22 Ogos 2013

Aku Dia & Cinta : Eusoff Zaheen turn 3

salam.

lama tak buat personal entry pasal sibujang zaheen.
5 august ari tu, umur zaheen dah genap 3 tahun.
macam tahun sudah-sudah,  birthday zaheen mesti jatuh pada bulan puasa..
tahun ni gitu juga...tapi masa birthday zaheen tahun ni, kami dua beranak berada di KL.
so sempat la beli gift zaheen kat KLCC.
kali ni, dia pilih sendiri birthday gift dia...
ingat kan dia nak pilih something maskulin, tapi knowing zaheen..
ye la...teddy bear jugak yang menjadik pojaan ati dia..
takpe la nak, as long as ko tak hentak kaki nak beli anak patung barbie sudah (hahah sedapkan hati sendiri nih...)
* nanti2 aku update gambar teddy bear zaheen.

sejak membesar ni, mulut pun makin besar gak.
pot pet pot pet..pening aku.
kalau aku suruh kemas barang2 permainan dia, dia boleh pulak tabik aku cakap, 'BAIK TUAN'...grrr..
selera makan alhamdulillah...suap apa pun dia makan..
fav dia pe ef c (KFC) atau pekdonels (MCD) tapi tak selalulah kan...
aku treat dia nugget KFC kalau dia behave kat rumah..
tapi selalunya...tak berapa nak behave lah...
nama pun budak, mana boleh expect dia behave like a 30 y.o man kan..eleh 30 y.o man pun ada ka yang behave? hahaha...melalut lak. fav food dia : ikan goreng, sup ikan, sayur masak lemak, ikan masak lemak, serabai, seri muka,(aih macam orang2 tua)

dah pandai melawa skg ni...
sat aku update kasut raya zaheen..pening kepala aku...
part gatal pun boleh tahan gak, kalau nampak pompuan cantik (even pompuan tu sama baya dgn aku pun) dia dah start terkemut2, tersipu2...gatai!!
lagi satu sejak umur dia menginjak 2 tahun dulu, aku dah stop sapu lotion kat badan zaheen. tapi sejak b'day dia ari tu, dia demand lepas mandi mesti letak lotion kat badan dia. Sejak besar ni, selalu nak wangi2 saja.

pandai menyanyi...
tapi lagu dan irama ikut suka mulut dia lah...
ari tu balik kampung ke segamat, sepanjang perjalanan dok nyanyi lagu balik kampung
(lagu arwahyarham sudirman) - tapi yg buat kami laki bini gelak pecah perut bila dalam lagu tu ada perkataan .."tak tak dapat, tak dapat..tak dapat" - apa yang tak dapat, kami pun tak tau ler..hahaha..

lagi satu lagu "sayang" by shae - tiba kat zaheen dah tukar jadi "SAYANG MAMU"
rosak lagu, anak oiii..

paling best, zaheen lebih rapat dgn aku skg ni..kadang2 rimas, kadang2 syok...sbb zaheen suka bercerita (walaupun cerita hari ni boleh pulak dia relate dgn cerita 2-3 minggu lepas) hahaha...

lagi? nanti2 la aku ingat, aku update lagi...

selamat malam...


futnot: jemput singgah ke blog Gift N Favor -a ada barang baru kat sana...

2 ulasan:

Zach's Momma berkata...

Happy belated birthday zaheen! Bertmbah bijak hero sorang nih :)

Ibu Najla berkata...

Happy belated birthday abg zaheen. Kak lis...rasanye sume kanak2 mmg suke lagu sayang by shae tu la... Rentak dia catchy (btl ke eja ni) kot. Najla pn sama... Tp klau najla tajuk lagu tu adalah lagu 'apa kamu'...

CN2S SHOPPE