31 Disember 2015

AKU DIA & CINTA : Pencarian sekolah untuk Eusoff Zaheen

Assalamulaikum...


Pejam celik pejam celik…sekejap je zaheen dah lima tahun. Tahun depan dah 6 tahun. Tahun lagi satu, dah masuk darjah satu. Kalaulah ada tongkat sakti nak aje aku reset umur zaheen ke lima bulan…syok..bila geram2 boleh gomol2 dia. Dah besar la ni, takde makna nak gomol2 dia, malu katanya. Hoh…!

Bila zaheen dah 5 tahun, mulalah aku gugel sana sini nak cari tadika bagus dalam kadar mampu milik gitu.  Masa umur Zaheen 4 tahun, aku hantar Zaheen ke English Islamic Montessori di Penang. Bagus tadika ni sbb semua pun ada di situ. Ada pembelajaran Bahasa melayu, Bahasa English, Pendidikan Islam, iqra Cuma mengaji je takde. So bila T-rex berpindah ke KL, maka zaheen pun terpaksalah ikut pindah sama. Dan bermulalah sesi mencari sekolah tadika zaheen di Kuala Lumpur ni.

Sebelum aku gugel around, aku list kan dulu apa yang aku nak. Sebab kat KL ni ada pelbagai jenis sekolah tadika. Yang mahal. Yang murah. Yang local, yang Islamik, yang ala ala urban  semua ada…pokoknya..kena ada fulus je. Ada duit semula boleh jadi. Tapi ingat ya, duit tak boleh beli kemahuan kita. Duit tak boleh

Disebab aku amat berpuas hati dengan pembelajaran Zaheen masa di penang dulu, maka aku kalau boleh nak tadika yang sedikit lebih kurang macam Zaheen pernah dapat dulu.

Setakat ni, ini yang aku nak :

a.       Aku nak sekolah tadika yang tak ramai student dalam satu kelas.

b.      Aku nak, guru tadika yang bagi full attention pada anak aku.

c.       Aku taknak guru tadika yang aim for RESULT, TOO AMBITIOUS…sbb aku punya aim untuk budak lima tahun – kecik je. Aim aku by the time zaheen masuk sekolah, zaheen tak ada masalah untuk membaca dan mengira.

d.      Aku nak anak aku boleh membaca sebab dia kenal huruf dan bunyi bukan sebab dia menghafal
 
e.      Aku nak guru tadika mengajar anak aku based on anak aku punya ability tapi pada masa yang sama bagi ruang untuk anak aku meneroka apa yang dipelajari dan berani untuk menyuarakan pendapat.

f.        Last but not least, aku nak anak aku happy belajar. Happy bangun pagi nak pegi sekolah.

Next Entry, aku akan share tentang Zaheen new school…!

By for now….






Tiada ulasan:

CN2S SHOPPE