18 Ogos 2010

Aku Dia & Cinta : Zaheen & Jaundice update lagi

hari ni pg lagi ke KK bukit bendera untuk check kuning zaheen.
alhamdulillah...kuning zaheen menurun lagi dari 176 ke 163..
lepas check darah, mak bawak zaheen jumpa puan doktor..
kali ni jumpa doktor lain..
doktor cakap, kalau normal baby lain..kadar bacaan 163 dah kira normal dah..
tapi sbb zaheen premature border, so kena datang lagi hari jumaat ni..
kalau bacaan kuning turun lagi ke below 150,
puan doktor cakap, dah ok dah..
mak tak perlu bawak zaheen pg follow-up kuning lagi...
puan doktor tanya mak bagi zaheen susu apa..
mak cakap, susu anmum!
puan doktor tanya kenapa tak bagi susu badan..
mak cakap, mak suspect zaheen jaundice sbb breastfeeding..
puan doktor cakap, breastfeed jaundice tak bahayakan otak.
yang tu mak tau..sbb mak dah surf kat banyak laman internet.
mak cakap kat puan doktor,
walaupun mak ambik keputusan untuk hentikan breastfeeding zaheen sementara..
tapi mak tetap perah susu untuk zaheen..
insya Allah, bila zaheen dah sembuh kuning sepenuhnya
mak bagi susu badan pada zaheen semula..
puan doktor pun setuju..
dan bagi mak tips lagi untuk banyakkan susu badan
a. makan sup betik muda, sup lobak putih, sup lobak merah.
b. makan kurma.
c. minum horlick, milo dan susu banyak2..
Terima kasih puan doktor...
futnot : berjumpa dengan kakitangan klinik bukit bendera telah mengubah perception mak terhadap service klinik kerajaan...

1 ulasan:

Deqna berkata...

sabar lah yer.. baby memang biasa kena jaundis nie.. tambah lagi yg premature. paham sangat perasaan bila anak kena kuning nie.. dulu marissa kena kuning pun macam2 gak saya cuba. yang penting kasi dia minum susu byk2.. dan kurangkan tido...

CN2S SHOPPE