13 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Mi Kari Udang & Sambal Kacang Sotong

Salam.

Aku ada citer tak yang sekarang aku tengah biz LUNCH BOX DELIVERY. ai masak sendiri tau. tapi kalau customer ada special request menu yang hebat2, kena lah carik MIL untuk masak....ai masak yang simple2 je.

Menu hari ni, Mi Kari Udang & Sambal Kacang Sotong
resepi dari : myresipi.com
(tapi lupa lak daripada siapa. empunya resepi, aku ai mintak izin sharing disini yaa..)

Bahan2 :
1/2 kg udang
1kg mi kuning
2sk rempah kari
1sk cili boh
6 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
Udang Kering*
* Tumbuk.
Rempah penumis
1 tangkai daun kari
tauhu kering.
Santan 
3pcs asam keping
Hiasan : Telur rebus, bawang goreng, sawi celur, taugeh celur & lada besar.
(in my menu hiasan adalah telur rebus, sawi celur, ayam rebus, kerang &sotong)

Cara2 buat : 
a. Gaul serbuk kari bersama cili boh
b. Bersihkan Udang. keluarkan kepala & kulit. Rebus kepala dan kulit then ko blend.
c. Panaskan kuali. Tuang dalam 4 sd minyak masak. Tumis daun kari dan rempah penumis.
d. Bila dah naik bau, masukkan bahan2 yang ko dah tumbuk tadi. Goreng sampai kekuningan.
e. Lepas tu ko masukkan pes kari tadi, dan masak sampai pecah minyak.
f. Lepas tu ko  masukkan santan, stok udang,  garam dan asam keping.
g. Bila dah menggelegak, ko masukkan tauhu kering dan tutup api.
* resepi ni ditulis dalam bahasa melayu yang hebat tapi sbb aku nak sesuaikan dgn blog aku, aku dah kasualkan bahasa. ok kan...mesti ko senang nak paham..hahaha

Nampak tak kat atas tu ada secoit sambal? actually tu sambal kacang sotong. Gambar sambal aku lupa lak nak snap..tapi yang penting adalah resepinya kan tuan2 dan puan2..

Sambal Sotong Berkacang
Sumber : Myresepi.com
resepi sumbangan : waheedeana

Bahan2 :
a. 2 ekor sotong kembang (celur 10 minit dalam air panas)
bahan Kisar : 
12 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai <- adu="" akan="" aku="" dalam="" font="" hebat="" ko..pendapat="" letak="" masakan="" masterchef="" menenggelamkan="" ngalahkan="" ni="" pada="" pendapat="" penggunaan="" rasa="" sbb="" serai="" sotong="" tak="" tu...="" yang="">du)
3-4 sudu kacang tumbuk
1sdb gula
1sdk gula merah
air asam jawa
garam secukup rasa

cara2 : 
a. Panaskan kuali dan tumis bahan2 kisar sampai garing
b. masukkan air asam jawa, sotong, serai dan masak hingga sotong masak. kalau kering, tambah air.
c. masukkan gula, gula merah dan kacau hingga sebati.
d. akhir sekali masukkan kacang tumbuk, kacau rata dan masukkan garam.

Sedikit tips dari aku (yang memang tak kurang hebat...) 
a. kalau ko nak sambal ni super ohsem - ko tukar portion gula. ko guna 1sdb gula merah atau satu keping kecik gula melaka. dan 1 sdk gula pasir...)
b. masak sambal, sila guna minyak banyak2...sbb kalu tak, lada  tu tak masak dgn garing. bila sambal ko dah masak, lebihan minyak tu kasik buang keluar.
c. nak sambal sedap, ko kena masak sambal dalam api paling slow. lagi slow dia masak, lagi ohsem sambal ko. 
d. tips hebat dari adik aku, nak sambal lagi sedap, sila letakkan sedikit rempah kari. adi aku tak letak pun rempah kari..sbb sambal sotong ni aku nak makan dgn mi kari. kalau aku letak kari lagi dalam sambal aku ni, jadi super duper kari lak..hahaha

Note : thanks tau waheedeana -> resepi sambal sotong you ni super hebat. i like 10 juta...





3 ulasan:

adda syuhada berkata...

sedapnya...nanti nak cuba jgk la..

Mr & Mrs Sallehudin berkata...

hai.. menarik biz u ni.. delivery lunch box.. mcm mane operasi die?

~CN2S~ berkata...

Adda Syuhada - resepi tu memang ohsem. just nice la kandungan santan dia sbb saya memang tak suka mi kari yang terlalu berlemak. :)

Mimi,
the biz started bila niece i stay dgn i. kat tempat keja dia takde tempat makan halal. so i start cater lunch untuk dia hari2. then her friends start to order. then pulak i come out with weekly menu. customer mesti order 1 day before. everyday, my niece balik rumah, dia update la, menu esok baper orang order. then my biras cakap, dia nk menu jugak..so now i punya biz kecil-kecilan ni dah cater for lunch delivery untuk few banks dan hospital kat sekitar tempat tinggal i. alhamdulillah..ada la jugak sikit income. Kat KL ada jugak biz macam ni. u try usha mangkuktingkat.com. eh, u pun boleh buat the same tau..u lagi hebat skill masak daripada i. sure lagi masyukk....

Mimi, i bangga l dgn u. skg byk ek majalah buat coverage biz u. I doakan you terus success. Suka tgk kawan berjaya.

CN2S SHOPPE