15 Februari 2013

Aku Dia & Cinta : Selatan Vs Utara

Salam...

Eh aku penah citer tak tentang Konflik bahasa? Ye lah aku kan orang segamat. laki aku lak orang penang. ada certain bahasa yang kelakar aku nak share kat sini.. :

Bangkit (bangun)
- Ni citer masa peknen. Aku cakap kat T-rex aku nak bangkit.
  Cn2S : You, i nak bangkit.
   T-Rex : maih..(sambil angkat tangan aku)
  Cn2S : Aih, apa tarik2 orang nih?? I nak bangkit lah
  T-Rex : Hah, maih la...(jawab sambil tarik tangan aku lagi)
  Cn2S : You ni apa pasal? orang nak kuih bangkit tu la
  T-Rex : lerrr..cakap la nak kuih bangkit. i ingat you nak bangun.

hahaha lemau. tapi ada ke orang kata kuih bangkit? orang panggil bangkit je la kan?

Bebai (marah)
T- Rex : asal bawak keta je nak bebai. bawak keta je nak bebai. lenkali dok rumah je tak payah keluar!
Cn2S : kong ajo la tu. dah ler tak mau amik lesen keta, i nak drive untuk u pun dah ok, hokey! ni lagi nak kata aku bebal!
T-Rex : bila i kata you bebal?
Cn2S : tadi tu bukan you kata i bebal ke? asal bawak keta je bebal?
T-Rex : oiiiiiiiiiii..bebai le. bukan bebal. jauh maknanya tu...

Ayaq (air)
T-rex dgn aku selalu le nak claim zaheen anak penang la. yang aku lak asyik nak menjohorkan zaheen.
ni kisah dalam keta :
T-Rex : Ayaq lioq
Cn2S : Air Liur
T-Rex : Ayaq lioq
Cn2S : Air Liur
Kami dok ulang2 banyak2 kali kat zaheen..last2..
zahen : ishhhhhhh...budak nih! iammmmmm la..iceng je. huh!
kami : (tepuk kepala)

Pungkoq (punggung)
Baru2 ni anak buah aku dari kampung datang rumah aku. Aku mintak tolong dia salin diapers kat zaheen. Masa dia nak letak diapers baru tu kat ponggong zaheen, dia suruh zaheen angkat bontot. zaheen lak buat bodoh je.
Ati : zaheen, angkat bontot.
zaheen : (buat bodoh)
Ati : zaheen, angkat la bontot...
Cn2S : ati, cakap kat dia angkat pungkoq. bontot dia tak paham
Ati : zaheen, angkat pungkoq..
zaheen : ..(terus angkat pungkoq sambil cakap dan tunjuk pungkoq..pungkoq..)
hahahaha

Pasiaq (pasir)
Lehaq ( leher)
Lahaq (lahar) (ada satu tempat ni nama dia Lahar Yooi..tapi orang sini panggil Lahaq Yooi..hehhe but sounds better la)
- dua perkataan ni aku rasa macam exxagerate gitu. bukan lebih senang cakap pasir je ke?

ubi
- family laki aku panggil kentang, UBI.
- masa aku ngandung dulu, aku selera makan sup je.
- ada sekali tu aku nak makan sup yang ada letak macam2 sayur. (masa tu plak masih dok menumpang rumah in-law. masa tu pulak tak gheti masak lagi la kan)pastu laki aku kata, mak dia tak reti buat sup letak byk2 sayur. abih tu aku tanya, sup mak ko macam mana lak? dia kata sup mak dia letak garam masala, ubi & daun sup.
- jenuh aku nak pikir, garam masala tu apa. dan otometik terbayang ubi kayu dalam sup. hard to imejin i tell u.
- sekali bila dah siap, oooooo rupanya sup ubi kentang. cakap je la kentang...senang citer...


bad words :
musibat
pelak (tak tau apa maknanya)
siye (sial)

lagi apa ekk? tak ingat la..nanti2 aku ingat, aku tepek lagi ye...






4 ulasan:

Alfi Kasran berkata...

mende la,orang panggil kuih bangkit kot.kalau bangkit tu memang bangun

All about a journal berkata...

haha..sama la kita no..saya org kedah suami org johor..

satu lagi perkataan yang best nak share..

"segan"

biasanya segan maksud malu. tapi kalo utara, segan maksud malas..

"p mandi ayg.."
"seganla abg..."
"la nak malu apa..kita ja kot kat rumah ni.."

hehe..segan = malas..penyegan = pemalas..

sekian.

~CN2S~ berkata...

Alfi Kasran, tak ler..aku cakap bangkit je. sama gak dgn karipap, dodol, wajik etc. tak penah lak aku pg gerai kuih cakap saya nak beli kuih karipap 20, kuih dodol 8kilo, kuih wajik 80 juta...hahahaa

All About a Journal
- setuju..yang ni super confusing. masa mula2 dengar yelah di awal perkahwinan...lawak seyy...

Alfi Kasran berkata...

oh,ucu panggil kuih bangkit.ceh,memanglah tak de orang panggil kuih dodol n kuih wajik.buat lawak ke?ahahahaha

CN2S SHOPPE