14 Mac 2013

Aku Dia & Cinta : Menu hari ni

BSalam peeps....

menu lunch delivery merangkap menu lunch kat rumah sendiri ari ni ialah :
Nasi Goreng + Ayam Paprik + Papedom.
ready for delivery... (yang P tu stand for nasi goreng pedas)

Semalam, izzati (anak menakan aku le tu), balik keja dia update nasi goreng tu ada yang nak pedas dan ada yang tanak pedas. Owh aku baru ingat nak buat nasi goreng biasa je. saper nak pedas tu, sila tambah sambal belacan. tadi pagi tadi masa aku bukan koleksi plastik2, plastik2 kecik tu takde la pulak. Ok terpaksa tukar plan. So aku masak 2 jenis nasi goreng. Nasi goreng Sambal Belacan dan Nasi goreng Yangzhoe.

Resepi nasi goreng sambal belacan ni aku kaut dari myresepi.com lah. Frankly, memang sedap (T-rex la kata. berani dia nak kata masakan aku tak sedap... saja carik penyakit la tu hahaha).

tapi aku lupa lak nak snap gambar nasi goreng sambal belacan tu...korang tatap resepi saja la ye...
cara penyediaan cukup senang...

~~
Nasi Goreng Sambal Belacan
Sumber : myresepi.com by alma

bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 pinggan nasi
  • 2-3 sudu besar sambal belacan (ikut ler, kalau nak pedas tmbh lagi)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak memasak secukupnye
  • 1 sudu teh kicap pekat

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm kuali, bila dah panas masukkan sambal belacan then kacau2 sket.
  2. Pastu masukkan kicap pekat, kmudian kacau lagi.
  3. Then masukkan nasi & garam. Kacau smpai smua nasi digaul dgn smbal belacan goreng tu. Then truskan menggoreng hingga masak.
  4. Nota: Dlm gambar tu, telur goreng hancur & ikan bilis goreng alma taburkn lepas nasi siap digoreng. Try ler, mmg sempoi tp sedap!

~~
Nasi Goreng Yangzhou
Sumber : Myresipi.com by junjs11
Nasi Goreng Yangzhou ~ walaupun rupa kurang jelita, tapi percayalah (dato' ct) rasa sangat menggiurkan...ahaks

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2-3 cawan nasi
  • 3 ulas bawang putih-dicincang
  • 4 sudu besar mixed vege ~ aku letak kobis dan buncis je. dah tu je yang ada kat esbok.
  • 150gm isi ayam-potong dadu ~ aku letak sosej ayam je.
  • 10 ekor udang sederhana-dibuang kulit ~ tak letak.
  • 2 biji telur-dipukul sket
  • minyak masak secukupnya
  • minyak bijan ~ tak letak
  • garam dan serbuk pepper ~ pepper pun tak letak sbb tak mo pedas
  • 1 batang daun bawang-dipotong2
  • 1 biji cili-dipotong2 ~ tak letak

Cara-cara

  1. panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
  2. masukkan sayur campur, ayam dan udang, kacau hingga masak.
  3. masukkan pula nasi, kacau rata. tambahkan minyak bijan, pepper, garam dan telur. gaul hingga rata dan masak.
  4. hiaskan dengan daun bawang dan cili. hidangkan bersama cili api potong bersama kicap cair jika suka.
~~
Ayam Paprik
Sumber : Myresepi.com by mutiarazura
Ayam Paprik

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 300 gm isi ayam - potong kecil/kiub (aku letak ayam setengah ekor, potong kecik2)
  • Kacang panjang/bunga kobis/carrot/jagung muda/tomato 
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 ulas bawang besar - dipotong baji
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 6 ulas cili padi - diketuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili ( aku letak setengah botol kecik. rasa lagi ummppphh)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos ikan (ni tak letak. tak ada)
  • 3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air (ni pun aku skip sbb customer aku suka kuah banyak2)
  • Satu cawan air (jika suka berkuah) (aku letak air setengah periuk lebih kurang sama paras dgn isi dlm periuk)

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, goreng dan kacau hingga nampak ayam dah putih.
  3. Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
  4. Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
  5. Rasakan kuah, kalau kurang masin je br tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).
  6. Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.
  7. NOTA - tambah tepung jagung jika perlu je, jangan banyak sgt nanti kuah tu kering coz terlalu pekat. Selamat mencuba!

futnot : untuk semua penyumbang resepi, korang memang super ohsem. Especially resepi paprik ayam. I will definitely ulang dan ulang dan ulang resepi paprik itu. Btw, my fav recipe contributor kat my recipe ni ialah kak junjs11 - kebanyakkan resepi dia sangat2 simple, sodap dan sonang!

korang, dah masak ke belum? kalau ari ni takde idea nak masak apa lagi, balik nanti masak menu aku ni ye...confirm laki sayang korang 40 juta kali ganda ari ni...hahaha...





2 ulasan:

Mr & Mrs Sallehudin berkata...

Ooo... ok laa tu sbb dh ade market, biras dgn niece... yup.. i know yg mangkuktingkat.com tu :) alhamdulilah.. I biz kecil-kecilan je..setiap org ade rezeki masing² kan.. :)

Unknown berkata...

Mimi,

i pun buat kecik2 jugak...kadang2 ramai order, kadang2 ada 2 jer order..tapi takpelah..sikit pun rezeki kan...

CN2S SHOPPE