13 Ogos 2010

Aku Dia & Cinta : Jaundice terus naik....

Hari ni aku tak tunggu lagi misi gomen datang rumah..
seawal kul 10.30am aku dan FIL dah menuju ke Klinik Kerajaan Air Itam..
terus je menuju ke Lab untuk check darah Zaheen...
jaundice reading as for today 204 pulak...
air mata mak mula bertakung...
Lab refer mak dan zaheen kat doctor..
oh ya, sebelum ke klinik, aku bagi zaheen 10ml air sengkuang cina..
kawan suami cakap, air sengkuang cina boleh kurangkan kuning..
kami ikut mana yang baik...
Doctor check zaheen lagi.
Doktor muda yang comel molek cakap jaundice ni tak ada ubatnya..
cuma kena kerap bagi zaheen susu ibu/susu fm/minum air/ dan kejut zaheen tidur...
Doktor perempuan comel tu check pulak tapak kaki zaheen.
dia kata tapak kaki zaheen merah sangat...
takut ada apa2 since zaheen born prematured..
Doktor perempuan comel tu bagi referral letter ke pakar GH.
jumpa otopedik..
pegilah bila2 setiap isnin dan khamis...
cuma 2 hari ni saja ada otopedik..
Terima kasih doktor perempuan yang baik hati!
Sebelum balik klinik, sempat lagi Zaheen menyusu...
macam biasa, zaheen suka menyusu lama2. .. tapi mak dia tak mo tunggu lama2 pulak...
maka sambung bf dalam kereta...
sampai rumah, zaheen menyusu...
mak dia selamba je la turun kereta, bf zaheen sambil berjalan menuju ke rumah!
sampai rumah baby zaheen sambung breastfeed.
naik kepam tet*t mak dia..
dari kiri tukar ke kanan
dari kanan tukar ke kiri..
sampai zaheen menangis...
tak cukup agaknya susu mak untuk zaheen..
mak top up pulak 1oz susu Anmum untuk zaheen..
baru zaheen puas..
zaheen berjaga dari balik klinik kul 11am++ till 2pm..
...
kemudian bagi zaheen 20ml susu kambing..
zaheen habiskan 20ml tu dalam setengah jam la jugak...
tak sedap agaknya..
tapi alhamdulillah..licin zaheen minum...
aku biar zaheen tidur dari kul 2.30pm - 4pm..
4.30pm aku kejutkan zaheen minum air masak..
zaheen minum 2oz..
zaheen sambung tidur..
MIL kata biarkan...sbb pagi zaheen dah berjaga lama..
ok la..biarkan..
ni tengah tunggu zaheen bangun untuk menyusu..
futnot : aku confius. nak fully breastfeed, zaheen macam tak cukup. Nak bagi FM, nanti zaheen asyik terlena je... macam mana?

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam,

1st: jangan kata tak cukup susu. pam susu lepas baby minum. dia kadang-kadang lama hisap tu bukan dia minum, dia kemam-kemam jer. nak puas hati, pam then bagi dalam botol. nipple kompius belakang citer, janji kita puas hati nampak baby minum banyak.

2nd: jangan bagi susu formula. baby prem, tak berapa sesuai lah... susu ibu yang terbaik.

3rd: jangan bagi susu kambing, even ramai kata baik. susu kambing PANAS, baby kuning PANAS. so better bagi air sengkuang cina. lagi afdal mak dia yang sagat sambil selawat byk-byk dgn niat nak bagi anak baik. 1 sudu teh pagi ngan malam dah cukup.

4th: mak dia jaga diri... be strong... kalau lepas 2 minggu masih kuning, request kat doktor nak buat LIVER FUNCTION TEST.

zealvia berkata...

kejut ler kak lis..dulu ryn menyusu sambil pejam mata.pastikan dia isap lah...kalo bf sua kan je..kao botol tgklah mulut dia gerak2 tak.kalo ikutkan dia..tido seharian pon tak per. Sian kak lis..bertabah ye

CN2S SHOPPE