15 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Menu hari Jumaat, 15 March 2013


Salam hari jumaat...

mesti yang bekerja rasa syok gila ari ni. esokkan cuti. boleh berjimba-jimba. yang housewife macam aku pun syok juga..sbb esok T-rex cuti - so boleh pass baton jaga zaheen. yang tak syok, orang yang amik SPM ari tu kot..sbb next week kan result keluar...haha..tau takut...
ok...hari ni lunch pax memerangkat lunch kat rumah, adalah super gojes. Orang kat kampung tu boleh terai masakan ni..memandangkan ari tu suda terang lagi bersuluh abah kata nasi ni super ohsem..hahahaha

Ek ehem....ehem...Menu hari ni ialah...
Nasi Beriani Ayam + Dalca Ayam = Ayam Kuasa Dua...hahahah
Nasi Beriani Ayam

Resepi dari blog famous amos, CMG.
Bahan2 :
2 keping dada ayam
(Potong sederhana besar, cuci dan toskan ~ aku guna ayam setengah ekor - potong 4 keping)
1 cawan susu sejat + 1 cawan air
150gm minyak sapi
500gm beras basmathi
2 helai daun pandan
2 batang serai - titik
1/2 cawan sos tomato
2sdb rempah beriani

Bahan Tumis :
2 biji cili hijau
2 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
40gm kacang gajus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
* 5 bahan pertama tu aku blend.

Bahan Kisar :
30gm kismis

Bahan hiris :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan  tabur :
1/2 cawan kismis
50gm kacang gajus
3/4 cawan daun ketumbar hiris
1/2 cawan bawang goreng
Secubit koma-koma + 1/3 cawan susu sejat yang dipanaskan
2 helas daun pandan

LANGKAH PERTAMA:
panaskan minyak sapi dalam kuali hingga cair. Masukkan bahan2 yang dihiris, bahan2 tumis dan sehelai daun pandan. Bila harum sundal malam, masukkan bahan kisar, rempah beriani dan sos tomato. Masak hingga terbit minyak

LANGKAH KEDUA:
Didihkan air (aku ikut sukatan beras), masukkan daun pandan. Bila air mendidih, masukkan beras tadi dan masak 5 minit hingga beras menjadi butiran yang lembut dan tidak keras. Angkat dan toskan.

LANGKAH KETIGA:
Sediakan periuk letrik, dan juga bahan2 tabur. Masukkan 1/3 nasi, ratakan. Masukkan 1/2 bahagian lauk ayam, tabur gajus, bawang goreng, daun ketumbar, kismis, sehelai daun pandan, dan sudukan bancuhan susu dan koma2 (bancuhan susu dan koma2 ni aku tak letak sbb takde koma2). Pastu tambah 1/3 nasi lagi dan repeat the process sampai nasi habis.

LANGKAH KEEMPAT :
Untuk lapisan terakhir, tabur bahan2 lebihan dan tanak nasi sekurang2nya 30 minit menggunakan rice cooker. Gemburkan nasi dan boleh serve. Tabur bawang goreng dan daun sup/ketumbar.

Note : dah lama aku save resepi ni. tapi tadi aku carik kat blog CMG dah tak jumpa. ke aku yang tak reti carik?? ni 3rd time aku buat nasi beriani ni. Sedap. resepi CMG memang tak penah menghampakan...terima kasih banyak2 CMG - semoga Allah panjangkan umur CMG sekeluarga, dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa..


Dalca

Resepi Dalca ni daripada DianaA.


Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • 300 gm daging rusuk 
  • 2 batang lobak merah
  • 1 batang terung panjang
  • 3 biji ubi kentang
  • 2 biji tomato
  • 100 gm kacang buncis
  • 2 cawan kacang dal
  • 8 sudu besar bumbung rempah kari daging
  • 1 biji kelapa (dijadikan 4 cawan santan)
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • air asam secukupnya
  • garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • ### Bahan untuk dikisar ###
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia

Cara-cara

  1. Bersihkan daging rusuk dan masukkan kedalam periuk dan diisi air cukup menutupi daging.
  2. Rebus daging rusuk dan kacang dal sehinga keduanya masak dan empuk.
  3. Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.
  4. Masukkan kentang dan lobak dan dimasak sehingga empuk. Bila kentang dan lobak telah empuk masukkan pula terung dan kacang panjang.
  5. Tumis darat: Panaskan minyak dalam kuali yang berasingan. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  6. Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan kedalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya. Akhir sekali masukkan tomato. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.
  8. Nota: Sewaktu anda merebus daging rusuk dan kacang dal, jika air telah surut boleh ditambah dan masak sehingga daging empuk. Boleh juga anda gantikan daging rusuk kepada daging.

Futnot : cuba lah..cubalah...


5 ulasan:

A berkata...

tak kuasa.i masak makanan yang digemari oleh diri sendiri je,hehehe

adda syuhada berkata...

woww betul2 membuatkan adda punya anak tekak tergoda..

Unknown berkata...

@Alfi Kasran
~ ceh ceh ceh...ai tau dalam diam u save resepi ni kan...sila ngaku hahahaha...

@ adda syuhada
~ try la adda, senang je nak buat..nampak je rumit, tapi senang je nk buat esp dalca resepi dianaa tu. :)

Mr & Mrs Sallehudin berkata...

Wowwww.. nasi beriyani.. pandaiinye.. I x reti nk wat pun.. huhu

Unknown berkata...

Mimi,

print resepi size font 20ptk pastu tampal kat dinding dapur..follow step by steps, insya Allah menjadik... cer try..hehehe

CN2S SHOPPE