15 Januari 2016

AKU DIA & CINTA : Dulu & Sekarang


Kasut dan baju ni memang la kegemaran aku. Teringat dulu masa zaman bujang, masa badan hot dan slender gituh
Google image
 
(takde la hot mana Cuma bila kurus perasan perasaan HOT tu tinggi menggunung. Dulu berat ai 45kg je…sekarang 60kg lebih..amik ko)
 
Aku ingat lagi masa taim muda-muda dulu cukup suka pakai baju dan kasut sama kaler gituh. Kalau baju merah, kasut merah. Baju hijau, kasut pun hijau. Baju-baju ke pejabat dulu, tak beli kat kedai. Sebab 20 tahun lampau, aku ni kategori XS yang susah nak dapat size. Kalau ada pun size kat kedai yang branded2 saja..masa tu gaji kecit mana la ai mampu nak pakai branded2 (tapi skg pun tak mampu juga hehehe). Tapi sebab kegilaan berfesyen yang sederhana melampau, aku beli je kain plain dan hantar ke tukang jahit. Fesyen aku amik kat amazon.com. Antara fesyen2 yang aku suka skirt panjang (belah belakang pun panjang – dulu tak bertudung) dan blouse. Harga tempahan waktu tu cuma dalam RM40-RM55 sepasang. 
google image


Kasut-kasut pulak, kalau tak vincci, nose, alfio raldo je. Sebab murah dan cantik. Kalau vincci tu fesyennya macam-macam. Kasut vincci dan nose walaupun cantik-cantik tapi tak tahan lasak. Bagus lagi kasut alfio raldo. Sungguh pun kasut katalog, tapi kualitinya lagi bagus.
google image


Bila dah beranak satu, badan dari HOT jadi HARD sampai bila tengok cermin, diri sendiri pun jadi HATE, aku lebih selesa berkasut jenis ‘comfort’ je. Jenama pilihan Crocs atau Bata. Tapi selalunya beli bata je sbb lebih murah.
google image
 
La ni, bila bekerja di pejabat korporat semula, aku mula terkial2 bab berfesyen. Rasa kekok nak berkasut tumit tinggi. Rasa kekok nak tatarias wajah. Tapi bila kena hina kaw kaw dek adik ipar ari tu, jadi pemangkin lak kat aku nak bergaya sket…ada hikmahnya ko hina aku, jadiklah rupa aku elok sket..


Cuma gaya kali ni, tak macam gaya masa bujang. Kali ni nak bergaya kena budget ketat-ketat…

Aku masih guna mekap avon. Foundation je mahal sket guna marry kay. Skin care guna safi je. Seminggu dua kali guna masker mustika ratu. Baju, setakat ni takde membeli belah baju lagi sbb aku banyak guna pakai baju arwah kakak yang kebetulan sama size dengan aku. Cuma kalau nak membeli baju lagi, mungkin nak beli baju yang iron free (baju arwah kakak sumer baju kurung. Boleh kejang otot nak iron baju. Dulu- seminggu 5 pasang baju nak iron. Skg 10 pasang baju nak kena iron (campur dengan baju suami) tu masuk baju anak lagi. Boleh paralyze tau..




Tiada ulasan:

CN2S SHOPPE