4 Oktober 2010

Aku Dia & Cinta : Susu untuk Zaheen







1. Zaheen lahir pada 5 August, tepat pukul 4.12pm melalui kaedah pembedahan; EL LSCS. Zaheen lahir seawal 36 minggu. Border Premature. Lepas je bersalin, aku memang very the very weak. Nurse datang tanya aku nak breastfeed Zaheen ke tak, aku yang still mamai dgn ubat bius, tak tau apa aku jawab. Malamnya, about 2am, Nurse datang hantar Zaheen kat aku - untuk breastfeeding. Dia cakap, masa aku tidur, dorang bagi Zaheen NAN. Terkilannya aku susu formula yang mendahului anak tekak Zaheen daripada Susu badan.. - maafkan mak sayang!

2. Selepas 5 hari 4 malam di hospital, Zaheen baru boleh keluar. Zaheen stay 1 day longer sbb kuning yang agak tinggi. Masa discharged, hospital bekalkan susu PRE NAN 2 tin pada suami.
3. Seminggu pertama kat rumah, aku seboleh mungkin bagi Zaheen susu badan. Penat, letih, sakit aku tolak tepi, demi membekalkan susu badan untuk Zaheen. Penah suatu malam, Zaheen dok bergayut kat nen+nen almost 2 hours sbb bila aku tarik puting, dia menangis. Aku tak paham kenapa dia sentiasa menyonyot...sampai la bila aku picit puting te+te+k aku, alahai..yang keluar setitik..setitik... - maafkan mak sayang!

4. Sayu hati aku tengok Zaheen teriak kelaparan. Menyonyot nen+nen bersungguh2 sedangkan hasil yang keluar amatlah ciput. Suami bancuhkan 2oz susu NAN. Alhamdulillah, kenyang anak mak!

5. 10 August, misi klinik kerajaan (MKK) datang ke rumah. Cek zaheen. Cek aku. Aku suka Misi Zaiton ni. Dia advise tentang pembagian susu ibu. cemana nak position kan baby. cemana nak banyakkan susu. At the same time, misi zaiton tegur tentang kuning zaheen dan suh aku bawak zaheen ke klinik ari esoknya untuk cek tahap kuning zaheen.

6. 11 August, aku bawak zaheen ke klinik BB. Bacaan kuning zaheen - 187. Sedangkan masa keluar dari hospital, bacaan kuning zaheen cuma 121. Hmmm tingginya naik. Oh ya, sebelum aku bawak zaheen ke klinik, MKK datang lagi ke rumah. Dari pemerhatian dorang, kuning zaheen macam teruk je. Dorang advise, jangan letak zaheen dalam gelap, biar bilik sentiasa pasang lampu. Jangan biar zaheen tidur je. Selalu2 gerakkan dia. Kerap bagi air masak. Kerap bagi susu.

7. 12 August, MKK datang lagi ke rumah. Masih lagi tentang kuning zaheen. Misi Rajeswary suh pi klinik lagi untuk cek kuning zaheen. Lepas misi balik, aku dan FIL bawak zaheen pi klinik BB lagi. Eh, bacaan kuning terus meningkat ke 194 pulak. kenapa makin naik? kat mana silap? Kami on lampu bilik 24/7. Every 30 minutes aku sua puting tet+tek kat zaheen. Bagi air masak. Bagi minum water chest nut. Almost every morning, MIL mandikan dengan air daun pandan. Tapi kenapa kuning makin naik??

8. 13 Aug, bacaan kuning zaheen meningkat ke 207! Bila dapat result bacaan kuning zaheen ni, aku mula post mortem semula apa yang aku dah usahakan untuk turunkan kuning zaheen. Rasanya semua dah buat. Tapi kenapa macam tak terkawal kuning zaheen? Aku surf tentang 'how to cure jaundice' dan ini membawa kepada satu article tentang 'breastfeeding jaundice'.. hmmm make sense la jugak. Walaupun breastfeeding jaundice tak membahayakan bayi tapi sekarang misi aku ialah untuk menurunkan kadar kuning zaheen.

9. Aku mula perah susu badan dan simpan. Untuk zaheen, aku bagi PRE NAN yang hospital bekalkan. Mulanya ok..tapi aku notis tak ok bila zaheen tak buang air besar pulak. Kami tanya pendapat gynae, dia syorkan Infacare Anmum. Alhamdulillah, Zaheen serasi dengan anmum. Zaheen mula buang air besar semula.Tapi aku perasan, bila zaheen stop breastfeeding, dia kerap kembung pulak. kenapa ekk??

10. 15 August, aku bawak zaheen pi klinik BB lagi untuk check tahap kuning zaheen. Syukur, kuning zaheen dah menurun ke 181. 16 Aug, bacaan kuning zaheen turun lagi ke 163. 20 Aug, bacaan kuning zaheen terus turun ke 149. Phew, susah nak gambarkan dengan kata2! Tapi pada waktu yang sama, aku rindu zaheen menyonyot puting te+tek. Aku rindu, rasa cekang bila zaheen menghisap. Aku rindu nak bertentang mata dgn zaheen bila dia me+ne+tek. Perasaan tu, cuma orang yang EMAK je yang rasa kan?

11. 30 Aug, bacaan kuning zaheen turun ke 71. Klinik BB declare zaheen Free JAUNDICE. YIppee..syukur alhamdulillah.....! OTW balik ke rumah dari hospital, aku terus sua kan puting te+tek kat zaheen. Syukur, zaheen tak menolak. Aku? Bahagia sangat!!

12. 30 August, sebelum balik ke rumah, misi suh aku jumpa doktor untuk dapatkan ubat kerak susu zaheen dalam mulut yang makin menebal. Sebab zaheen pre-mature, doktor bagi keutamaan kat zaheen. Tak payah amik nombor. Terus masuk bilik jumpa doktor. Sebelum bagi ubat, doktor timbang zaheen dulu. Wah, berat zaheen dah bertambah dari 2.6kg ke 3.2kg. Alhamdulillah. Doktor bagi zaheen Dry Syrup. Dry SYrup ni kena bancuh dgn air, pastu guna picagari, untuk suapkan dalam mulut zaheen. Aku macam tak yakin je dgn ubat macam ni. Macam low budget punya ubat pulak!

Aku tengok macam takde perubahan pulak dengan kerak susu zaheen. Ke aku yang silap buat bancuhan syrup tu?

13. 1 September, aku dan suami bawak zaheen pi Loh & Child Specialist (LCS). Sebelum jumpa doktor, kena timbang berat dulu tau. Eh eh...berat zaheen naik lagi la. Dari 3.2kg ke 3.35kg. Doc Loh bagi gel daktarin untuk kerak susu zaheen. Daktarin ni macam bonjela...cuma apply kat kerak susu area. Bagusnya, within 24hours, kerak susu hilang bila apply gel ni.


14. Aku ada mention kan tentang zaheen kembung? Ok..since jaundice zaheen getting lower, aku dah bagi zaheen badan semula tapi susu sangat kurang. orang cakap, susu badan ni bergantung pada supply & demand. Cakap pasal demand, zaheen bergayut kat breast sentiasa! tapi susu, lagu tu jugak!. Udahnya, zaheen lebih banyak minum anmum. Tapi tu ler, kembung zaheen is nitemare to me lah!!






15. 9 September, aku dan suami bawak Zaheen pi LCS lagi. Sebabnya, aku demam teruk. Since aku sorang yang jaga zaheen sepenuh masa, zaheen pulak pre-mature, aku perlu ambil pre-caution untuk zaheen. Doc Loh bagi peritamol suspension...hehehe ubat demam lah tu. Tapi cuma bagi zaheen kalau zaheen demam lah. Selain daripada tu, aku highlight pada Doc Loh tentang kembung zaheen yang melebihi tahap biasa. Kadang2 zaheen boleh kembung selang 5 minit tau. Doc loh bagi zaheen Dentinox Infant Colic Drops. Kena makan 1ml. 3 kali sehari. Oh, ya sebelum jumpa Doc Loh, nurse Doc Loh timbang berat zaheen. Eh, eh berat zaheen naik lagi. kali ni 3.65kg. Hmmmmmm...

16. 15 September, kami bertandang ke LCS lagi. Tau kenapa? Disamping kembung zaheen yang luar biasa tu, zaheen ada habit keluarkan susu almost after every feeding! Emak manalah yang tak risau kan. Doc Loh cakap mungkin zaheen ada masalah penghadaman. iye lah, zaheen kan pre-mature, aku tak hairan kalau zaheen ada masalah digestion. Doc Loh bagi sample satu tin 400gm susu NOVALAC AR. Doc Loh suh kami monitor zaheen dalam seminggu. Berat zaheen masa ni ialah 3.85kg.

17. Pekatnya susu Novalac AR ni. Tapi bagusnya, zaheen kurang muntah. Kembung macam biasa. 18 September, kami bawak zaheen jumpa Doc Loh lagi, untuk follow-up susu. Doc Loh cakap, kalau zaheen dah kurang muntah, boleh bagi semula Anmum. Tapi kena bagi by stages lah. Takboleh tukar terus. Berat zaheen as of 18 sept -3.95kg.

18. Since kat rumah ada 5 kotak susu anmum..dan half can of novalac, kami cuba bagi satu feed anmum. Dalam jangkaan kami. Zaheen muntah. Pastu sepanjang malam dia KEMBUNG! arhhhhh.....! kami lagi bini dok bergilir2 jaga zaheen.

20. Aku terbaca somewhere yang susu soya based boleh kurangkan masalah penghadaman. Maka aku beli pulak SIMILAC. suka2 beli tanpa tanya doc. lagipun masa nak beli SIMILAC, Doc Loh outstation. Bagi 2 feeding kat Zaheen, dia macam taknak. 3rd feed trial, dia tak mau langsung! Siap tolak2 puting dengan lidah pastu melalak sampai muka merah padam dan hilang suara. Gabra gila kita orang laki bini. Kami bagi semula susu Novalac yang dah tinggal sikit tu.

21. Next kami terai Enfalac A+ pula. Bagusnya susu ni. Zaheen tak kembung. Tak muntah. tak muak. Tidur pun ok. Merasalah kami laki bini tidur malam dgn aman damai. TAPIIIIIIIIII...dah tak buang air besar pulak. Adeiii.....Habis je Enfalac A+ ni, kami tukar balik ke Novalac AR. Phew..!



22. 2 Oct, Zaheen demam! Bawak lagi ke LCS. Macam2 soalan kami ajukan kat Doc Loh. Aku rasa tiap kali kami d atang, Doc Loh kena bukak buku la. hehehe...kami kan first time jadik parents. serba serbi tak tau. parenting knowledge sket sangat. hehehe...Aku cakap kat Doc. Loh yang zaheen punya kembung sangat membimbangkan. Even Colic Drop yang Doc Loh bagi tu pun tak jalan kat zaheen dah. However, kami ada terai susu Enfalac A+ kat Zaheen - the FM looks so good with Zaheen cuma tak buang2...maka doc Loh bagi sample Enfalac AR A+ kat zaheen bersama 10 biji Lacto GG (prebiotic). Oh..masa ni berat zaheen bertambah lagi ke 4.45kg.


23. Kami masih monitor zaheen. So far zaheen belum yak yak lagi. Kalau hari ni tak yak yak jugak, rasanya kami continue Zaheen dgn Enfalac A+ normal tapi Zaheen kena makan Lacto GG la untuk yak yak. Demam makin ok. Hopefully Zaheen dah elok demam by 6 Sept - sebab masa tu nak cucuk double hepatitis.

24. Apa nak buat dgn susu anmum infacare sebanyak 4 kotak tu? Aku nak jual je RM10 je sekotak. Kat kedai, anmum infacare 200gm harganya RM14++. Saper minat, meh la beli.

25. What happen to breastfeeding? aku masih mencarik solution untuk up kan susu badan. Makan ikan YU, makan sawi, minum susu, minum air banyak2...Alhamdulillah masih ada susu untuk Zaheen. Zaheen pulak, walau tak puas minum susu badan, tapi bila nak tidur, tetap carik puting nen+nen. Dapat hisap sket pun jadik la..baru dia tidur. Kalau tak dapat langsung..dia akan melalak sampai ilang suara...adui la anak aku...! ikut pangai saper la ni ekkk :p

2 ulasan:

azian abdullah berkata...

sabar yer kak lis..bb mesti paham tu. takpun,akak cuba carik suppliment utk tambah susu ke...

cinta_north2south berkata...

@azian abdullahtest

CN2S SHOPPE