14 Januari 2016

AKU DIA & CINTA: Banyak Cakap

Dalam beberapa hari ni :

Zaheen nak bangun pagi liat semacam. dah sampai rumah pengasuh mesti ada drama air mata. bila aku Tanya, dia kata dia tak syok sekolah tu sebab kawan-kawan tak ada.
Bila aku Tanya, katanya dia nak kawan-kawan macam kat penang.
 
=+=
 
Aduhai..anak aku ni tak boleh adapt lagi ke persekitaran dia. Dah dekat 3 bulan kot dia dok KL nih.
Hari tu Zaheen lukis gambar aku semasa di sekolah then tayang kat kawan2 dia. Alahai sedia maklum budak kecik punya lukisan..bukan jelas mana..paling hebat dia pernah tunjuk kat aku gambar orang lidi ada bunga atas kepala. Bila dia tunjuk kat kawan-kawan dia, kawan-kawan pun mengata la yang mama dia muka buruk. Dia menangis hiba sangat sambil mengadu pada aku. Aku pujuk (walau dalam hati panas semacam) kawan-kawan ain kan tak pernah tengok mama. lain kali ain cakaplah, ain tak pandai lukis, tapi muka mama ain lebih cantik dari gambar yang ain lukis ni.
note : ari tu masa gaduh2 adik ipar aku pun dok hina muka aku buruk. buruk sangat ke rupa aku ni?
aih, biar muka buruk asalkan perangai semenggah! (ayat sedapkan ati sendiri)
 
=+=
aku dan suami memang bawak bekal ke pejabat. Suami bekerja berdekatan KLCC, sedia maklumlah kan kos makanan kat area situ. Kat tempat kerja aku, harga makanan boleh lagi lah..tapi sebab aku nak menggalakkan somi aku bawak bekal, maka aku pun kena membekal juga ke opis. Si zaheen tengok kami dok bawak bekal, dia pun sibuk nak bawa bekal juga...
zaheen : kenapa mama tak bagi ain bekal? ain nak juga
mama : kat sekolah ain kan ada makan, makanlah kat sekolah.
zaheen : cikgu tu masak sayur. ain tak mau sayur...
mama : takpe nanti mama cakap kat teacher ain, ain tak mau sayur kan (hahaha janji kosong je tu. please la anak, belajar makan sayur. sayur tu SODAP)
 
 
 
 






Tiada ulasan:

CN2S SHOPPE