Perkembangan zaheen diusia 12 bulan :
a. berat baru 9.6kilos - due to sebulan dua ni asyik demam je.
b. dah tumbuh 6 batang gigi. 4 batang gigi atas. 2 batang gigi bawah.
c. tak mau tukar susu Friso step 1 ke Frisolac Step 3. So skg ni zaheen tgh menge test pelbagai jenis susu yang suits selera dia...engfagrow step 3 dan mamil gold step 3 - sembelit, pediasure - aku stopkan, sbb susu tu banyak gula (rasanya la sbb susu tu melekit2 kalau tertumpah kat tangan) sekarang tengah minum sustagen junior. Dia suka pulak tapi still tak berapa nak minum. kalau dulu 4 jam sekali merengek nak susu, tapi la ni...tak dapat susu 6 jam pun dia relax je...tapi kami lak yang risau...
d. masih suka moi/bubur ikan. ayam tak baper suka. tapi suka juga bubur daging...tapi aku baru bagi sekali je bubur daging itupun ambik sup daging saja, dagingnya aku tak ambik...entah kenapa, aku skeptical sket...hahaaha
e. size baju terkini hanya boleh fits size 12-18 bulan. size kasuk : 13.5cm
f. masih tak suka pakai setokin, kasut dan geram tul kalau kena selimutkan.
g. sekarang tidur, kipas siling dia mau. kipas meja pun dia mau. cer try off kan either one, confirm tengah tidur cemana pun dia aku celik...
h. dah pandai sensitif. kalau marah sket, tok sah banyak, cakap HAIP pastu muka kena bagi serius sket, terus menangis berjurai2 air mata keluar. huh, drama sungguh!
i. masih suka kawan dgn lelaki saja. dengan perempuan tak mo langsung. dia buat tak tau je. dgn aku pun time sakit, time nak susu pandai je sebut Mama Mama...buat2 nak dukung la...peluk kaki la..cuba kalau tak, aku panggil buat tak tau je...cisss
k. dah pandai berdiri tanpa berpaut pada apa2 tapi nak mulakan first step jalan tu dia tak berani lagi..takpe nak kayun pelan2..
l. masih nak tidur dgn papa dia je. aku tidurkan tak jalan. style tidur terkini..papa tidurkan atas riba. atas riba letak bantal..tak pun dukung dia dgan bantal sekali..baru lena...
m. dah pandai menangis nak ikut kalau kena tinggal, paling tak boleh blah kalau nak pi kerja zaheen dah bangun tidur. confirm lepas hantar rumah mil, dia teriak nak ikut. aduhaiii...
n. pandai panggil MAMA dgn clearnya...
o.pandai kacau orang. kalau sumer orang tgh tgk tv, selamba je merangkak pi kat tv, pastu matikan tv.
p. kalau kami gelak2 dia pun gelak2 sama. tak tau la apa yang dia gelakkan. ehhehe
q. alamak mengantuk la pulak...sambung next month la pulak...
bye...good nite Malaysian!
futnot : Happy 1st Birthday sayang!
1 ulasan:
tang matikan tv tu jangkit abam ipan ye?haha
Catat Ulasan