diam tak diam..zaheen dah 7 bulan hari ni.
kejap je .. rasa macam baru semalam aku beranakkan zaheen..(ni kes merujuk kepada perut aku yang still membuncit!!!)
perkembangan zaheen setakat ni... :
a. dah kenal orang. kalau orang yang dia tak kenal dukung dia, huh terus kuar siren ambulan dia...
b. dah tak reti dok diam. nak salinkan pampers, sibuk pusing kiri kanan. kalau pegang dia sambil duduk, dia sibuk melompat2 macam zuma (game yang selalu aku main sepanjang mengandungkan zaheen)
c. sangat fussy pasal makan. aku tukar frisolac step 2 lepas zaheen mencecah 6 bulan, sekali zaheen tak suka lak. tapi dah aku beli 4 tin (stok sebulan), ko makan ler nak sampai abis. bulan dopan mama beli frisolac step 1 semulo...
d. pasal makan lagi, zaheen tak suka makanan yang sama berulang2. kalau pagi makan biskut farley perasa oren, petang nak flavor lain pulak.. penah aku bagi zaheen makan kentang lecek..sempat masuk mulut zaheen 3 sudu je, suakan sudu ke4, dia kata uuuweekkkk...(buruk sangat ke quality masakan mama nak...sampai ekau pun tak lalu nak makan...!!). Sekali dulu dia fav sungguh makan GROWELL. sekarang nih dah tak nak langsung. Sekarang ni, aku pelbagaikan makanan zaheen. Ada menu biskut, yogurt, err tu je..cuma biskut dan yogurt tu pelbagai perasa la...bertuah punya anak....mama dulu masa besar ekau, mak mama bagi mama makan kentang lecek je nak..
g. pasal tidur - nak tidur dukung bawah kipas oleh papa je sambil nyanyi lagu 'tanya sama pokok'..kalau mama buat tak jalan. pantang nampak papa, mula tak senang duduk. kalau masa tu orang lain pegang dia, nampak papa lalu, siap kuar siren ambulan dia. haish...dulu papa ke bagi ekau beranak zaheen oiiiii???
h. dah pandai bertarik. gohed, gostan.
i. dah pandai angkat bontot nak merangkak. berani merangkak satu step je, pastu takut.h ahahaha
j. tidur kemain lasak. selalu kaki atas perut mama. kepala bawah ketiak papa. huh!
k. pandai cakap...oh tipunya la mama ni...betul la zaheen dah pandai cakap...tapi cakap german. aku confirm orang jerman pun tak paham apa zaheen cakap.
l. pasal makan lagi...dah pandai ngendeng apa orang makan. semalam aku makan ais krim kacang depan dia, sekali dia meraung2 nak sekerim tu gak...silap aku gak, pg makan depan dia. dan siap rasakan sekerim tu kat lidah dia. sekali zaheen rasa manis sodap agaknya, terus merengek nak lagi. aku tak bagi, terus meraung. hehehe...sorryyyyyyyyy!
m. dah pandai nak ikut orang. kalau mami dia nak balik rumah, kengkadang nangis nak ikut mami dia.
n. yang last ni aku rasa sumer baby dalam dunia ni pandai...pandai nak manja dgn parents dia ekk. kalau hari jumaat malam, kemain manja lagi. nak tidur lambat2. sebelum tidur nak main2 gomol2 puas2 dgn apak dia...macam dia tau je - eleh, sok kan apak aku tak keja...jom kita main2 wrestling sampai pagi...! hehehe...
o. takat ni je aku ingat...kalau ada aku tambah dalam entry2 yang sempat aku blog kan...
chow..
note : sehari sebelum zaheen cukup 7 bulan, zaheen jatuh katil. uwwwaaaa...kesian betul!!! nasib baik tak apa2 sbb kat bawah katil dah sedia satu bantal besar (yang siap sedia nak cover kot2 papanya jatuh katil...hahaha)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan