Salam hari jumaat...
mesti yang bekerja rasa syok gila ari ni. esokkan cuti. boleh berjimba-jimba. yang housewife macam aku pun syok juga..sbb esok T-rex cuti - so boleh pass baton jaga zaheen. yang tak syok, orang yang amik SPM ari tu kot..sbb next week kan result keluar...haha..tau takut...
ok...hari ni lunch pax memerangkat lunch kat rumah, adalah super gojes. Orang kat kampung tu boleh terai masakan ni..memandangkan ari tu suda terang lagi bersuluh abah kata nasi ni super ohsem..hahahaha
Ek ehem....ehem...Menu hari ni ialah...
Nasi Beriani Ayam + Dalca Ayam = Ayam Kuasa Dua...hahahah
Nasi Beriani Ayam Resepi dari blog famous Bahan2 : 2 keping dada ayam (Potong sederhana besar, cuci dan toskan ~ aku guna ayam setengah ekor - potong 4 keping) 1 cawan susu sejat + 1 cawan air 150gm minyak sapi 500gm beras basmathi 2 helai daun pandan 2 batang serai - titik 1/2 cawan sos tomato 2sdb rempah beriani Bahan Tumis : 2 biji cili hijau 2 ulas bawang besar 4 ulas bawang putih 1 inci halia 40gm kacang gajus 1 batang kayu manis 1 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 5 kuntum bunga cengkih * 5 bahan pertama tu aku blend. Bahan Kisar : 30gm kismis Bahan hiris : 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih Bahan tabur : 1/2 cawan kismis 50gm kacang gajus 3/4 cawan daun ketumbar hiris 1/2 cawan bawang goreng Secubit koma-koma + 1/3 cawan susu sejat yang dipanaskan 2 helas daun pandan LANGKAH PERTAMA: panaskan minyak sapi dalam kuali hingga cair. Masukkan bahan2 yang dihiris, bahan2 tumis dan sehelai daun pandan. Bila harum LANGKAH KEDUA: Didihkan air (aku ikut sukatan beras), masukkan daun pandan. Bila air mendidih, masukkan beras tadi dan masak 5 minit hingga beras menjadi butiran yang lembut dan tidak keras. Angkat dan toskan. LANGKAH KETIGA: Sediakan periuk letrik, dan juga bahan2 tabur. Masukkan 1/3 nasi, ratakan. Masukkan 1/2 bahagian lauk ayam, tabur gajus, bawang goreng, daun ketumbar, kismis, sehelai daun pandan, dan sudukan bancuhan susu dan koma2 (bancuhan susu dan koma2 ni aku tak letak sbb takde koma2). Pastu tambah 1/3 nasi lagi dan repeat the process sampai nasi habis. LANGKAH KEEMPAT : Untuk lapisan terakhir, tabur bahan2 lebihan dan tanak nasi sekurang2nya 30 minit menggunakan rice cooker. Gemburkan nasi dan boleh serve. Tabur bawang goreng dan daun sup/ketumbar. Note : dah lama aku save resepi ni. tapi tadi aku carik kat blog CMG dah tak jumpa. ke aku yang tak reti carik?? ni 3rd time aku buat nasi beriani ni. Sedap. resepi CMG memang tak penah menghampakan...terima kasih banyak2 CMG - semoga Allah panjangkan umur CMG sekeluarga, dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa.. |
Dalca Resepi Dalca ni daripada DianaA. Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )
Cara-cara
|
Futnot : cuba lah..cubalah...
5 ulasan:
tak kuasa.i masak makanan yang digemari oleh diri sendiri je,hehehe
woww betul2 membuatkan adda punya anak tekak tergoda..
@Alfi Kasran
~ ceh ceh ceh...ai tau dalam diam u save resepi ni kan...sila ngaku hahahaha...
@ adda syuhada
~ try la adda, senang je nak buat..nampak je rumit, tapi senang je nk buat esp dalca resepi dianaa tu. :)
Wowwww.. nasi beriyani.. pandaiinye.. I x reti nk wat pun.. huhu
Mimi,
print resepi size font 20ptk pastu tampal kat dinding dapur..follow step by steps, insya Allah menjadik... cer try..hehehe
Catat Ulasan