15 Januari 2016

AKU DIA & CINTA : TERJAH...

Hari ni sebenarnya terbangun lambat sket. Pukul 5:30am baru terjaga haruslah kelam kabut. Mana nak kejut anak. mana nak kejut laki. Dua-dua beranak ni sama je, kalau aku takat kejut panggil2 nama, dia bangun sat pastu tidur balik. nak kejut depa berdua ni kena kejut bertalu-talu kalu boleh goncang katil, kasik goncang juga. pastu bila depa dah duduk, jangan gerak dulu. pastikan depa bangun dan capai tuala pi bilik air. kalau tak, ada harapan depa sambung tidur.

Ok..so dah lambat kan..nak dating opis on time memang tak dan. so aku amik kesempatan ni nak pi skool   zaheen nak Tanya perkembangan dia. Si zaheen ni asal aku tanya kat sekolah belajar apa ari ni. Memanjang la jawapannya ABC....123. Bayangkan dari bersekolah kat penang dulu, dia dok bagi aku jawapan yang sama. So aku rumuskan anak aku ni samada dia tanak share atau dia pun jenis macam aku, lupa! parah kalu lagu tu....

Ni antara perbualan aku dengan cikgu tadika eusoff zaheen :
macam mana anak saya belajar setakat ni cikgu? ok tak?
(gila punya parents, anak ko baru masuk sekolah seminggu kot..)
Cikgu : Eusoff ok. sbb dia dah pernah sekolah dulu. dia tak ada masalah kenal huruf. kenal nombor. tak ada masalah nak pegang pensel. (cikgu pun tunjuk hasil kerja dia..- ok not bad lah...)

zaheen ni anak tunggal kami. macam mana pergaulan dia dgn kawan2? ok tak?
cikgu : dia pandai berkawan tapi tak pandai berkongsi. Tapi libatkan dia dengan banyak aktiviti yang mana dia perlu berkongsi. contohnya berkongsi permainan, stationary (kat sekolah ni mak bapak tak perlu beli stationary; sumer sekolah sediakan. sbb tu depa kena berkongsi). Lama-lama dia ok. contohnya, hari tu dia bawak kek pergi sekolah dan mintak saya potongkan untuk share dengan kawan-kawan. . Mungkin ini cuma sindrom anak tunggal. Alhamdulillah..setakat ni ok lah.
(masa beli kek tu, aku beli dua kek. satu aku bagi pada pengasuh si zaheen. yang lagi satu ingat nak buat minum petang2 kat rumah. tapi si zaheen ni beria2 cakap jangan potong sbb nak bawak ke sekolah katanya. aku ingat ada event apa lah..aku pun ikutkan je la. rupanya dia nak bagi kawan2 makan. takpe lah nak, ada rezeki sikit kita kongsi sama-sama)

anak kami ni tak suka bercerita dengan kami apa yang dibelajar disekolah. setakat ni, apa yang zaheen dah belajar?
(pretty annoying lak aku rasa soklan aku nih. baru seminggu kot anak aku sekolah)
cikgu : dalam masa 3 bulan ni saya tak mengajar membaca lagi. cuma lebih kepada pengenalan huruf, nombor, pembentukan social, komunikasi, keyakinan diri (menerusi mari bercerita).
kami : ooo...patutla dia tak bercerita sangat...
cikgu : tapi eusoff zaheen ni dia pemalu sket. kalau suruh ke depan, dia mengelak...
kami : oooo....PEMALU ye...(banyak pulak pemalu ko kat sekolah)

so aku rumuskan perangai tak mo pi sekolah pagi-pagi, buat liat nak mandi tu cuma ragam arumugam budak2 je. aku akui yang zaheen ni manja lebih...tapi aku dah plan beberapa aktiviti untuk dia tak berapa attach dgn kami ni....

Bila ekonomi dah ok, aku plan nak hantar Zaheen ke KUMON in march.

Selamat hari jumaat semua. Hari nak makan mana?




Tiada ulasan:

CN2S SHOPPE