22 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Ayam Masak Merah

Salam hari jumaat...semperna hari jumaat ni, menu Lunch Box Delivery (LBD) aku ialah:
Nasi Putih + Ayam Masak Merah + Dalca Sayur.

Ayam Masak Merah
Resepi taken : dari forum cari. tapi aku dah lupa saper penyumbang resepi ni. sbb aku dah lama copy & paste, print dan file. Kepada empunya resepi, resepi ayam masak merah ni memang 'ohsem'. mohon share di blog saya ya...

Bahan2 :
setengah ekor ayam. potong kecil. basuh dan toskan. perap dengan kunyit dan garam.

Bahan Kisar  :
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
1/4 inci lengkuas

Bahan lain : 
3-4 sudu cili kering
2 sdb sos tomato
2 sdb tomato puri
1/4 cawan susu cair
1/2 cawan kacang peas
garam dan gula secukup rasa


Bahan Tumis 
1/2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih


Cara2 memasak : 
a. Gorengkan ayam separuh masak, dan ketepikan
b. Dalam kuali lain, tuangkan minyak untuk menumis.
c. Bila minyak dah panas, masukkan bahan tumis hingga wangi.
d. kemudian masukkan  bahan2 kisar. Tumis hingga naik minyak dan garing
e. Masukkan sos tomato, tomato puree, garam, gula, susu cair dan sedikit air.
f. Kemudian masukkan ayam dan masak hingga kuah agak pekat.
g. Bila dah masak, taburkan kacang peas.

futnot : ada sedikit mengelat (aku la tu yang mengelat). aku tak kena ayam fresh. tapi aku guna ayam BBQ BEREMPAH JENAMA 5 Stars. Haiyoo...rasanya triple yummy loh...!

Dalca Sayur
Resepi Dalca Sayur dah preview ari tu kan. tak mo ulang tayang lagilah....Kalau berkenan nak coba resepi ni, click sini je lah..

futnot : selamat mencuba!

2 ulasan:

adda syuhada berkata...

nampak macam senang jer..bahan pun senang nk beli..nanti nak cuba la..

~CN2S~ berkata...

adda - sila2...kebanyakkan resepi yang saya guna sumer mudah2 dan sikit je ingredientnya...

CN2S SHOPPE