20 Mei 2012

Aku Dia & Cinta : Zaheen Keliru

sejak dua menjak ni zaheen makin suka mengajuk cakap orang..
yelah tu la antara cara dia banyakkan vocab dia..
tapi dalam banyak2 cakap tu, ada beberapa perkataan dia keliru nak guna...

Situasi 1
Zaheen : Ma...amuk git.. (Ma, nyamuk gigit)
aku : kat mana nyamuk gigit? 
(zaheen hulur lengan yang dah berbintat merah)..
zaheen : akit ma (sakit, Ma)
aku : bukan sakit la zaheen, gatal!
zaheen : atal Ma? (Gatal, Ma) sambil buat muka ikan emas...

Situasi 2
aku suka geletek2 zaheen bila balik keja..selalu geletek2 atas katil la sambil penyek2 (cium bertubi2) kat dia..
zaheen : alu ma..alu ma..(malu ma, malu ma).tak mau (sambil geleng kepala)
aku : malu kenapa? 
zaheen : tak mau (sambil ajuk aku geletek perut dia)
aku : haahahaha..tu bukan malu la zaheen! tu Geli...

Situasi lain, perkataan lain..
bila dah sampai kat mana2 destinasi yang nak dituju, bila aku off injin keta 
zaheen : dah abis....
aku : bukan dah abislah...dah sampai..

note : seronok bila zaheen dah makin pandai cakap. aku dok bayangkan lagi 3-4 tahun, zaheen ni dah boleh jadik teman menjarum berbual..heheheh

3 ulasan:

Zach's Momma berkata...

Hai Zaheen! Lama x dengar citer zaheen. Dah semakin bijak la sekarang :)

azian abdullah berkata...

tunggu la kak lis, tak lama lagi zaheen cakap "ma, awek!" hihi

~CN2S~ berkata...

zach's momma - lama tak online dear. kadang ada masa, tapi tak ada cerita. bila ada cerita, masa pulak ke laut..btw, zach apa kabar? hug & kisses for zach!

azian - gulp..takut karang ari ni dok cakap awek lain, ari esok dok citer awek lain pulak...pitam terus mama dia..

CN2S SHOPPE