27 Ogos 2010

Aku Dia & Cinta : Eusoff Zaheen - tolong bagi petua..

Aku ada beberapa kerumitan dalam hal menjaga Zaheen...dan amat memerlukan tunjuk ajar daripada korang yang budiman...
1. Zaheen selalu kembung.
Tensen wehh.... seminggu pertama bersalin, asal dia kembung je aku pass dia kat mil aku. tapi sampai bila ye tak? takkan asal kembung je aku nak pass dia kat orang tua tuh. kalau macam tu, sampai bila2 aku tak kan tau cemana nak handle baby kembung. Korang yang dah ber anak 2-3, atau 3-4 dan mungkin juga 5-6 orang..
bak maih lah petua sket cemana korang atau apa korang buat bila baby kembung? atau cemana nak bagi dia tak mo kembung?
2. Pati susu dalam mulut/lidah zaheen
- ari tu cik misi datang rumah aku lagi. check zaheen dan omak zaheen. Sekali cik misi tuh sound aku daaa...dia kata mulut zaheen banyak pati susu. Dia suh aku bagi air masak kat zaheen lepas nyusu dan juga suh aku bersihkan lidah zaheen dgn kain lembut yang dibasahkan dgn air garam.
dua2 aku dah buat, tapi result tak memberikan kesan yang mendalam.
Boleh dak bagi aku petua, cemana nak kurangkan atau nyahkan pati susu dalam mulut zaheen?
tolonglah...kalau tak, aku kena bawak zaheen pi klinik...eiiiiiiiiii tak sanggup aku tgk misi kerajaan kobek mulut anak aku...
3. Burp kan zaheen
- hah mesti korang gelakkan aku! tapi betul aku tak tau cemana nak burp kan zaheen. maksud aku cara yang betul la. kadang2 je buat, zaheen boleh burp tapi tu pun jarang2... tolong ajarkan aku yang bengong ni cemana nak burp kan anak...
4. Zaheen manja sangat...
- cemana nak bagi anak jangan manja sangat? zaheen kalau tak mo tidur, tak mo letak kat tilam dia. dia nak berdukung/berpangku je... adeii...loteh... sbb buat masa ni, masa dia tidur tu ler waktu tidur aku..tapi bila dia tak mo tidur, nak berpangku je..cemana lak aku nak tidur... MIL aku dok marah aku cakap aku manjakan anak...abeh, kalau aku letak, dia teriak (menangis) macam kena pukul, baik aku pangku dia kan... kan..kan... Korang yang budiman, maih la ajar aku cemana aku nak ajar zaheen jangan manja sangat...jangan asyik nak melekap kat aku je..

4 ulasan:

Unknown berkata...

1. Kembung tue...kak lis ada pad susen tue kan..pad susen tue pun leh menolong mengurangkan kembung budak..kalau ada pantiliner dia lagi senang..tak ada guna pad dia pun okey..letakkan jek kat perut dia....insya'allah kurang kembung...

2. pati susu kat lidah tue lap kan jek ngan kain lembab suam....kene selalu2 lap utk hilangkan pati susu tue..kalau tak sakit lidah baby..... buat pelan-pelan...tapi kerap..sampai lidah bersih...

3. kalau baby susah nak burp (tali pusat dah tanggal ke belum?) kalau dah tanggal bila dia tidur tue tiarapkan jek....... utk elakkan muak... nak burp....dari pinggang bawak ke belakang dada tue.... sampai dia burp.....

4. baby time nie ler nak manja pun..... tak per la dukung je lah dia..nak buat camner dah dia nak..biasa dalam pantang memang cam gitu ler..lelama tak ada dah insya'allah.....

Unknown berkata...

Terima kasih banyak Azimah. yg no. 1 tu, tekapkan je ke pad susen tu kat perut? tak yah pedap kat air dulu ke

Unknown berkata...

tekap kan jek kat perut..... tak yah letak air.... pakaikan diapers...

oren berkata...

kembung? masalah biasa..taruk myk yuyee kat perut, urut smpai kat ulu hati..pastu taruk jugak myk yuyee kat betis dia dn tapak kaki (elakkan sejuk)..dan lagi, sapu myk zaitun kt ubun2 dia, insyaAlah, cepat hilang kembung....

pati susu? kena lapkan ngan kain lembap bersih setiap kali selepas menyusu..ulang suara, setiap kali tau..

nak burp? pegang baby, letak kat bahu (mcm dukung biasa)..pastu tepuk pelan2 blkg dia..atau tiarapkan bby di paha, pastikan perut dia kat paha kita, tepuk pelan2..

baby manja? biasalah..kalo tak manjakan dia, sapa lagi? jgn ikut sgt cakap org, kata bagi bb manja sgtlah, hapalah..awak yg ngandungkan dia, susah payah lahirkan dia, awak berhak manjakan dia..

and lagi satu, buang jek tali hitam yg bidan pakaikan..pengalaman saya, lepas jek bidan balik, saya buang semua tali tu..MIL besa gak tanya, saya kata, serah pada Allah utk jauhi baby dari gangguan syaitan, bukan dok bergantung kat tali hitam tuh jek :

just my 2 cents..

CN2S SHOPPE