23 Julai 2012

Aku Dia & Cinta : STICKY POST!~Mai Mai..beli kuih raya~

peeps, aku dah mula distribute sample for kukis raya. Tahun ni macam biasa, area distribution takat penang island dan KL je. nak jugak hantar sample sana sini tapi tu ler masalah logistic...last year tak silap ada hantar sample kukis pada kak Ina Blogger, tapi kukis tu barai..hmm...kena belajar lagi part logistic barang2 yang mudah hancur kalau nak kembangkan badan bisnes..

kukis tahun ni sama je dgn tahun2 sudah..
Biskut Nestum
Biskut nestum ni paling laris jualan tiap tahun. Biskut ni rangup dan lemak2 gitu. Ratio nestum dan tepung lebih kurang 50-50. Coated dgn susu tepung lagi pulak..bila masuk mulut..krup krap krup krap gitu..

Raisin Cookies
Biskut ni pun laris macam goreng pisang panas. rasa lemak butter dgn masam manis kismis..boleh menjejeh air liur tau. kismis tu aku takde letak kedekut2 punya. macam mana ko tgk dalam gambo, macam tu ler aku jual. 

Chocolate Chip
selalu aku jual cookies ni untuk wedding favor, tapi tahun ni aku terai jual musim raya lak...after raya, baru boleh review sambutannya..frankly, aku suka biskut ni. sebab ada almond, ada nestum, ada chocolate chip lagi..

Makmor
makmor aku ni spesel sket. last 2 years, aku jual ni dekat 100 balang kot. selalu korang makan makmor yang gebu2 bila masuk dalam mulut tu cairkan? makmor aku different sket. Makmor jenis garing. kalau makan boleh rasa krup krap krup krap gitu. inti kacang tanah roasted + mentega cair..

Almond London
First time jual biskut ni. Tak tau sambutan macam mana. Tapi ada setengah dealer dah start buat ordering. Alhamdullilah.


Tat Gulung Nenas
Biskut ni pun best sellers jugak every year. Every year aku buat 200 balang je. Regular dealer memang order awal2 . Kalau order exceed 200 balang, aku tak amik sbb nanti aku tak cukup masa nak buat kukis lain. Aku rasa in a years to come, aku cuma nak jual tat dgn biskut nestum je.

Semperit Oren
Last year jual kat kawan2 rapat je..since dapat good feedback, tahun ni aku masuk dalam list kuih raya. Rangup biskut ni tapi bila masuk mulut...cair je... melt in your mouth gitulah... :)

Snow Almond
biskut paling laris 2009. 2010 tak jual kukis sbb berpantang taim ramadhan. 2011 tak jual kukis ni sbb overloaded order. tahun ni aku jual semula. Aku guna coklat jenama Berryl's untuk coating biskut dan juga breadcrumb dan almond nib untuk salut coklat. Tahun sudah aku buat coffee flavor, tahun ni aku buat Tiramisu flavor.


Untuk harga - sila click biz card Gift N' Favor kat atas belah kanan. Harga from 1 dealer to another dealer tak sama. Sbb aku tak control berapa dealer nak jual. Aku cuma bagi dealer harga aku je, then baper depa nak jual, terpulang! So sbb tu kat rumah sebelah, aku letak harga maksimum..kes protect dealer lah ni...


futnot : 
harap2 urusan mendapatkan kedai mara dipermudahkan...insya Allah.

2 ulasan:

azian abdullah berkata...

kak lis, kalau dok dekat boleh jadik distributor kuih kak lis. jual kat sek tu. cikgu2 takde ms buat kuih raya. hihi

~CN2S~ berkata...

Azian, kat sini pun banyak laku kat sekolah je. Biras kak lis, cikgu. dia lah yang banyak order. Takpe Azian, next year (kalau akak panjang umur), boleh add azian jadi distributor lak...!

CN2S SHOPPE