Memaparkan catatan dengan label Gift N'Favor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gift N'Favor. Papar semua catatan

13 November 2013

Aku Dia & Cinta : Untuk bakal pengantin

Salam...

macam tak sangka pulak bila aku tengok 'pageviews' blog tak seberapa ni, ramai (bukan ler ribu2/dan tak juga ratus2 viewer) yang still refer to N3 perkahwinan dan juga N3 mengandung..

so aku ingat..bila2 aku ada masa aku nak update pasal barang2 untuk kawin dan juga ragam2 mengandung. not necessary dari pengalaman aku kan, tapi dari pengalaman orang lain boleh gak aku selitkan kat sini untuk renungan bersama. cewah...

hari ni ada promosi baru untuk bakal pengantin yang tengah survey2 barang2 nak bagi kat peminat tetamu yang datang kat majlis kawin korang.sekarang ni, ramai B2B kretip, ada yang buat sendiri ole2. kagum gak aku, apsal masa aku kawin dulu aku tak kretip? pasal lepas kawin baru nak kretip? apsal? apsal? eh..eh...ok yang promosi cenderhati perkahwinan aku ni untuk B2B yang super BZ; yang bekerjaya keluar rumah matahari lom terbit, pastu balik rumah matahari dan berganti bulan sabit...

so aku offer satu pakej baik punya...

nampak clear like water tak? ok kalau spek mata (zaheen cakap cermin mata, cepek mata) kurang power, sila click kat gambar untuk tumbesaran atau tak pun CLICK sini untuk cerita lebih panjang lebor!


9 September 2013

Aku Dia & Cinta : Satu tak cukup...



 
--- kurang2 kena dua macam ni...
 
cerita lanjut, kat SINI



12 Jun 2013

Aku Dia & Cinta : Promosi dari Gift N Favor

Salam Kawan-kawan...

Hari ni nak promote cenderahati dari blog GNF


Handmade paper bag + Ribbon (sila refer blog GNF untuk pilihan ribbon) + 3" Biskut Butter Almond + Sticker hanya untuk RM2.
Minimum order : 40 pcs.
(JIMAT RM1.05)
Berminat : SMS 012-490 2598/ email : giftandfavor@gmail.com
 

 




3 April 2013

Aku Dia & Cinta : Cookies Pra Raya

Assalamu'alaikum...

haaa...tetiba semangat nak update pasal kuih raya...aih posa pun belum. paling hazab, ganti posa pun tak abis lagi..hahaha...eh, mana ada ganti posa sbb tahun lepas aku posa sebulan..sbb hormon lari...peyet tak mo datang..so merasa gak aku posa sebulan hahaha...

ok, kat rumah sebelah, kat FB tengah beria2 promote cookies RM50 3 balang kan. So kat blog sini, aku rasa patut gak la aku describe each type of cookies aku..so baru la lebih kenal dan lebih cinta gitu...

Biskut Coklat Nestum. 
Biskut ni paling aku suka. Paling ramai dealer order.
Dalam biskut ni penuh rasa coklat (dah aku letak serbuk koko, coklat cip dan coklat cip - mau tak penuh rasa coklat) dan rangup2 sbb bila ko sink your teeth (tetiba meroyan cakap omputih), ko boleh rasa kepingan nestum dalam biskut ni. Pastu, yang macam salji2 selaput kat biskut tu ialah - susu tepung. So aku budget, bukan takat mak2 yang suka biskut ni, anak2 pun mesti suka...(motif cakap anak2 suka, sbb anak aku suka, so mesti anak korang pun suka kan? hehehe). Harga - RM22. Harga dealer, maih email aku. kita bincang tenang2. haha..

Biskut Makmor Rangup
Biskut ni, sama laris dgn biskut nestum coklat kat atas tu. Inti biskut makmor ni aku guna kacang gajus yang dipanggang (ok aku tak panggang, aku beli kacang gajus jenama tong garden tu je) + gula pasir yang di karamelkan...rasa dia? sbb tu bila ko makan biskut ni boleh rasa kruk krak kruk krak...
Ko mesti ingat biskut ni keras kan..tak tak..features dia sama macam biskut makmor gebu2 tu tapi inti nya garing...nyum..nyum....harga biskut ni RM28 sebalang
(ada dalam 50-60 keping lah sebalang - aku tak reti nak letak ngam2 50 keping, selagi ada ruang dalam balang, aku isik sampai penuh..macam dalam gambar tuh..)

Tat Gulung Nenas
Biskut ni mesti korang taukan....Tat ni kulit nya rapuh..kulit pastri dia la masuk je dalam mulut, terus cair..jem pulak sebesar size tat...so tat ko dapat rasa cukup balance bila makan tat ni..tak la rasa tepung semata, or rasa jem semata. dan oh ya, aku tak guna garam dan gula untuk pastri tat ni ya. kalau ko rasa manis, manis tu datang dari jem...Tat nenas ni, Alhamdulillah...memang most 'selebel' during raya tiap tahun lah..
Harga sebalang RM25 ( ada 55 biji tat nenas).
Promosi hebat sekarang : semua kukis ni ko boleh dapat 3 balang dgn harga RM50 je.
boleh campur2..

futnot : minat nak tambah pendapatan sebagai dealer? meh contact aku...confirm ko terpikat dgn harga dealer.  :)




30 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Buy 2 FREE 1 (testimonial)

(STICKY POST)

Salam kawan2....

Ni nak habaq kat hangpa (betui tak basa penang aku?)...kat rumah sebelah tengah dok buat promosi kuih tat besar-besaran.

Beli 2 Balang tat nenas (Sebalang RM25/55 biji) PERCUMA sebalang lagi tat nenas...
ramai dah beli, ramai dah merasa..
rata2 memuji, tak ada yang mengata
mai la pakat sama2 jana income surirumahtangga...hahaha
(ewah, pantun 3 kerat)

nak tau lebih lanjut lagi...hah moh ke sana..

ni ada  satu testimonial dari customer dari FB :

Jieyna Omar Saya dh try mmg sedap tekstur lembut ja,,scukup rasa jem pun bsar2,,hrga pun brbaloi2..mesti try

futnot : upcoming tat nenas untuk wedding favor. harga yang sedap2 je..ai kan tak reti jual mahal2 hahaha..






28 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Lunch Box Delivery & Lunch 28 March '13

Salam Semua...

Hari ni menu aku super 'ohsem'.

Nasi impit goreng cilipadi dan Rendang Ayam...
Nasi Impit Goreng Cilipadi

Dalam kebanyakkan blog masak2, selalu je nampak orang update menu ni. memula dengar, rasa mcm, biar betul depa ni...best ke nasi impit goreng. nak membuktikan orang yang penah buat kata nasi impit goreng ni ohsem gila...so..ari ni aku terai...perh...orang kata tak kenal maka tak cinta, tak masak maka ko tak rasa..hahaha...so aku dah terai...memang sedap.  Nasi impit goreng ni aku match kan dengan ayam rendang. menu ni akan masuk dalam menu hari raya aku tahun ni...

mari kita check menu :
Nasi Impit  Goreng
Sumber : Myresepi.com
Penyumbang:
newbi123

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 1 paket nasi impit dipotong dadu
  • 5 biji cili padi
  • segenggam ikan bilis
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 camca puri tomato - aku letak sos tomato Jenama Putri je.
  • 2 camca sos tiram
  • 1 camca kicap manis
  • sedikit minyak zaitun untuk menumis - minyak zaitun mahal, aku guna minyak seri aji je.

Cara-cara

  1. Blend cili padi, ikan bilis, dan bawang merah.
  2. Panaskan minyak. Tumiskan cili kisar sehingga naik minyak. Masukkan puri tomato, sos tiram, dan kicap manis. Masakkan lebih kurang 5 minit.
  3. Masukkan nasi impit dan gaul rata. Saya tak masukkan sayur sebab takde sayur kat peti sejuk. Cuma letak sedikit sliced green olives.


Rendang Ayam

Rendang ayam ni rasanya super gojes gitu. Resepi taken dari  Myresepi.com gak. penyumbang resepi mabeles ni sapa lagi kalau bukan CMG..thanks cik mat...your resepi selalu menjadi...alhamdulillah...kalau tengok kat myresepi tu, rendang cmg nampak kering sket...tapi nak sesuaikan dgn orang penang kat rumah ni, aku kena buat berkuah sket...mmg sedap...tak rugi cuba

Rendang Ayam
Sumber : Myresepi.com
penyumbang resepi : Cik Mat Gebu

ahan-bahan ( 7 - 8 org )

  • 1 ekor ayam kampung (anggaran 1.5 kg) ~ aku guna ayam daging a.k.a ayam  urban bandar je. tapi sebelum direndangkan, aku perap dgn kunyit dulu pastu goreng garing2. sbb nak masak rendang ni lama, kalau tak goreng garing nanti ayamnya hancur. kalau guna ayam kampung tak perlu lalui proses ni..
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 2 helai daun kunyit, dimayang halus
  • 3 ulas bawang merah kecil, dimayang*
  • 2 ulas bawang putih, dimayang*
  • 2 asam keping
  • 1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 4 kuntum bunga cengkeh*(*bahan2 tumis)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 4 camca besar kerisik
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 1 camca besar gula Melaka
  • Garam secukup rasa dan 1 cawan minyak utk menumis
  • BAHAN2 DIKISAR HALUS :-
  • 5 batang serai, dimayang
  • 8 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 biji buah keras

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan potong 24 kepingan. Cuci dgn asam dan garam, perap 10 minit. Bilas dan toskan. (Boleh juga gunakan ayam daging)
  2. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut dan ramas. Perah santan pekat dalam satu bekas, ketepikan. Kemudian masukkan 2 cawan air lagi, ramas dan perah utk santan kemancar. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bhn2 tumis dan kacau hingga wangi. Masukkan cili kisar, bahan2 dikisar halus dan juga rempah kari. Masak hingga harum dan pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit garam dan diikuti ayam. Gaul ayam hingga sebati dgn rempah dan masak hingga ayam agak kecut (10 minit). Masukkan santan cair dan biarkan masak atas api perlahan hingga daging ayam 1/2 masak.
  5. Kemudian masukkan santan pekat,kerisik dan asam keping, masak hingga ayam empuk dan kuah pekat. Baru dimasukkan gula melaka dan daun kunyit yg telah dimayang tadi. Gaul rata dan masak hingga rendang agak kering. Rasa garamnya. Angkat dan boleh dihidangkan.
  6. Rendang ini boleh juga dimasak dalam periuk tekanan (bagi sesapa yg ada), bergantung pada jenis periuk tekanan masing2. Dan kemudian keringkan di dalam kuali.


futnot : burp....alhamdulillah! raya nanti nak threesome kan dia dgn masak lodeh pulak...baru geng!! hahaha...



26 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Lunch - Mee Hokkien

sepatutnya ada satu lagi aksesori - telur rebus..tapi aku tak letak. sbb ari ni aku taknak makan telur...

Hari ni lunch box untuk anak buah aku, Mee Hokkien...

Aku makan sket je as for bekfas pagi tadi. Alhamdulillah, sedap kuah dia. manis2 udang gitu. kalau guna udang fresh lagi sedap rasanya.

T-rex lak, nak makan balik nanti katanya. Belen lagi, aku tapau 3 bungkus antar rumah mil. Tinggal belen sekit, aku tinggalkan kat zaheen - kot dia bangun nanti dia nak makan. tapi selalu dia mintak asyik yemak (nasi lemak).

Ok lah...aku nak masak lunch dah ni, tak leh merapu lama2..so cio resepi kat bawah yee... :

Resepi Hokkien Mee
Sumber : Athirah


Bahan-bahan ( 8 orang )

  • 2 bungkus mee kuning
  • bahan untuk campurkan didlm mee: tauge sayur kangkong beli dlm seikat bawang goreng telur 4 biji (rebus)
  • 1kg udang sederhana (kopek asingkan isi dan kulit)
  • 4 ulas bawang putih(ketuk-ketukan)
  • 4 biji bawang besar (kisarkan)
  • 1 senduk cili kisar (terpulang pada masing2 kalau nak pedas..
  • gula batu sedikit..
  • tauge
  • seikat sayur kangkong
  • bawang goreng
  • 4 biji telur rebus

Cara-cara

  1. Asingkan udang dari kulit.cucikan kulit tersebut dan direbus.air jangan dibuang..
  2. ambil kulit yg direbus tadi kisarkan dgn sedikit air..kisar sampai hancur..
  3. Panaskan minyak,tumiskan cili kisar tadi sehingga pecah minyak dan masukkan sekali bwg putih td..lepas itu baru masukkan bawang merah kisar..kalu tak nak masukkan bwg merah pun boleh gak tp kalau masukkan baru rasa power sikit..
  4. Bila dan pecah minyak barulah dimasukkan kulit udang yg dikisar tadi...bagi bau ea naik dan masukkan air rebusan td dan tambah sedikit air biasa mengikut kepekatan yg diingini ..selalunya hokkien mee nih tak cair tak pekat,,tp kalau u all nak ea pekat masukkan sedikit bancuhan tpg jagung...
  5. Akhir sekali masukan gula secukupnya..terpulanglah kalo nak manis ke tak hokkien mee nih mesti ada rasa manis sikit..masukkan lah garam dan pak ajinomoto...petua kalo nak hokkien mee nih sedap masukkan gula batu dalam seketul sederhana kecik kalo nak hirup ea masa tarik tu ssyrrrruuuup baru rasa power gilerrrrr... tentu u all tertanya isi udang nak buat ape..ok isi nya kita tumiskan dgn sedikit miyak sehingga kemerahan dan asingkan.air tumis tu td boleh dimasukkan kedalam kuah tadi..... kuah pun siap..celurlah mee.sayur kangkong...seperti bisa....telur pun kena rebus..
  6. SAMBAL UNTUK MAKANNYA PULAK: tumis cili kisar dan masukkan sikit kicap cair dan aji... sambal ini untuk diletakkan didlm mee yg nak dimakan nanti... selamat mencuba..

Futnot : aku tak buat sambal. Tapi resepi ni memang sedap. buat terus jadi gitu...korang pun cuba2 lah ye...


21 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Lunch Delivery 21 March 2013

Salam semua.

Hari ni Menu untuk Lunch delivery...simple menu tapi sangat sangat berkhasiat...


Bubur Herba Berkhasiat
resepi dari Faiza rice

gambar kampit beras ni aku ambik dari sini. mohon share gambar ye sbb kampit berasku, dah di tongsampahkan...
kalau korang tgk betul dalam plastik tu ada beras, kacang hijau, barli, dan beberapa jenis kekacang lain, ada rempah herba dan sepeket kecik kismis. 

Dalam hidangan aku tu, aku tambah lagi kacang tanah yang dipanggang rangup, daun bawang, ayam goreng yang dicarik2 dan bawang goreng.

Resepi ni aku dah olah2 sket...
a. Basuh beras dah toskan.
b. Panaskan periuk, masukkan secamca besar minyak sapi 
c. pastukan masukkan daging/ayam cincang dalam 5 minit gitu.
d. pas dah garing2 sket, ko transfer kan dalam rice cooker. pastu masukkan beras tadi.
e. Dan masukkan air banyak2. Aku masukkan sampai penuh periuk tuh.
f. Bila beras dah pecah, ko masukkan rempah herba tu dan kismis.
g. pastu ko tunggu la sampai rice cooker ko bunyi 'tap' ...ha tu dah masak lah.
h. dah masak boleh hidang. boleh letak apa2 je. ikut suka tekak ko.

Kalau ikut resepi kat kampit tu, sekampit tu untuk 10 hidangan...
aku dapat dalam 12 bekas macam ni : 



tips : bubur ni cepat masak...so takat nak bekfas esok pagi, ko tak yah la masak dari malam. tapi kalau ada slow cooker, helpful la jugak...tapi aku prefer masak guna rice cooker lagi...

so, if korang dah kekeringan idea nak masak apa, masaklah bubur herba ni...a.k.a bubur lambuk style urban gituh. Dan..dan..bila korang soping barang dapur, jangan lupa masukkan beras ni dalam soping list korang. Really helpful tau..

futnot : selamat mencoba! 

18 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Bukan perkara mewah...

Hari ni kita nak cerita2 tentang event planner/runner untuk anak kita punya birthday party.

saya masih ingat kira-kira 2 tahun yang lepas, saya dan suami mengendalikan party hari jadi anak sulung kami. 3 bulan sebelum event, kami dah list down jumlah tetamu (yang cilik berapa orang, yang orang tua berapa orang), jenis event (nak buat during lunch ke atau sekadar tea time), cenderahati untuk budak2, party pack untuk budak2, door gift untuk orang dewasa, pilihan makanan untuk budak2 dan orang dewasa, kek, dan oh...baru kami realize bukan keja mudah. masa tu baru terpikir kalaulah boleh hire a runner untuk buat kerja2 ni semua, ..............

read more...



Aku Dia & Cinta : Lunch today, 18 March 2013

Salam semua.

hari ni tuan blog adalah kurang sihat. sakit kepala sket. bila badan pun tak sihat, menu pun yang singkat2 je...

Hari ni masak Gulai Ikan Tempoyak.

Resepi : Sumbangan Norzailina Nordin

Bahan2 :
4-5 keping ikan patin ~ aku guna ikan cencaru. sbb T-rex dan anak menakan aku x makan ikan patin..
500 ml air
2 camb tempoyak
daun kesom ~ x letak. replace dgn bunga kantan
garam dan gula secukup rasa
santan RM3<- ai="" ni="" p="" tambah..="">

Bahan Kisar
3-4bj cili merah
7-8 biji cili padi
2cm kunyit hidup
2cmb tempoyak
1btg serai

Cara2 :
a. satukan ikan, air, tempoyak, daun kesom dan bahan kisar dalam periuk.
b. masak hingga mendidih dan kacau sesekala
c. perlahankan api, masukkan santan, gula dan garam. Kacau perlahan sampai mendidih.
d. bila ikan dah masak, tutup api, senduk nasi...ko makan dgn nyaman di situ. lagi aman, bila intan payung tgh tidur..hahaha

futnot : no lunch deliver today. tukang masak dan tukang antar, tak sihat. :(

14 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Menu hari ni

BSalam peeps....

menu lunch delivery merangkap menu lunch kat rumah sendiri ari ni ialah :
Nasi Goreng + Ayam Paprik + Papedom.
ready for delivery... (yang P tu stand for nasi goreng pedas)

Semalam, izzati (anak menakan aku le tu), balik keja dia update nasi goreng tu ada yang nak pedas dan ada yang tanak pedas. Owh aku baru ingat nak buat nasi goreng biasa je. saper nak pedas tu, sila tambah sambal belacan. tadi pagi tadi masa aku bukan koleksi plastik2, plastik2 kecik tu takde la pulak. Ok terpaksa tukar plan. So aku masak 2 jenis nasi goreng. Nasi goreng Sambal Belacan dan Nasi goreng Yangzhoe.

Resepi nasi goreng sambal belacan ni aku kaut dari myresepi.com lah. Frankly, memang sedap (T-rex la kata. berani dia nak kata masakan aku tak sedap... saja carik penyakit la tu hahaha).

tapi aku lupa lak nak snap gambar nasi goreng sambal belacan tu...korang tatap resepi saja la ye...
cara penyediaan cukup senang...

~~
Nasi Goreng Sambal Belacan
Sumber : myresepi.com by alma

bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 pinggan nasi
  • 2-3 sudu besar sambal belacan (ikut ler, kalau nak pedas tmbh lagi)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak memasak secukupnye
  • 1 sudu teh kicap pekat

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm kuali, bila dah panas masukkan sambal belacan then kacau2 sket.
  2. Pastu masukkan kicap pekat, kmudian kacau lagi.
  3. Then masukkan nasi & garam. Kacau smpai smua nasi digaul dgn smbal belacan goreng tu. Then truskan menggoreng hingga masak.
  4. Nota: Dlm gambar tu, telur goreng hancur & ikan bilis goreng alma taburkn lepas nasi siap digoreng. Try ler, mmg sempoi tp sedap!

~~
Nasi Goreng Yangzhou
Sumber : Myresipi.com by junjs11
Nasi Goreng Yangzhou ~ walaupun rupa kurang jelita, tapi percayalah (dato' ct) rasa sangat menggiurkan...ahaks

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2-3 cawan nasi
  • 3 ulas bawang putih-dicincang
  • 4 sudu besar mixed vege ~ aku letak kobis dan buncis je. dah tu je yang ada kat esbok.
  • 150gm isi ayam-potong dadu ~ aku letak sosej ayam je.
  • 10 ekor udang sederhana-dibuang kulit ~ tak letak.
  • 2 biji telur-dipukul sket
  • minyak masak secukupnya
  • minyak bijan ~ tak letak
  • garam dan serbuk pepper ~ pepper pun tak letak sbb tak mo pedas
  • 1 batang daun bawang-dipotong2
  • 1 biji cili-dipotong2 ~ tak letak

Cara-cara

  1. panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
  2. masukkan sayur campur, ayam dan udang, kacau hingga masak.
  3. masukkan pula nasi, kacau rata. tambahkan minyak bijan, pepper, garam dan telur. gaul hingga rata dan masak.
  4. hiaskan dengan daun bawang dan cili. hidangkan bersama cili api potong bersama kicap cair jika suka.
~~
Ayam Paprik
Sumber : Myresepi.com by mutiarazura
Ayam Paprik

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 300 gm isi ayam - potong kecil/kiub (aku letak ayam setengah ekor, potong kecik2)
  • Kacang panjang/bunga kobis/carrot/jagung muda/tomato 
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 ulas bawang besar - dipotong baji
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 6 ulas cili padi - diketuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili ( aku letak setengah botol kecik. rasa lagi ummppphh)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos ikan (ni tak letak. tak ada)
  • 3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air (ni pun aku skip sbb customer aku suka kuah banyak2)
  • Satu cawan air (jika suka berkuah) (aku letak air setengah periuk lebih kurang sama paras dgn isi dlm periuk)

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, goreng dan kacau hingga nampak ayam dah putih.
  3. Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
  4. Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
  5. Rasakan kuah, kalau kurang masin je br tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).
  6. Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.
  7. NOTA - tambah tepung jagung jika perlu je, jangan banyak sgt nanti kuah tu kering coz terlalu pekat. Selamat mencuba!

futnot : untuk semua penyumbang resepi, korang memang super ohsem. Especially resepi paprik ayam. I will definitely ulang dan ulang dan ulang resepi paprik itu. Btw, my fav recipe contributor kat my recipe ni ialah kak junjs11 - kebanyakkan resepi dia sangat2 simple, sodap dan sonang!

korang, dah masak ke belum? kalau ari ni takde idea nak masak apa lagi, balik nanti masak menu aku ni ye...confirm laki sayang korang 40 juta kali ganda ari ni...hahaha...





13 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Mi Kari Udang & Sambal Kacang Sotong

Salam.

Aku ada citer tak yang sekarang aku tengah biz LUNCH BOX DELIVERY. ai masak sendiri tau. tapi kalau customer ada special request menu yang hebat2, kena lah carik MIL untuk masak....ai masak yang simple2 je.

Menu hari ni, Mi Kari Udang & Sambal Kacang Sotong
resepi dari : myresipi.com
(tapi lupa lak daripada siapa. empunya resepi, aku ai mintak izin sharing disini yaa..)

Bahan2 :
1/2 kg udang
1kg mi kuning
2sk rempah kari
1sk cili boh
6 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
Udang Kering*
* Tumbuk.
Rempah penumis
1 tangkai daun kari
tauhu kering.
Santan 
3pcs asam keping
Hiasan : Telur rebus, bawang goreng, sawi celur, taugeh celur & lada besar.
(in my menu hiasan adalah telur rebus, sawi celur, ayam rebus, kerang &sotong)

Cara2 buat : 
a. Gaul serbuk kari bersama cili boh
b. Bersihkan Udang. keluarkan kepala & kulit. Rebus kepala dan kulit then ko blend.
c. Panaskan kuali. Tuang dalam 4 sd minyak masak. Tumis daun kari dan rempah penumis.
d. Bila dah naik bau, masukkan bahan2 yang ko dah tumbuk tadi. Goreng sampai kekuningan.
e. Lepas tu ko masukkan pes kari tadi, dan masak sampai pecah minyak.
f. Lepas tu ko  masukkan santan, stok udang,  garam dan asam keping.
g. Bila dah menggelegak, ko masukkan tauhu kering dan tutup api.
* resepi ni ditulis dalam bahasa melayu yang hebat tapi sbb aku nak sesuaikan dgn blog aku, aku dah kasualkan bahasa. ok kan...mesti ko senang nak paham..hahaha

Nampak tak kat atas tu ada secoit sambal? actually tu sambal kacang sotong. Gambar sambal aku lupa lak nak snap..tapi yang penting adalah resepinya kan tuan2 dan puan2..

Sambal Sotong Berkacang
Sumber : Myresepi.com
resepi sumbangan : waheedeana

Bahan2 :
a. 2 ekor sotong kembang (celur 10 minit dalam air panas)
bahan Kisar : 
12 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai <- adu="" akan="" aku="" dalam="" font="" hebat="" ko..pendapat="" letak="" masakan="" masterchef="" menenggelamkan="" ngalahkan="" ni="" pada="" pendapat="" penggunaan="" rasa="" sbb="" serai="" sotong="" tak="" tu...="" yang="">du)
3-4 sudu kacang tumbuk
1sdb gula
1sdk gula merah
air asam jawa
garam secukup rasa

cara2 : 
a. Panaskan kuali dan tumis bahan2 kisar sampai garing
b. masukkan air asam jawa, sotong, serai dan masak hingga sotong masak. kalau kering, tambah air.
c. masukkan gula, gula merah dan kacau hingga sebati.
d. akhir sekali masukkan kacang tumbuk, kacau rata dan masukkan garam.

Sedikit tips dari aku (yang memang tak kurang hebat...) 
a. kalau ko nak sambal ni super ohsem - ko tukar portion gula. ko guna 1sdb gula merah atau satu keping kecik gula melaka. dan 1 sdk gula pasir...)
b. masak sambal, sila guna minyak banyak2...sbb kalu tak, lada  tu tak masak dgn garing. bila sambal ko dah masak, lebihan minyak tu kasik buang keluar.
c. nak sambal sedap, ko kena masak sambal dalam api paling slow. lagi slow dia masak, lagi ohsem sambal ko. 
d. tips hebat dari adik aku, nak sambal lagi sedap, sila letakkan sedikit rempah kari. adi aku tak letak pun rempah kari..sbb sambal sotong ni aku nak makan dgn mi kari. kalau aku letak kari lagi dalam sambal aku ni, jadi super duper kari lak..hahaha

Note : thanks tau waheedeana -> resepi sambal sotong you ni super hebat. i like 10 juta...





CN2S SHOPPE