10 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Eusoff Zaheen 2Y7M

salam. sebelum nak citer, nak tanya dulu, santek tak blog aku? hahahah...tuan punya blog feeling2 remaja gitu...hahaha..

kali nak citer pasal true colors la pulak. selalu citer pasal development je, kali ni pun nak citer pasal development la jugak...tapi development yang aku kurang nak welcome...

a. Ari tu aku beli 100 plus siap sorok bawah bantal. hahaha bunyi macam simpan duit berkepuk2 bawah tilam kan..tapi aku letak 100 plus la. tujuan, aku takmo le nanti Eusoff Zaheen nampak. nanti dia pow aku punya 100 plus. lepas sorok, aku pun senang lenang mentenet. sekali, baru aku perasan Eusoff Zaheen takde kat sebelah aku. Intan payung ni kalau dia dok senyap je aku paling seriau sbb mesti ada je benda sakit mata memandang dia buat. Aku jenguk dalam bilik, fair enough..dia tengah tuang 100 plus aku atas katil. Bak kat pepatah, orang tamak selalu rugi. padan muka aku!

b.2 hari selepas hari kejadian katil aku bermandikan air 100plus...Intan Payung pi mandikan handphone aku dalam baldi yang penuh air. Sampai saat ini, henpon aku tu tak boleh on. owh, anakku!!

c. Dalam kereta, aku lebih rela dia dok sebelah aku daripada dia dok belakang. Pernah sekali aku nak pi jemput T-Rex balik keja, aku dok dengar Intan Payung dok gelak2 sakan kat belakang..aku pun cuak gak, apa dia buat. sekali aku jengah belakang, dia tengah berdiri, separuh badan keluar kat tingkap sambil dok lambai2 kereta belah kiri...patut la orang belakang dok main lampu kat aku...

d. Ni kisah masa pi KL ari tu. lepas exit Duke, masih adegan yang sama kat (c). tapi kali ni tak keluarkan badan, tapi dia pi buang lak sebelah selipar dia. Tak ke hangin...aku beli selipar Upin dan Ipin tu sampai berebut2 dgn orang tau...sekali sedap je dia pi buang. Nak berenti amik tak dan ler sbb masa tu peak hour. motor banyak..keta belambak..hahaha..tapi Alhamdulillah, 2 days after aku jumpa balik selipar tu kat tempat yang sama. tak berusik pun. sib baik...

e. Sejak Intan Payung besar panjang ni, jarang sangat2 belikan dia toys baru. dia ni suka kasik pelingkup harta benda. belikan ultromen, sat saja dah terbelah dua. Belikan kapal terbang, 2 jam je cukup sifat. pastu, sayap dan ekor kapal terbang entah ke mana.

Bila jadi surirumah full time nih, baru terasa yang betapa penatnyalah mengendalikan anak dan rumahtangga. Rasanya bekerja 8 jam kat opis pun tak sepenat nih. Tapi aku baru anak sorang. rumah pun sekangkang kera, dah rasa nak tercabut sendi. Arwah mak dulu bela kami 8 orang - stedi je....(kadang2 mak bebel2 jugak...biasa la tu stress..tapi dulu tak jumpa perkataan stress)

Rasanya, aku ingat dah sampai masa lah aku nak sekolahkan zaheen. Bak kata kawan T-Rex budak kecik pi taska/kinder, mentaliti depa berbeza dgn dok rumah...maybe lah..it's a time...kalau tak aku yang meroyan sorang2 kat rumah nih dok ngadap kelasakkan anak bujang nih....

Korang, super mom - cemana korang handle anak yang lasak cam anak aku nih? Mari share...

4 ulasan:

A berkata...

kalau ucu jaga dia mesti kurus.confirm.haha

Unknown berkata...

Alfi Kasran ~ confirm ko naik triple. asyik kejar dia je...tenaga hilang dowh...pastu nak cover tenaga yang hilang tu - sepinggan penuh kabohidrat la jawabnya..hahhahaha

Mr & Mrs Sallehudin berkata...

hehe.. klakor yg dia buang kasut tu.. aishh..
maybe sekolahkan dia start umo dh 3 tahun... 2 thn tu mcm kecik sgt lg kot.. hmm ntah laa.. my opinion aje.. :)

Unknown berkata...

Mimi,

pasal kasut tu memang buat darah i menyirap tul. tapi insya Allah, by next year i nak sekolahkan dia. half day pun jadi la. insya Allah next year intan payung nak dapat adik. kalau dia bersekolah, stress free la sket...hahaha

CN2S SHOPPE