21 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Lunch Delivery 21 March 2013

Salam semua.

Hari ni Menu untuk Lunch delivery...simple menu tapi sangat sangat berkhasiat...


Bubur Herba Berkhasiat
resepi dari Faiza rice

gambar kampit beras ni aku ambik dari sini. mohon share gambar ye sbb kampit berasku, dah di tongsampahkan...
kalau korang tgk betul dalam plastik tu ada beras, kacang hijau, barli, dan beberapa jenis kekacang lain, ada rempah herba dan sepeket kecik kismis. 

Dalam hidangan aku tu, aku tambah lagi kacang tanah yang dipanggang rangup, daun bawang, ayam goreng yang dicarik2 dan bawang goreng.

Resepi ni aku dah olah2 sket...
a. Basuh beras dah toskan.
b. Panaskan periuk, masukkan secamca besar minyak sapi 
c. pastukan masukkan daging/ayam cincang dalam 5 minit gitu.
d. pas dah garing2 sket, ko transfer kan dalam rice cooker. pastu masukkan beras tadi.
e. Dan masukkan air banyak2. Aku masukkan sampai penuh periuk tuh.
f. Bila beras dah pecah, ko masukkan rempah herba tu dan kismis.
g. pastu ko tunggu la sampai rice cooker ko bunyi 'tap' ...ha tu dah masak lah.
h. dah masak boleh hidang. boleh letak apa2 je. ikut suka tekak ko.

Kalau ikut resepi kat kampit tu, sekampit tu untuk 10 hidangan...
aku dapat dalam 12 bekas macam ni : 



tips : bubur ni cepat masak...so takat nak bekfas esok pagi, ko tak yah la masak dari malam. tapi kalau ada slow cooker, helpful la jugak...tapi aku prefer masak guna rice cooker lagi...

so, if korang dah kekeringan idea nak masak apa, masaklah bubur herba ni...a.k.a bubur lambuk style urban gituh. Dan..dan..bila korang soping barang dapur, jangan lupa masukkan beras ni dalam soping list korang. Really helpful tau..

futnot : selamat mencoba! 

2 ulasan:

adda syuhada berkata...

Lama betul tak makan bubur ala-ala McD ni..tengok kat sini teringin la plk..

~CN2S~ berkata...

adda...buat sendiri lagi jimat... :)

CN2S SHOPPE