11 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Alahai anak Omak nih..!

Salam.

aku sebenarnya jarang masak untuk Eusoff Zaheen. selalu kat rumah, aku bagi dia susu je. kadang2 kalau dia nak makan, aku bagi dia makan roti. bukan apa, anak bujang sorang ni, pasal makan memang amat cerewet. kalau aku suap dia makan, dia test dgn hujung lidah dulu. kalau sedap, baru dia nganga besar2. mak dia ni pulak, dah le bukan masterchef!

semalam, masa aku masak lunch box untuk delivery, Zaheen sibuk cakap dia lapar. aku ingat dia main2 la..so aku buat bodo je la. aku buatkan dia susu, kasik dia tidur (cis, gila kejam punya mak kan?)

Ni kisah lepas dia bangun tidur :
zaheeen : Mama..ooo mama... (panggil aku macam pakcik tua panggey bini dia kan?0
aku : eh, zaheen dah bangun? maih, tengok kartun meh..meh..
zaheen : ain, apar (lapar) la mama. nak akan (makan) ni.. (cakap sambil buat muka kesian dan sambil gosok2 perut)
aku : ye ke zaheen lapar? tipu lah.
zaheen : ain apar (lapar) nih. mama acak (masak) la...
aku : makan nasi dgn telur je boleh? mama malas masak la
zaheen : boyeh....
lepas dah siap letak nasi + telur mata kebau + kicap, aku pun suap zaheen. tau apa dia kata?
zaheen : Acak (masak) ni je? mama ni alashh (malas) lah...

cis, berani dia kata aku malas! mulut ko sangat laser la anak ooiii...

2 ulasan:

Zach's Momma berkata...

Hahaha. Kan dah kena :p

~CN2S~ berkata...

zach's momma...
hahaha...terkedu sat bila dengar zaheen cakap macam tu...tapi lepas tu rasa cam lawak la...

CN2S SHOPPE