11 Januari 2016

AKU DIA & CINTA : JANUARI 2016


1 January 2016

Pengusaha Tadika ala Home School memanggil kami ke centre beliau. Pengusaha tadika ini merupakan sepupu kepada suami. Beliau mengatakan banyak cerita-cerita kurang sedap didengar  daripada keluarga sebelah suami berikutan perpindahan kerja suami aku dari Penang ke KL. So untuk tidak memihak ke mana-mana pihak, pengusaha tadika ala home school buat keputusan muktamad untuk tidak mengambil anak aku belajar di tadika mereka. 1 Januari tu hari jumaat ye..yang mana sekolah bermula pada hari isnin 4 januari. Walaupun air muka aku tiada sebarang riak, tapi dalam hati aku siapa yang tau. Gila, mana nak carik sekolah dah last minute macam ni. Professional la sikit bila kau berbicara tentang business. Lainlah kalau kau offer anak aku sekolah FREE.

4 Januari 2016

Aku cuti hari ni. Cuti yang aku dah apply 3 minggu awal semata-mata nak hantar anak aku ke tadika ala home school tu. Udahnya, hari cuti ni aku spend cari tadika untuk anak aku. Tadika mahal, tadika murah semua aku redah.  Rata-rata semua dah penuh. Yang anak aku dah buat muka monyok..asyik tanya kenapa dia tak sekolah hari tu. Jenuh la aku dok cover story cakap tadika home school tak penuh student lagi, so depa tak boleh bukak sekolah tu. Dari pagi santak ke petang, tak dapat satu tadika pun untuk anak aku.   Esok aku perlu dah nak masuk kerja. Nasib baik suami punya start keja 11 Jan. So aku suruh dia carik juga tadika untuk anak aku sebelum dia mula kerja. (dah la kawan tu tak reti jalan KL, hang redah je la..janji kita boleh hantar anak pi tadika sebelum hang start keja)

5 Januari 2016

Lewat petang suami aku mengkhabarkan satu berita baik. Suami Berjaya dapatkan satu tadika untuk zaheen dengan hasil rayuan. YES, KENA MERAYU ok…sbb tadika tu is a JV dengan satu koperasi badan beruniform. Depa cuma amik anak-anak kakitangan badan beruniform je. Suami aku kan hebat dalam merayu2 ni…Alhamdulillah, depa bagi peluang pada Zaheen untuk belajar kat situ. Tapi, aku kena ambik cuti pulak untuk daftarkan anak aku ke sekolah pada 6 januari. Pening aku nak cakap apa kat boss. 4 Jan – alasan cuti bg nak daftar anak sekolah. 6 Jan – alasan yang sama. Dah la masih dalam probation period lagi ni. Ahhh….lantak…lewat petang, aku beranikan diri call boss dan terus terang je la.

6 januari 2016.

Yay…Alhamdulillah…ada rasa terharu sikit bila anak menyarung baju sekolah.

Yay..Alhamdulillah…terima kasih dan syukur sangat2, dalam keadaan (finance meruncing), hati gundah gulana (keluarga belah suami memaki dan menghina bertalu2) masih ada yang sudi bagi ruang pada anak kami menimba ilmu.

Yay..Alhamdulillah…syukur pencarian sekolah dipermudahkan walaupun Zaheen masuk sekolah lewat 2 hari. Settle sekolah zaheen, sekarang perlu cari transit untuk zaheen lepas sekolah pulak. Masa deal dengan pengusaha tadika ala home school dulu, belajar dan transit kat tempat yang sama. Since sekolah zaheen habis pukul 12 tengahari, jadi kena usaha lagi untuk cari tempat zaheen berteduh sementara aku dan suami bekerja.

 7 januari 2016.

Satu benda yang suami aku ada dan aku tak ada, ialah PR SKILLS. Suami aku ni campak la kat mana pun, senang je dapat kawan. Hasil menyembang2 melepak2 dengan jiran yang jual burger depan rumah, tup tup terus dapat orang nak jaga zaheen. Eh, senangnya perjalanan hidup kami. Semalam kami diuji dengan hinaan, cacian, makian tapi dalam minggu yang sama, kami dianugerahkan dengan perjalanan yang senang je. Smooth je. Alhamdulillah…

 
Buat pengusaha tadika ala home school tu – semoga business ko melingkup. Suka2 hati ko je. Nak meniaga kenalah PROFESSIONAL sket.

Buat keluarga sebelah suami, semoga Allah jadikan kau bisu. Disebabkan mulut kau macam pu*ka tu hidup kami kat KL ni jadi SO MISERABLE. Bukan takat kami ni je yang kau maki/hina sesuka hati, mak bapak hang, mertua hang, sedara-mara hang pun hang maki juga. Sebab tu aku minta kalau Allah berikan keadilan pada kami, bagilah kau tu BISU seumur hidup.

Mula2 aku sedih bila 2016 bermula dengan pelbagai masalah yang timbul dari pelbagai sudut. Tapi aku syukur sangat2 bila hari demi hari aku meneroka 2016, segala kesulitan Allah permudahkan.

Alhamdulillah…






Tiada ulasan:

CN2S SHOPPE