20 September 2010

Aku Dia & Cinta : Eusoff Zaheen-perkembangan usia 6 minggu


buat masa ni...

zaheen suka bangat lagu lullaby fisher price.
kalau nak tidur
atau nak bagi dia feeling2 so tat aku senang nak buat hal aku..
pasang je lagu nih..
senang kan!


kalau tengah salin pampers..
dia sibuk angkat kaki la
mengeliat la..
apa la...
selalu suami aku goyang2 kan botol minyak yuyi..
bunyi kelentang kelentung tu..
boleh buat zaheen senyap
maka mudahla aku nak mempamperskan dia..


waktu minum susu kena pandang muka dia..
kalau bagi susu kat dia muka aku taler kat tv..
mula la dia buat perangai..
demand seh!
mana boleh buat perangai macam ni zaheen...dgn mak bolehla..esok lusa kalau mak keja, orang kat nursery boleh ka nak entertain zaheen macam ni...?


futnot : info dari babycenter

6 week old

By now roughly half of all babies recognise their parents and openly prefer their mum and dad to strangers.

Your baby may actually smile when she sees you, and coo and kick with pleasure.

In general, she's become more sensitive to her surroundings.

If you ring a bell, she'll respond in some way, by starting, crying, or even quietening down.

She's beginning to take a real interest in music, whether it's you singing to her or the radio playing.

And she notices things more acutely - staring intently at a soft toy placed in front of her, for instance.

For parents, it's a gratifying experience, especially coming as it does after weeks of nappy changing, feeding, bathing, kissing and cuddling with little response.


Aku Dia & Cinta : Eusoff Zaheen - kembung sepanjang malam


Sabtu, 18 September 2010
Dr. Loh cakap kalau aku still nak bagi anmum kat anak aku..
kena start bagi sekarang dgn cara beri sukatan susu half-half
1 scoop anmum..1 scoop novalac
since Zaheen minum 3 oz sekarang
aku sukat 2 scoop anmum + 1 scoop novalac.
Hasilnya..
My si kecik Eusoff kembung sepanjang malam.
menangis sampai ilang suara...
kejap kembung..kejap ok...kembung lagi...
aiseyyy....

towards nak masuk ke subuh..
aku bagi 1ml colic..
baru ok...

pastu bg dia tidur...
since aku pun dah kurang larat nak pangku dia
(mau tak nya dari tengah malam bawak ke subuh dia punya kembung..tangan pun naik kebas la weeiiii!!)

aku pun tidurkan dia macam ni...
nampak comel tapi aku kena monitor gak takut dia tersembam..
futnot : umur baby baper bulan baru boleh tidurkan dia gaya macam ni? bukan apa aku tengok dia tidur macam ni, lena betul berbanding tidur mengiring. Lagi pun Zaheen kan King of Kembung..sesuai tul aku rasa tidur macam nih! hehehe





19 September 2010

Aku Dia & Cinta : Business Hantaran..

Ini ialah tempahan pertama aku amik
sejuru selepas habis pantang...

Hantaran Coklat..
- biskut coklat treasure
- choc almond slice
- biskut kacang tumbuk (well wrapped in silver paper with ribbon)
- 2 glass canister
- basket & deco
Harga tok sah tanya la...
murah je..
RM75!
Di jemput ramai2 hadir ke blog aku THE COOKIES BAR












Aku Dia & Cinta ; Eusoff Zaheen Updates

Makin lama makin bersawang blog ni sejak bersalin..
tu baru ber anak sorang...kot ber anak 3-4 orang mau naik lalang blog aku nih..
banyak reason jarang berblog skg ni..
penat..tak cukup tidur..
zaheen kuat meragam..
dan selalunya...
bila aku on je laptop..dan dan tu la pulak dia nak merengek..
tu yang buat jarang2 berkesempatan nak hapdet blog..
Updates on my little Eusoff Zaheen :
1. Berat Zaheen as of 18 Sept 2010 ialah 3.95kg. Patut la aku rasa lengan aku selalu lenguh bila menyusukan zaheen.
2. Zaheen dah ada 2 klinik yang serasi dgn dia.
a. Untuk immunization, sakit2 dan apa2 yang tak memerlukan perapian hospital, aku bawak zaheen ke sini :
Loh Child Specialist Clinic kat Batu Lanchang. So far, alhamdulillah..semua ubat yang zaheen makan serasi betul.
b. Untuk kulit masalah, aku refer zaheen kat klinik asia juga kat batu lanchang. bagus oo klinik nih. ari tu kaki zaheen melecet sampai merah2 nak tumbuh nanah. aku bawak pi klinik nih, 2 hari je terus sembuh. alhamdulillah..
3. sedih nak cakap, tapi hakikatnya susu nenen makin merundum production. Zaheen lebih banyak minum susu anmum daripada susu badan. Aku terbaca yang fenugreek boleh boost susu badan. ada anyone dah terai ke? ok tak?
4. Recently zaheen banyak muntah bila minum susu. refer kat Dr. Loh. Dr. Loh bagi susu Novalac. Buat sementara sbb dia suspect perut zaheen ada digestion problem. Kena monitor zaheen ada tak muntah2..kalau dah surut muntah2 dia baru boleh bagi semula susu anmum. Ari tu aku terai bagi anmum - 2 scoop anmum, 1 scoop Novalac. Kesannya susu tu memang licin bedal dek zaheen tapi dia terus muntah2 bawak ke malam. Dah tu malam dia kembung bawak ke pagi. Kesian putera aku tuh. Aku tgh survey segala jenis usaha/multivitamin untuk menyuburkan susu nen+nen aku...korang kalau ada petua, feel free to drop in ye...
5. Semalam follow-up check up dgn Dr. Loh tentang Zaheen punya perut. Masa Dr. Loh bukak pampers zaheen, dia nampak satu bonjol kecik kat private area zaheen. Dia syak zaheen ada Hernia. Maka dia tulis referal letter untuk bawak zaheen pi Lam Wah EE...
Walaupun since lahir, zaheen banyak sakit..jaundice, pastu kerak susu dalam mulut, pastu digestion problem dan terkini Hernia pulak..tapi aku tetap bersyukur pada Allah sebab mengurniakan Eusoff Zaheen dalam hidup aku. Walau it takes away kenikmatan tidur aku diwaktu malam kerana aku kena comfortkan zaheen ketika kembung perut, atau terpaksa korbankan keperluan diri sendiri untuk keperluan zaheen, atau kurang masa untuk diri sendiri sbb kena mencurahkan sepenuh perhatian pada zaheen...aku tetap bersyukur.!
walau apa pun rintangan yang datang, aku yakin ada hikmah yang besar di sebalik ini semua!
well...
korang tau tak...
memiliki zaheen..
lebih tinggi nikmatnya daripada melalui malam pertama ;
lebih tinggi nikmatnya daripada makan nasik kandar kampung melayu di hujung minggu..
Eusoff Zaheen, mommy loves you SO MUCH!
lebih tinggi

14 September 2010

Aku Dia & Cinta : My breastfeeding journey II

dekat 2 minggu zaheen tak direct breastfeed gara2 breastfeeding jaundice..
la ni baru nak terai balik..
agak frustrating juga...
zaheen tak reti sangat nak hisap direct...
lagi geram bila puting dah masuk dalam mulut..
tapi dia still tercari2 puting, ternganga2 lagi..
since aku belum start keja lagi nih..aku sekerap mungkin nak breastfeed zaheen.
boleh je guna breastpump tapi aku suka direct breastfeed..
tak tergambar dgn kata2 perasaan tu..
futnot : cemana the rite way untuk position kan baby semasa menyusukan anak..and how to educate the baby to latching? sifu? anyone can help?

3 September 2010

Aku Dia & Cinta : Melahirkan Eusoff Zaheen

5 aug, ...

tak sangka pun rutin pg toilet untuk buang air kecik tinggalkan satu sejarah pada tarikh tu. 4am, aku terjaga, minum air dan buang air kecik. pastu aku baring semula kat katil. tidur lagi..pastu rasa nak terkucil lagi. tgk jam, isyy baru pukul 4.30am. rasanya baru lagi aku buang air kecik. lepas shi shi..aku balik ke bilik. tetiba rasa perut memulas pulak. Hish, sakit perut ke aku ni? tak penah2 lak sakit perut waktu dinihari. Pg ke toilet, buang..buang..! masuk bilik semula, tapi perut sakit lagi. memula sakit sikit. pastu sakit banyak. pastu sakit banyak-banyak. Hish..tak leh jadik. Aku kejut suami. Bila suami bangun, aku cakap aku sakit perut. ingatkan dia nak simpati, alih2 kena marah lak sbb dia kata aku degil. Dah cakap banyak kali jangan minum air teh, tapi aku minum gak. kan dah angin...! Aih, minum air teh boleh angin ke? Tension je aku, dah ler sakit dah tu kena marah lak...aku pun diam je la. duduk kat tepi katil. suami sambung tidur. aku tahan sakit. tapi makin tak boleh baik lorr sakit ni. makin sakit. kejap ok. kejap memulas. Aku kejut suami lagi. aku cakap dah tak tahan dah. memang sakit... Kena bebel la aku dgn suami aku. Pastu bila dia tengok aku dah pucat tahan sakit, dia panggil mak dia. Aku ingat mak dia simpat la dgn aku, sekali mak dia pun leter pasal air teh gak kat aku. Perut aku masa tu rasa macam kena simpul. sakit giler sampai keluar air mata kat hujung mata aku. Bila suami aku tgk aku dah sampai menangis tahan sakit, baru dia berenti bebel. Dia suh lak aku minum susu panas. Aku bancuh satu mug Anmum Materna. Habis je satu mug, aku muntah pulak! hah..panik satu rumah. Aku pulak terpikir macam nak beranak, yang aku rasa masa tu macam aku kena food poisoning je. hahaha...
since aku muntah minum susu tuh, suami dan mak mertua aku consider aku kembung angin je la. nak buat cemana ye tak. takkan aku nak melalak macam baby kembung tengah malam. Maka mil pun balik rumah dia. laki aku duduk kat sebelah aku..sambung bebel2. Last2 aku cakap, tak yah risau pasal aku. kalau takut sangat cuti abes, tak yah cuti. pg sambung tidur, pastu bangun pi keja. aku ingat suami nak pujuk aku, sekali dia betul2 tarik selimut...!!
Aku dok kat tepi katil sampai pukul 7am++. SEsekali check seluar kecik ada turun darah ke tak. seluar kecik clear je. masa suami siap2 nak pi keja, dia tgk muka aku dah lain dah. dia katalah. tapi sebenarnya waktu tu, aku dah kurang sakit. Dia ajak aku pg jumpa gynae aku.
sebelum pi jumpa gynae as usual, suami kena beli bf parents dia dulu. Since sakit, dan juga sakit hati, aku cuma habiskan seketul karipap dan setengah mug milo je. habis2 breakfast, dah dekat kul 10am++. Dalam kul 11am++ aku sampai clinic gynae aku. Malangnya, gynae aku baru je keluar sbb ada patient dia nak deliver. Aku jumpa clinic asst, Kak Noor.
Kak Noor, suh aku masuk bilik sbb nak check contraction. Aku rasa cuak je dengar perkataan contraction. iye lah aku masa tu baru 36 minggu..kalau nak diikutkan EDD, lama lagi la nak deliver. Tapi manusia hanya merancangkan!
Aku kurang pasti apa tools yang kak Noor guna untuk check contraction tapi yang paling aku ingat, bila Kak Noor seluk, bukaan dah terbuka 1cm. Kak Noor suh aku stay kat clinic sampai Gynae aku balik. Aku suh suami aku balik ambik beg hospital. Aku pulak stay kat klinik tunggu gynae balik.
Lebih kurang pukul 2pm++ Gynae aku balik. Dia check contraction lagi. Dan seluk lagi. Kali ni dah terbuka 2.5cm tapi kepala baby dah kat bawah sangat. Gynae suh aku call suami aku balik, get ready for emergency c-sect! Phew... aku tanya2 kalau aku boleh deliver next week ke sbb kalau aku deliver taim tuh, my baby consider premature. Gynae aku tak advise langsung sbb dia kata age factor, dan lagi baby punya condition dah kat bawah sangat, better don't take any risk yang membahayakan baby...
since operation theatre clinic gynae aku under construction, maka aku terpaksa berangkat ke panel hospital untuk delivery. sampai hospital je, aku dibagi bilik -tukar baju, shave tut tut dan lepas tu tak lama aku disorong ke bilik bedah. Takut? sure la takut..tak penah kena belah idup2. Gynae aku bius half body so means boleh la rasa sikit2. sakit tak seberapa cuma takut dan ngilu berlegar2.
tepat pukul 1612pm, aku selamat melahirkan EUSOFF ZAHEEN. aku cuma pandang sekilas je sbb dah pesan awal2 kat nurse jangan letak zaheen atas dada upon deliver, sbb aku seriau dgn darah. Lepas habis jahitan, aku di sorong naik ke bilik. Zaheen pulak dibersihkan, dibawak ke nursery. malam about 8pm, baru aku jumpa zaheen. Nurse tanya kalau2 aku nak breastfeed zaheen masa tu. Tapi aku terlalu sakit dan penat untuk tu. So nurse advise aku rehat dulu. Pukul 2 am, baru aku berjaya bagi zaheen susu badan. Alhamdulillah...walaupun sedikit kepayahan aku nak sua susu, dan sedikit kepayahan zaheen mencari2 puting, syukur, aku dapat juga sedekahkan susu badan aku pada zaheen...
futnot : since aku tak tau apa rasanya contraction, maka aku simpulkan kat sini sakit bersalin aku sat je. Syukur pada Allah yang memberikan aku sedikit kemudahan dan meringankan sedikit beban sewaktu melahirkan zaheen. Tapi mudah kat sini, susah kat tempat lain. Yang susah tu aku telan je la. Nak cakap lebih2 pun, SUAMI. Syurga di bawah tapak kaki dia kan...




CN2S SHOPPE