
zaheen : bagusssssssss!

tapi ada satu kali tu dia marah kat T-Rex.

zaheen : (zaheent tunjuk gambar buaya kat T-rex, pastu buat2 tanya), papa ni gambar apa?
T-rex : tu buaya
zaheen : bukan lah, ini KELEBAU (kerbau)...
motif tanya?

aku mula rasa enjoy jadi housewife..seronok tengok anak besar depan mata. Benefitnya, aku lebih memahami zaheen (walau kadang2 perangai zaheen boleh buat api keluar dari hidung mancung bak seludang kembang aku nih)

kerjaya - aku ada cerita tak yang aku supply food kat hospital tempat anak sedara aku kerja? tak yah citer lah, biz kecik je. cukup la nak service keta, beli makan pakai zaheen tetiap bulan...

azam bulan sept - rasanya nak aktif balik berblog....

5 Julai 2013

Aku Dia & Cinta : The Art of Curry Puff by Eusoff Zaheen

hahaha art la sangat, mak ngko memang terror exaggerate cerita anak oiii...
yang sebetulnya, Zaheen mewarna menggunakan paint (jpeg) sambil makan karipap..

topic bualan masa mengaler :
mama : awak suka makan karipap ye?
zaheen : haa..suka..suka..suka..
mama : kuih apa awak makan ni zaheen?
zaheen : ipap, mama! ahin suka makan ipap!

Haih, lain benor bunyi kuih kamu tu zaheen! luc*h...hahahah

futnot : selamat berhujung minggu semua!


26 April 2013

Aku Dia & Cinta : Sembang-sembang

gambar takde kaitan dgn perbualan. ni gambar masa balik dari eve walk kat waterfall. keletihan aku jogging kejar zaheen. zaheen lak, selamba mintak bukak baju...dia kan budak kecik, aku ikutkan je la. lagi pun nama macho lak zaheen bila bolen  tanpa baju. saper nak buat menantu, angkat tangan...! hehehe

Hari tu sembang2 dgn Zaheen pasal sayang :
mama : zaheen sayang mama?
zaheen : sayam..
mama : zaheen sayang papa?
zaheen : sayam la..
mama : zaheen sayang mama banyak ke sayang papa banyak?
zaheen : sayam Pa Ma
mama : pilih satu je la. MAMA ke PAPA?

zaheen : ish...kashau (kacau)! aein sayam PA MA la! sayam Papa Mama!
papa : padan muka ko!
 
futnot : budak2 pun tau nak berdiplomasi... patut kita orang dewasa pun kena macam inilah. ni dakk..tau nak perang mulut! perang FB! perangin mall...


25 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Ini umah hayalah!...Iyeeeeee...!!

Ini umah haya lah.....

zaheen ni kalau duduk, dia bersimpuh tau. penat bersimpuh, baru dia lunjur satu kaki. pastu, kadang..dia bersila. tapi awal duduk, mesti bersimpuh dulu. alahai anak omakkk...

lepas snap gambar ni, zaheen cakap : hawak hamik ambar haya...yee? (awak ambik gambar saya yee) - heehhehe kelakar...

fokus...esok2 dh skul, study kena fokus macam ni tau...

tengok upin macam tengok ombak rindu..hahha

Penyepah tegar dalam rumah aku nih...T-Rex. Tempat ke-2 jatuh ke Intan payung... Kejadian di atas ni berlaku masa aku tengah masak tengahari tadi. sekali tengok laptop dah beralih arah. dari meja alas pink tu ke meja 'study' intan payung...

mama : awat zaheen dok punggah bear semua keluar ni???
zaheen : alah mama ni...kashau lah...
mama : banyaklah zaheen punya kacau...lepas tgk upin, kemas semua ni...!!
zaheen : tak boleh....!! (cakap sambil silang tangan ke tubuh dan paling muka ke sebelah kiri)
mama : awat tak boleh pulak?
zaheen : ini umah aien la (sambil tunjuk territory dia...-meja study, laptop, kipas, bantal dan bear2 tu sumer dia buat satu territory)
mama : hah??
zaheen : iyeeeeeee...ini umah haya...(soie..mama...hahahah - kalau cakap sorry mesti diikuti dgn gelak - sungguh aku tak paham)
mama : *speechless*

futnot : zaheen makin pandai cakap...makin aku stress hahaha...

16 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Oh, my boy!


Zaheen : "mama, hantik tak ain?", (cakap sambil posing ala2 marilyn monroe!..aku pang ko karang!!)
mama : *pingsan*

futnot : i no cooking today. i bizi membaking...


11 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Alahai anak Omak nih..!

Salam.

aku sebenarnya jarang masak untuk Eusoff Zaheen. selalu kat rumah, aku bagi dia susu je. kadang2 kalau dia nak makan, aku bagi dia makan roti. bukan apa, anak bujang sorang ni, pasal makan memang amat cerewet. kalau aku suap dia makan, dia test dgn hujung lidah dulu. kalau sedap, baru dia nganga besar2. mak dia ni pulak, dah le bukan masterchef!

semalam, masa aku masak lunch box untuk delivery, Zaheen sibuk cakap dia lapar. aku ingat dia main2 la..so aku buat bodo je la. aku buatkan dia susu, kasik dia tidur (cis, gila kejam punya mak kan?)

Ni kisah lepas dia bangun tidur :
zaheeen : Mama..ooo mama... (panggil aku macam pakcik tua panggey bini dia kan?0
aku : eh, zaheen dah bangun? maih, tengok kartun meh..meh..
zaheen : ain, apar (lapar) la mama. nak akan (makan) ni.. (cakap sambil buat muka kesian dan sambil gosok2 perut)
aku : ye ke zaheen lapar? tipu lah.
zaheen : ain apar (lapar) nih. mama acak (masak) la...
aku : makan nasi dgn telur je boleh? mama malas masak la
zaheen : boyeh....
lepas dah siap letak nasi + telur mata kebau + kicap, aku pun suap zaheen. tau apa dia kata?
zaheen : Acak (masak) ni je? mama ni alashh (malas) lah...

cis, berani dia kata aku malas! mulut ko sangat laser la anak ooiii...

10 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Eusoff Zaheen 2Y7M

salam. sebelum nak citer, nak tanya dulu, santek tak blog aku? hahahah...tuan punya blog feeling2 remaja gitu...hahaha..

kali nak citer pasal true colors la pulak. selalu citer pasal development je, kali ni pun nak citer pasal development la jugak...tapi development yang aku kurang nak welcome...

a. Ari tu aku beli 100 plus siap sorok bawah bantal. hahaha bunyi macam simpan duit berkepuk2 bawah tilam kan..tapi aku letak 100 plus la. tujuan, aku takmo le nanti Eusoff Zaheen nampak. nanti dia pow aku punya 100 plus. lepas sorok, aku pun senang lenang mentenet. sekali, baru aku perasan Eusoff Zaheen takde kat sebelah aku. Intan payung ni kalau dia dok senyap je aku paling seriau sbb mesti ada je benda sakit mata memandang dia buat. Aku jenguk dalam bilik, fair enough..dia tengah tuang 100 plus aku atas katil. Bak kat pepatah, orang tamak selalu rugi. padan muka aku!

b.2 hari selepas hari kejadian katil aku bermandikan air 100plus...Intan Payung pi mandikan handphone aku dalam baldi yang penuh air. Sampai saat ini, henpon aku tu tak boleh on. owh, anakku!!

c. Dalam kereta, aku lebih rela dia dok sebelah aku daripada dia dok belakang. Pernah sekali aku nak pi jemput T-Rex balik keja, aku dok dengar Intan Payung dok gelak2 sakan kat belakang..aku pun cuak gak, apa dia buat. sekali aku jengah belakang, dia tengah berdiri, separuh badan keluar kat tingkap sambil dok lambai2 kereta belah kiri...patut la orang belakang dok main lampu kat aku...

d. Ni kisah masa pi KL ari tu. lepas exit Duke, masih adegan yang sama kat (c). tapi kali ni tak keluarkan badan, tapi dia pi buang lak sebelah selipar dia. Tak ke hangin...aku beli selipar Upin dan Ipin tu sampai berebut2 dgn orang tau...sekali sedap je dia pi buang. Nak berenti amik tak dan ler sbb masa tu peak hour. motor banyak..keta belambak..hahaha..tapi Alhamdulillah, 2 days after aku jumpa balik selipar tu kat tempat yang sama. tak berusik pun. sib baik...

e. Sejak Intan Payung besar panjang ni, jarang sangat2 belikan dia toys baru. dia ni suka kasik pelingkup harta benda. belikan ultromen, sat saja dah terbelah dua. Belikan kapal terbang, 2 jam je cukup sifat. pastu, sayap dan ekor kapal terbang entah ke mana.

Bila jadi surirumah full time nih, baru terasa yang betapa penatnyalah mengendalikan anak dan rumahtangga. Rasanya bekerja 8 jam kat opis pun tak sepenat nih. Tapi aku baru anak sorang. rumah pun sekangkang kera, dah rasa nak tercabut sendi. Arwah mak dulu bela kami 8 orang - stedi je....(kadang2 mak bebel2 jugak...biasa la tu stress..tapi dulu tak jumpa perkataan stress)

Rasanya, aku ingat dah sampai masa lah aku nak sekolahkan zaheen. Bak kata kawan T-Rex budak kecik pi taska/kinder, mentaliti depa berbeza dgn dok rumah...maybe lah..it's a time...kalau tak aku yang meroyan sorang2 kat rumah nih dok ngadap kelasakkan anak bujang nih....

Korang, super mom - cemana korang handle anak yang lasak cam anak aku nih? Mari share...

28 Januari 2013

Aku Dia & Cinta : Zaheen & Fashion

Salam frens...

Masa zaheen baby (eh, sekarang pun masih baby apa..tapi baby tua lah hehehe), kebanyakkan baju2 zaheen aku beli online je. santek2 dan fashionable gitu. ada certain online shop, lebih murah daripada beli kat jeje atau kat paksen kan?

Bila zaheen dah meningkat usia setahun lebih, online soping dah kurang sesuai untuk zaheen sbb zaheen ni panjang. selalu kena pakai baju yang 1 year extra umur dia. kalau baju cutting kecik, kadang kena amik size 3 tahun..so dah kira susah lak nak beli kalau tak ukur kat badan dia. So aku setat beli baju2 zaheen kat Tesco je. hahaha...murah lak tu. Sepasang 8 hengget. dua pasang 15 hengget. Perh berpasang2 baju  zaheen dulu. Gambar zirafah ada, baju gambar monyet ada ...sumer adalah...dia pun tak banyak kerenah, aku sarung dia pakai je...

Bila zaheen dah pandai tengok tv la ni......usah harap le nak pakai baju gambar zirafah ke..baju keluang man...ada sekali tu apak dia belikan baju Harimau Malaya pun dia tak mau pakai...

La ni baju zaheen sumer mesti ada gambar ULTRAMEN. tak kisah la gambar otomen mebius ka, otomen 3 ka..janji otomen. Ada sekali tu aku beli sepasang. kot la kan ingat dia suka otomen, aku pun beli lah untuk dia. sekali dia nak pakai ulang baju tu je pulak. kalau nak bagi dia mandi, lepas hantar dia ke bilik air, aku cepat bungkus2 baju dia letak dalam mesin basuh. karang kot dia nampak, kompom dia nak ulang pakai baju tu je.

Skg ni dalam lemari baju zaheen, baju otomen saja. baju tidur pun otomen, baju pakai hari2 pun otomen. baju jalan je tak otomen.

Anak korang sama tak lemau cam anak aku nih? kebanyakkan baju otomen dia aku beli kat giant / mydin rega dalam RM15. Ada tak tempat lain yang lebih murah atau paling kurang jenis kain yang lebih sedap dipakai atau design lain yang lebih  cantik, mai pm kat aku...





26 September 2012

Aku Dia & Cinta : Rancangan TV kegemaran Zaheen

masa umur aku baya zaheen aku rasa aku takde kot minat dengan TV..
rasanya, aku start ada rancangan kegemaran bila umur aku 6 tahun or dah sekolah kot..
masa tu minat giler dgn cerita CHIPS (eric escada tu!), BJ & the Bear, Thunder Cat and few others la..tak ingat aku tak sebut banyak..otak tahap tepu..
 
tapi budak zaman sekarang, lain pulak..
aku ingat zaheen seawal umur 2 ke 3 bulan
cukup suka dgn lullabys (betul ke eja ni) song yang ada biji mata banyak2 tu..
 
masa dah pandai berdiri, dia suka sangat dgn TETE BIRD
 
ingat lagi dulu, masa zaheen baru pandai berdiri..kalau kami bukak game AngryBird, kemain lagi dia berjoget sambil pegang kepala katil..comel betul...

pastu dah besar sket, dia minat..
gambar from gugel

sat je dia minat upin, pastu beralih minat ke
 
gambar from gugel
masa ni aku risau betul..sbb dia suka tiru apa Mr Bean buat...dah le tu, separuh hari kat rumah MIL, dia nak tengok Mr Bean..satu keja lak PIL aku kena record rancangan Mr.Bean (terima kasih kat astro sbb ada features record rancangan)..Zaheen panggil Mr.Bean ni, TETE BEAN..

lepas TETEBIN, beralih arah ke BOBOIBOY pulak..
ada sekali tu, aku belikan dia t-shirt boboiboy..kemain happy lagi si zaheen..tapi jadi satu masalah sbb tanakbukak...last2 aku sorok baju tu..hahaha..
 
most recent..tak main dah jemu agaknya dok tengok BoboiBoy je, Zaheen tukar minat ke citer ni pulak dah :
 
TETEMAN...bahasa zaheen panggil Ultroman. Ingatkan dah tak tengok Mr.Bean, boleh lega la sket..rupanya tengok Teteman lagi parah. Keja dia asyik nak bergusti je.bukan takat sepupu2 dia, dia gusti, dengan mama pun kena sekali..(tapi kalau melampau sangat, merasa gak gusti HANGER daripada mama..hahahaha)
 
futnot : jangan tak tau, zaheen peminat citer P.Ramlee. Arrghh..itu pun aku risau gak! kebanyakkan citer P.Ramlee ada banyak maki-makian..hahaha..lepas2 ni ko tgk Al Jazeera je la dik ooiii!!

*semua gambar aku kopi pes dari gugel ya.

Aku Dia & Cinta : Flash Card

salam visitor(s)..
some mothers educates anak baya2 zaheen guna flash card..aku pun teringin jugak..tapi memandangkan zaheen ni tak sayang barang, cuak jugak aku nak beli..
tapi dalam diam...sebenarnya..flash card tu di antara cara...ada many ways untuk kids baya zaheen knows thing, functionality and its name...
tak percaya?
mai..tengok contoh kat bawah ni :


gambar from google
 sejak meniaga nasik lemak kat opis, aku memang buat lebih sket. Separuh untuk jualan, separuh lagi untuk antar rumah MIL. sbb rumah kami dekat2, selalu FIL yang akan amik rice cooker kat rumah aku,bawak ke rumah dia. Pelajaran yang zaheen nampak ari2 Uwan pg rumah zaheen amik rice cooker. Kalau aku tunjuk kat dia gambar rice cooker automatically dia akan sebut
NASI LEMAK.hahaha ok la tu..
gambar from google
kenal ni apa? Zaheen tak kenal lah ni logo Telekom Malaysia..tapi dia kenal betul logo ni penaja utama rancangan kegemaran dia..UPIN &IPIN. Asal nampak logo ni kat mana2,kelam kabut dia bagi tau kami..upin..upin..hahaha
 
paling syok yang ni la...
gambar from google
ari tu zaheen n papa tengok AFC, alih2 tengok Anna Olsen tengah masak..terus dia tepuk2 papa..sambil tunjuk tv..Mama..Mama..dia kata..
hahahah...zaheen pantang nampak orang/tv tunjuk gambar orang buat kuih/kek..terus dia kata mama..owh..ko doa2 la nak...kot2 mama terror masak macam anna/martha..!
 
futnot :
ari tu kami dok mengira duit raya zaheen. Dah abis kira, aku bagi zaheen pegang satu keping duit..cakap kat dia,
gambar from gugel. Note : ni bukan duit raya zaheen. gambar hanya pinjaman heh heh...
 
ni duit raya zaheen, mama masukkan dalam tabung aji tau..duit dalam tabung zaheen pun dah penuh, nanti mama masukkan sekali. zaheen cuma cakap "aaaa...aaa"..pastu, dia tepuk aku, tunjuk gambar orang tua dalam duit not tu. dia cakap, "PAPA". kembang kempis idom papa. terus aku cakap, bukan compliment tu pa, tapi zaheen nak cakap YOU DAH TUA!"
hahahaha

20 Mei 2012

Aku Dia & Cinta : Zaheen Keliru

sejak dua menjak ni zaheen makin suka mengajuk cakap orang..
yelah tu la antara cara dia banyakkan vocab dia..
tapi dalam banyak2 cakap tu, ada beberapa perkataan dia keliru nak guna...

Situasi 1
Zaheen : Ma...amuk git.. (Ma, nyamuk gigit)
aku : kat mana nyamuk gigit? 
(zaheen hulur lengan yang dah berbintat merah)..
zaheen : akit ma (sakit, Ma)
aku : bukan sakit la zaheen, gatal!
zaheen : atal Ma? (Gatal, Ma) sambil buat muka ikan emas...

Situasi 2
aku suka geletek2 zaheen bila balik keja..selalu geletek2 atas katil la sambil penyek2 (cium bertubi2) kat dia..
zaheen : alu ma..alu ma..(malu ma, malu ma).tak mau (sambil geleng kepala)
aku : malu kenapa? 
zaheen : tak mau (sambil ajuk aku geletek perut dia)
aku : haahahaha..tu bukan malu la zaheen! tu Geli...

Situasi lain, perkataan lain..
bila dah sampai kat mana2 destinasi yang nak dituju, bila aku off injin keta 
zaheen : dah abis....
aku : bukan dah abislah...dah sampai..

note : seronok bila zaheen dah makin pandai cakap. aku dok bayangkan lagi 3-4 tahun, zaheen ni dah boleh jadik teman menjarum berbual..heheheh

10 Februari 2012

Aku Dia & Cinta : 7 tanda anak sayang kita...

cik abang ni skg pandai posing depan camera. tapi posing cara dia ler...buat muka seposen la, tayang gigi arnab la, tonggeng la...isy..isy..




1. Your newborn stares into your eyes
He's actually working hard to memorise your face. He doesn't understand anything else about the world, but he knows you're important.
-aku ada sekeping gambar aku snap zaheen tgh pandang aku. masa tu zaheen baru lahir dlm seminggu kot. lepas breastfeed masa tu, dia tak mo tidur...aku pangku dia, tengok mata dia, eh eh...dia pun tgh pandang aku ler...

2. Your baby thinks about you even when you're not around
Between eight and 12 months old, he'll start to scrunch his face and look around when you leave the room, and he'll smile when you return.
- between 8-12 mos, zaheen so attached to his T-Rex, Asal T-Rex bangun je, dia nangis. asal ilang kelibat T-Rex je dia nangis. kalau T-Rex cuti, uih..bahagia! esp kalau wiken, tidur peluk2 dua beranak tu. geram aku!! hahaha

3. Your toddler throws wicked tantrums
Nope, those screaming fits don't mean he's stopped loving you. He couldn't show he was so hurt and angry if he didn't trust you so deeply.
- can't really recall about this...tapi tunggu lah lagi 3-4 bulan....

4. Your toddler runs to you for comfort when he falls down or feels sad
Children this age may not truly understand the meaning of "I love you," but their actions speak louder than words.
- kerap jugak jatuh berdebuk (dah tu tak reti jalan elok2 asyik nak berlari je..dah la lari allignment lari), err tapi so far jatuh tak nangis. kalau tersepak kaki katil, nangis kejap pastu, dia pukul lak kaki katil tu. nangis lain..selalu nangis sbb tak mo tidur ada lah....

5. Your preschooler gives you a flower picked from the garden
Or a finger-painted heart, a sparkly stone or another gift.
- how sweet pick up munger ye...anak den tak pi skul lagi, tapi kalu takat pick up dust tu..selalu je dapat...

6. Your preschooler wants your approval
He'll start to be more cooperative around the house and he'll look for chances to impress. "Look at me!" will become a catchphrase.
-hmm not yet kot...cuma kadang2 bila dia berjoget2 tu, dia macam nak tarik perhatian kami je...

7. Your school-age child trusts you with secrets
This could be his first crush or his most embarrassing moment. You're his confidante, even if he shies away from your hugs in public.
-zaheen ada sikret? huh, korek idung pun selamba je depan awek cun mama..err takde rahsia antara kita, kan baby kan...


Info ni aku copy dari BabyCentre

17 Januari 2012

Aku Dia & Cinta : Memori Daun Pisang..


clip ni aku ambik selang 1-2 bulan lepas zaheen pandai berjalan...
dulu crib zaheen tu tempat letak baju2 je..tapi sekarang dah diguna pakai semula..


19 September 2011

Aku Dia & Cinta : Girlfriend Brad Pitt

Nak ikutkan, anak ensem aku nih bukan nya mesra dgn sumer orang..
kalau orang dia tak kenal, memang dia bolayan...
kalau nak merasa dukung dia..memang kena tunggu dia re-start ( warm up)
tapi dgn awek ni dia tak tunggu lama..
sekali kenal terus mesra..
yang pasti, nak yang cantik saja..
pengantin damansara tu kata, abes la anak ko, jadik player!
jangan nak, poning mama nanti, kot sumer datang rumah mengaku gelpren hang!

 Brad pitt with Sizuka kakak Aziqa
yang sebenar dah pandai jalan, tapi saja gatai nak merasa jalan pimpin tangan awek...haish..risau nih!

futnot : aziqa ni sepupu kazen T-rex. selain dari aziqa ni, brad pit cukup berkenan dgn kazen T-Rex yang keja kat MHI tu..bila orang tu dukung, siap dia peluk cium lagi...rugi tak snap photo masa tu...

15 Julai 2011

Aku Dia & Cinta : Steps panjat katil...









futnot : ari esok...kena lipat2 katil ni hantar ke Tg.Bungah bagi kat cousin zaheen yang bakal lahir tak lama lagi. Zaheen?tidur dgn mama udah...




CN2S SHOPPE