15 November 2015

AKU DIA & CINTA ; TIPS MERANCANG MAJLIS HARI JADI ANAK-ANAK #2

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.

selepas beberapa kali organize majlis hari jadi beberapa client GIFT N FAVOR, saya ada beberapa tips lagi nak tambah dari TIPS MERANCANG MAJLIS HARI JADI ANAKANAK #1

BUDGET
ini faktor utama. paling kurang, 6 bulan sebelum merancang majlis hari jadi anak-anak, korang dah set aside berapa budget nak lebur untuk majlis ni. sebab budget ni lah yang akan menentukan ;
a. jumlah tetamu
b. jenis dan jumlah makanan
c. tema
d. birthday decor
e. dan lagi besar budget bolehlah bercerita tentang clown, dan hiburan lain untuk anak-anak.

Dalam beberapa majlis yang saya pernah kendalikan sebelum ini, most parents fail to realize tentang budget SEBAB bila pikir birthday party anak-anak parents pikir MURAH dan MUDAH je. ingat ye, sekecik-kecik benda pun ada kosnya.

Pernah kami diminta untuk buat majlis hari jadi unuk birthday boy umur 3 tahun. konsep - lunch;  garden party. tetamu jemputan 100 orang. budget WITHIN RM1000. nak buat di taman. macammana cara pun nak juga majlis dijalankan. macam mana cara pun, depa nak juga nasi tomato.
taman-taman rekreasi kena sewa ya tuan-tuan dan puan-puan.
ada taman rekreasi yang tak membenarkan caterer luar, kena ambik katering dengan depa.
buat majlis di taman, perlu kanopi dan kerusi meja. sewa. kos lagi tu.
majlis dikawasan yang besar, dekorasinya pun lebih.
matematik paling mudah pun, sewa taman, dekorasi, kanopi kerusi meja dah berapa kosnya? Orang putih kata, "you give peanut, you get monkey".

kebiasaannya, budget untuk menyelenggara majlis hari jadi kanak-kanak bermula rm1K - rm4999.

TETAMU
ini ke-dua yang terpenting.
kalau budget kecik, limitkan jumlah tetamu.
kalau budget tak besar, buat tea time buffet.

contoh matematik untuk kos tea time buffet
tea time package untuk 30 pax;
1.bihun singapore 
2. satay dan kuah kacang
3. nasi impit
4. Muffin
5. putu bamboo/buluh / atau apam dotties
6. Apam dotties
7. nugget
8. ayam goreng
9. Sandwich
10. karipap
11. party pack
12. birthday backdrop + welcoming board
= rm1K
(pakej termasuk paper cup dan paper plate)

CLOWN
bukan semua budak-budak suka clown. ada yang takut clown. jadi tuan rumah kena notify pada kad jemputan, yang majlis ni ada clown. rata-rata pakej clown ada yang bermula untuk sejam; ada yang selama 3 jam. ikut pada kesesuaian majlis dan juga ehem ....BUDGET juga.

apa fungsi clown semasa majlis hari jadi?
fungsi utama - MENGHIBURKAN KANAK-KANAK. udah namanya parti hari jadi. apa yang kanak-kanak nak enjoy selain makanan? nak bergossip depa tak gheti, so clown ni lah yang jadi hiburannya. apa ada dalam pakej clown
GIFT N' FAVOR :

a. balloonist clown - unlimited balloon.
b. cake cutting host - clown kami yang comey akan jadi host untuk birthday boy/girl potong cake.
c. games - ada hadiah tau...
d. magic show - yang ni awesome!

berapa kos clown?
RM650
- 3 jam clown
- cake cutting host
- games
- balloonist (unlimited balloon)
- Magic show

soalan yang biasa ditanya:
saya budget RM1k je untuk majlis hari jadi anak saya. apa yang puan boleh sediakan untuk RM1K
Saya boleh sediakan clown + party pack + backdrop + Sandwich + karipap + Muffin ATAU clown + Party Pack + Backdrop + Satay + kuah kacang + Nasi impit

SAND N ART
yang ni additional aktiviti untuk kanak-kanak. kos pun tak besar mana. Pakej Sand N' Art ialah :
30 sheet beserta host, 2 set sand art rack, 12 colors with plastic bowl, sand art plastic cover plus hosts and 3 hours maximum.

mari saya buat contoh matematik mudah untuk dapat semua pakej pada harga budget sederhana
Backdrop happy birthday (readymade)
3 jam clown
3 jam sand n art
15 Party pack
= serendah RM1K

Kesimpulannya, BUDGET tu penting. Lagi satu, pilihlah aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak. dah nama pun parti hari jadi anak-anak, so prop utamanya ialah BUDAK-BUDAK. tak salah rasanya sesekali kita treat birthday party yang super awesome pada harga yang paling mampu milik.
Bila bertanya tentang sebut harga, jangan segan nak terus terang budget yang diperuntukkan. Jangan malu nak cakap apa yang puan/tuan perlukan dalam majlis tu. nak makanan macam mana? nak hiburan untuk anak-anak tak? nak tema apa?

Kami selalu cuba yang terbaik untuk memastikan parti hari jadi anak tuan/puan meriah walaupun budget sederhana.

Ok, jumpa lagi di lain waktu...










CN2S SHOPPE