28 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Lunch Box Delivery & Lunch 28 March '13

Salam Semua...

Hari ni menu aku super 'ohsem'.

Nasi impit goreng cilipadi dan Rendang Ayam...
Nasi Impit Goreng Cilipadi

Dalam kebanyakkan blog masak2, selalu je nampak orang update menu ni. memula dengar, rasa mcm, biar betul depa ni...best ke nasi impit goreng. nak membuktikan orang yang penah buat kata nasi impit goreng ni ohsem gila...so..ari ni aku terai...perh...orang kata tak kenal maka tak cinta, tak masak maka ko tak rasa..hahaha...so aku dah terai...memang sedap.  Nasi impit goreng ni aku match kan dengan ayam rendang. menu ni akan masuk dalam menu hari raya aku tahun ni...

mari kita check menu :
Nasi Impit  Goreng
Sumber : Myresepi.com
Penyumbang:
newbi123

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 1 paket nasi impit dipotong dadu
  • 5 biji cili padi
  • segenggam ikan bilis
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 camca puri tomato - aku letak sos tomato Jenama Putri je.
  • 2 camca sos tiram
  • 1 camca kicap manis
  • sedikit minyak zaitun untuk menumis - minyak zaitun mahal, aku guna minyak seri aji je.

Cara-cara

  1. Blend cili padi, ikan bilis, dan bawang merah.
  2. Panaskan minyak. Tumiskan cili kisar sehingga naik minyak. Masukkan puri tomato, sos tiram, dan kicap manis. Masakkan lebih kurang 5 minit.
  3. Masukkan nasi impit dan gaul rata. Saya tak masukkan sayur sebab takde sayur kat peti sejuk. Cuma letak sedikit sliced green olives.


Rendang Ayam

Rendang ayam ni rasanya super gojes gitu. Resepi taken dari  Myresepi.com gak. penyumbang resepi mabeles ni sapa lagi kalau bukan CMG..thanks cik mat...your resepi selalu menjadi...alhamdulillah...kalau tengok kat myresepi tu, rendang cmg nampak kering sket...tapi nak sesuaikan dgn orang penang kat rumah ni, aku kena buat berkuah sket...mmg sedap...tak rugi cuba

Rendang Ayam
Sumber : Myresepi.com
penyumbang resepi : Cik Mat Gebu

ahan-bahan ( 7 - 8 org )

  • 1 ekor ayam kampung (anggaran 1.5 kg) ~ aku guna ayam daging a.k.a ayam  urban bandar je. tapi sebelum direndangkan, aku perap dgn kunyit dulu pastu goreng garing2. sbb nak masak rendang ni lama, kalau tak goreng garing nanti ayamnya hancur. kalau guna ayam kampung tak perlu lalui proses ni..
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 2 helai daun kunyit, dimayang halus
  • 3 ulas bawang merah kecil, dimayang*
  • 2 ulas bawang putih, dimayang*
  • 2 asam keping
  • 1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 4 kuntum bunga cengkeh*(*bahan2 tumis)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 4 camca besar kerisik
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 1 camca besar gula Melaka
  • Garam secukup rasa dan 1 cawan minyak utk menumis
  • BAHAN2 DIKISAR HALUS :-
  • 5 batang serai, dimayang
  • 8 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 biji buah keras

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan potong 24 kepingan. Cuci dgn asam dan garam, perap 10 minit. Bilas dan toskan. (Boleh juga gunakan ayam daging)
  2. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut dan ramas. Perah santan pekat dalam satu bekas, ketepikan. Kemudian masukkan 2 cawan air lagi, ramas dan perah utk santan kemancar. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bhn2 tumis dan kacau hingga wangi. Masukkan cili kisar, bahan2 dikisar halus dan juga rempah kari. Masak hingga harum dan pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit garam dan diikuti ayam. Gaul ayam hingga sebati dgn rempah dan masak hingga ayam agak kecut (10 minit). Masukkan santan cair dan biarkan masak atas api perlahan hingga daging ayam 1/2 masak.
  5. Kemudian masukkan santan pekat,kerisik dan asam keping, masak hingga ayam empuk dan kuah pekat. Baru dimasukkan gula melaka dan daun kunyit yg telah dimayang tadi. Gaul rata dan masak hingga rendang agak kering. Rasa garamnya. Angkat dan boleh dihidangkan.
  6. Rendang ini boleh juga dimasak dalam periuk tekanan (bagi sesapa yg ada), bergantung pada jenis periuk tekanan masing2. Dan kemudian keringkan di dalam kuali.


futnot : burp....alhamdulillah! raya nanti nak threesome kan dia dgn masak lodeh pulak...baru geng!! hahaha...



2 ulasan:

Zach's Momma berkata...

nasi impit goreng tu bukan menu org johor ke? first time makan kat rumah mentua dulu mmg sceptical habis.. ish ada ke nasik impit goreng? hahahha..

~CN2S~ berkata...

Zach's Momma - tak pasti pulak. dah lama gak tgk few blogs update pasal nasi impit goreng ni - dulu pun kita skeptical jugak...tapi bila dah cuba...owhhhhhhh sangat awesome hahaha...yang ni you blh try... :)

CN2S SHOPPE