Memaparkan catatan dengan label Jaundice. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jaundice. Papar semua catatan

13 Ogos 2010

Aku Dia & Cinta : Jaundice terus naik....

Hari ni aku tak tunggu lagi misi gomen datang rumah..
seawal kul 10.30am aku dan FIL dah menuju ke Klinik Kerajaan Air Itam..
terus je menuju ke Lab untuk check darah Zaheen...
jaundice reading as for today 204 pulak...
air mata mak mula bertakung...
Lab refer mak dan zaheen kat doctor..
oh ya, sebelum ke klinik, aku bagi zaheen 10ml air sengkuang cina..
kawan suami cakap, air sengkuang cina boleh kurangkan kuning..
kami ikut mana yang baik...
Doctor check zaheen lagi.
Doktor muda yang comel molek cakap jaundice ni tak ada ubatnya..
cuma kena kerap bagi zaheen susu ibu/susu fm/minum air/ dan kejut zaheen tidur...
Doktor perempuan comel tu check pulak tapak kaki zaheen.
dia kata tapak kaki zaheen merah sangat...
takut ada apa2 since zaheen born prematured..
Doktor perempuan comel tu bagi referral letter ke pakar GH.
jumpa otopedik..
pegilah bila2 setiap isnin dan khamis...
cuma 2 hari ni saja ada otopedik..
Terima kasih doktor perempuan yang baik hati!
Sebelum balik klinik, sempat lagi Zaheen menyusu...
macam biasa, zaheen suka menyusu lama2. .. tapi mak dia tak mo tunggu lama2 pulak...
maka sambung bf dalam kereta...
sampai rumah, zaheen menyusu...
mak dia selamba je la turun kereta, bf zaheen sambil berjalan menuju ke rumah!
sampai rumah baby zaheen sambung breastfeed.
naik kepam tet*t mak dia..
dari kiri tukar ke kanan
dari kanan tukar ke kiri..
sampai zaheen menangis...
tak cukup agaknya susu mak untuk zaheen..
mak top up pulak 1oz susu Anmum untuk zaheen..
baru zaheen puas..
zaheen berjaga dari balik klinik kul 11am++ till 2pm..
...
kemudian bagi zaheen 20ml susu kambing..
zaheen habiskan 20ml tu dalam setengah jam la jugak...
tak sedap agaknya..
tapi alhamdulillah..licin zaheen minum...
aku biar zaheen tidur dari kul 2.30pm - 4pm..
4.30pm aku kejutkan zaheen minum air masak..
zaheen minum 2oz..
zaheen sambung tidur..
MIL kata biarkan...sbb pagi zaheen dah berjaga lama..
ok la..biarkan..
ni tengah tunggu zaheen bangun untuk menyusu..
futnot : aku confius. nak fully breastfeed, zaheen macam tak cukup. Nak bagi FM, nanti zaheen asyik terlena je... macam mana?

12 Ogos 2010

Aku Dia & Cinta : Poor My Little Zaheen

aku ada biter tak best tentang zaheen...
zaheen aku Jaundice dari sejak lahir
sampai la ni tak turun2 lagi..
masa lahir, memang ada jaundice..
tapi jenis mild je
so doctor pun tak letak bawah photo la..
tapi masuk hari ke 3 (doctor cam tau2 je aku nak discharge hari ke 4 tu), dia kata baby zaheen aku punya jaundice reading quite high. Yakni sebanyak 280.
Terkojot beruk la aku...
maka aku dan suami tak kisah la zaheen kena stay another one nite kat spital.
aku dah boleh balik dah.
lagi setengah jam nak balik hospital tu, jaundice zaheen turun ke 121...
ealier doctor tu cakap kalau turun below 200 boleh bawak zaheen balik..
tapi doctor reluctant nak bagi dia balik sbb takut jaundice tu naik balik.
so aku redha je la...ye la kot aku bawak balik rumah karang, apa2 hal jadik..mau menyesal seumur hidup lak...
the next day after discharged Zaheen from hospital which was on 8 August, Zaheen ok je.
9 aug - nurse spital kerajaan da tang rumah - cakap zaheen aku punya jaundice macam teruk sket.. dorang advise aku kerap breastfeed baby zaheen.
10 Aug - Nurse gomen datang lagi. Depa cakap, jaundice zaheen macam makin naik. Dia suh pi klinik la tu jugak. Ok fine. aku pg. Sangat terkejut bila jaundice reading zaheen goes up to 187 dari 121 since he was discharged from spital.
11 Aug - as usual, ari ni aku bawak zaheen pi klinik check darah lagi. hari ni even worse. jaundice zaheen naik lagi. 194 pulak.
Aku really buntu.
Suami pun sama. Tapi aku tgk dia cool je sbb dia dok cakap kat aku, yang Zaheen should be fine, sbb orang lain lagi teruk. Aku tak kisah pasal orang lain (buat masa ni), but most important rite now is my Baby Zaheen. Malam2 tidur pun tak lena. Takut anything happen to zaheen walhal dia tak de masalah lain selain jaundice (aku je yang over takut)..
Aku ingatkan jaundice ni simple je. tapi bila jadik kat anak sendiri, perh...air mata keluar kalau boleh takung boleh buat toner!
Dear friends, yang selalu singgah ke blog ni..ada cadangan apa2 tak untuk kurangkan jaundice my baby zaheen?
Terima kasih. Salam Ramadhan.

CN2S SHOPPE